Wednesday, 18 May 2016

SETABAH HUJAN MEMBASAHI BUMI


Aku menolak dikenang, sebab denganmu aku ingin bergenggaman tangan... hingga Allah memanggil hati ku untuk segera pulang. Begitu juga sebelum doa menghampirimu kau harus bersiap sedia sebelum keajaibansegera datang padamu.

Friday, 22 April 2016

Satay Chenta

    Aku pernah jadi seorang penjual satay. Sure ramai yg tak caya. yer lah...menjadi si penjual satay di tepi jalan x semua orang berani mengakuinya. Sebagai seorang anak muda yang hidupnya sentiasa bergelumang dgn kata-kata keji orang aku bangga kerana menjadi si penjual satay.
    Waktu tuh aku x buat apa2. Aku just tunggu result peperiksaan. Waktu itu juga aku telalu minat bidang kesusasteraan. Hidup aku hanya dengan buku2 dan penulisan. Tapi membaca dan menulis x memberi erti apa-apa pada aku dari segi ekonomi. Oleh itu, untuk mendapatkan duit rokok dan duit belanja aku harus bekerja. Kalau mintak kat arwah abah...sure dapat tapi malu lah sikit...dari kecik sampai dewasa hidup sentiasa meminta-minta.
    Waktu terluang yang ada aku selalu lah tolong kakak aku. Daripada memotong ayam dan daging. memerap memotong sampai mencucuk aku belajar. Buat kuah satay pun aku belajar...rahsia nak kuah sedap kena....erkkk. klu nak buat satay call aku.
     

     
satay ni sebenarnya adalah salah satu makanan yang terkenal di Malaysia. Satay ni adalah makanan yang dicucuk pada batang lidi. Biasanya satay ni dibuat dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada batang lidi kelapa atau buluh dan kemudiannya akan dibakar menggunakan arang. 
Ada macam-macam jenis satay iaitu ayam, lembu, kambing, arnab, perut, pedal, kerang dan ikan.
Biasanya satay akan dihidangkan bersama dengan nasi himpit, tetapi kalau ikutkan pada zaman dulu akan menggunakan ketupat. 
Kuah satay pula dibuat daripada kacang yang ditumbuk sehingga lumat dan dimasak bersama lada kering dan beberapa jenis rempah dan herba lain. Selain dihidang bersama kuah kacang, satay juga dimakan bersama bawang dan timun.




Bukan mudah sebenarnya menjadi si penjual satay. Aku mengalaminya dan aku sentiasa bersyukur kerana menempuh pengalaman itu. Tatkala anak muda lain sibuk dengan awek dan motor aku sentiasa bersama buku dan gerai satay. 
Memula jual satay memang susah. lama-kelamaan aku dapat menguasai mcm mana nak buat satay dan mcm mana nak jual satay, mcm mana jugak nak dapat kan haruman satay biar org akan terbau gerai satay aku. 
Tak ramai kwn atau kenalan yg tahu aku jual satay. Tidak jugak dia. Aku tak pernah malu dan tak pernah sorok kan kerjaya murni aku dulu tapi kenapa dia x tau. sbb dia tak ambil tahu kotttt....hahaha
Katanya, klu dia tau aku pernah jual satay dia akan datang bantu aku. dia akan tolong kipas kan satay untuk aku. yer lah...dah lepas blh lah cakap. Klu masa tuh aku bagi tau yg aku jual satay sure dia x nak kat aku. Kerana si penjual satay bukan anak org kaya. si penjual satay hidupnya di selubungi asap dan arang. Xder saper nak pada si penjual satay. Mungkin sebab tuh aku x bg tau dia. Tak kisah lah....yg penting aku pernah berbuat kerja yang cukup murni. Dan kalau diterus kan aku yakin hari ni aku dah berjaya dan dah menjadi tokey satay. Dah tentu aku dah ada kilang membuat satay sendiri. Apa pun aku tetap mensyukuri nikmat yang Allah berikan.
Maaf, satay chenta memang sedap bkn utk di makan tapi di hayati.
   

Thursday, 7 April 2016

KERAPUHAN CHENTA

Hidup ini memang jauh dari kesempurnaan. betapa ketidaksempurnaan itu lah sebenarnya kehidupan. Apa lagi hati dan Chenta.

Mengingati kembali detik waktu berlalu. Aku pernah menyintai dan kecintaan itu tidak pernah mati-mati. Jauh dari kesempurnaan, kami di uji dan berjuang untuk menjadi yang terbaik. Dalam melalui kehiupan yang belum pasti kami melalui dengan keazaman dan kerinduan. Tetapi alangkah tidak sempurna nya hati bila ujian itu tidak dapat kami lalui dengan sebaiknya. Kerana membiarkan rindu bersarang dan kerana tidak sanggup menghadapi rindu kami gagal melalui hari-hari berlalu seperti selalu.

Tika itu juga kami terlupa saat-saat manis bersama. kami terlupa langit yang terang benderang dan pabila malam bulan indah menyinari hidup kami. Terus menerus terlupa, kami pernah melukis kan lukisan kegembiraan dan kesedihan bersama...betapa rapuh dan tidak sempurnanya kami.

Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Jarak yang memisakan bukan penghalang untuk memelihara kesetiaan chenta.  Berjuta mimpi dan beribu sepi hadir menemani. Saat berlalu terasa begitu lambat dilalui hanya menanti waktu untuk bertemu. Tapi apa daya...tuntutan kehidupan dan masa depan lebih perlu di utamakan. Resah dan lelah menghantui hidup kami, ujian kesetiaan itu lah yang perlu di lalui dengan sekuat dan setabahnya. Kesetiaan saja lah hadiah terindah untuk dirinya yang dapat aku berikan.

Aku akui cabaran itu tidak semudah untuk di hadapi. Aku faham Chenta ini tidak pernah sempurna. Dalam waktu berlalu meski kesetiaannya di uji dalam jiwanya masih tersebut nama ku. Meski tangisan yang dia lalui kerana tidak sanggup menanggung rindu chenta dalam jiwanya hanyalah untuk ku.

Maaf kan diri ini kerana tidak sempurna menchentai mu. Membiarkan rindu berlalu. Tidak menarik sekuat takdir merampas mu dari hidup ku. Biar jauh cerita chenta ini berlalu chenta ini akan tetap untuk mu.

Hari demi hari berlalu, tahun berganti meninggalkan kami. Meninggalkan detik permulaan sebuah kegagalan namun kepada Allah aku berserah....akhirnya ku temui jua sebuah kepastian. Kerapuhan chenta hanya sebuah kehidupan dan kehidupan sebenar memang tidak pernah sempurna. Aku syukuri nikmat keana nama ku masih bertahta di hatinya walaupun di sudut yang paling dalam.
Maaf, kami tidak sempurna.
 

Monday, 4 April 2016

CHENTA KUALA





































Aku masih ingat dulu. 30 tahun dulu...tatkala org lain kehilangan chenta aku berbangga kerana mempunyai seorang insan yang terchenta. Tapi akhirnya nasib aku sama seperti rakan yang lain.
Dulu aku pernah ke rumah izam. mandi-manda di tepi kali...berjalan menyusur lembah dan pekan. Semata mencari kenangan.
Minggu lalu aku dgn Zul mengulangi kembali memori yang sama. Tapi kali ini tidak lagi tidur di masjid macam dulu. Kali ini lebih terancang dan lebih membahagiakan kerana sudah 30thn berlalu.
Aku dpt bertemu ayah dan ibu izam...
biar la potret bercerita segalanya apa yang kami lalui dulu dan kini...
Maaf...30 thn tdk terasa