Thursday, 15 October 2015

Dakapan Chenta

Aku teringat pada 3 Orang yang pernah mengembirakan hidup aku dulu. Senyuman mereka. Restu mereka dan kehibaan mereka telah menjadi sebati dalam diri ku. Tak ternilai kasih sayang mereka padaku. Aku dedikasi kan lagu ini untuk Mak, Abah dan Mak dia..
Maaf, saat terakhir itu rupanya tidak pernah bertamu.

Wednesday, 14 October 2015

PESANAN CHENTA

Waktu kali terakhir aku temui dia kat Tasik tuh. Aku pernah berpesan. Aku merelakan semua initerjadi dengan keterpaksaan. aku tidak minta begitu. Tapi klu itu yang terbaik untuknya, apa lah sangat pengorbanan yang terpaksa aku buat demi kebahagiaan org tersayang tetapi dengan syarat...kembali lah segera jika dia sedar jalan itu penuh berliku. Kembali lah seperti dulu sbb aku akan terus setia menunggu. 
Aku tak kuat sebenarnya, tapi apa la pilihan yang aku ada? Itu mungkin terbaik untuk nya tapi bukan untuk ku.
Maaf, Takdir terlupa pesanan itu terlalu berharga.

Sunday, 11 October 2015

Kekasih Chenta




Bila dia senyum, cantik nye, bila dia ketawa, aku happy sangat, bila dia marah, aku tak takut pun tapi aku marah balik pada diri sendiri sebab buat dia rasa marah, tapi dulu dia tak pernah marah aku pun, bila dia diam, emm sunyi nye, aku rasa dunia ni.


+ RINDU SANGAT KAT AWAK+
itu ungkapan aku pada hati sendiri bila aku tak dapat menghubunginya atau bila dia tak menjengah hati aku dulu. Mesti langit takut kehilangan "BINTANG",  laut takut kehilangan "OMBAK", mentari takut kehilangan "SINARNYA", macam tu jugak dengan aku waktu tu.Aku terlalu takut kehilangan "DIRINYA". Rasa itu amat bermakna bagiku, dia ketawa, aku ketawa, dia menangis, aku menangis, Dia....terjun bagunan, aku tak izinkan. Tapi kalau dia terjun juga, aku tengok bawah & menjerit " fuyoo terornya... confirm mati".
Waktu itu, kami membentuk cintaa abadi dan apapun rintangan melanda kami tempuh bersama. Aku selalu berpesan kepadanya.... jika hati sejernih air jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan hiasi ia dengan bintang2. Jagailah hubungan ini sebaik mungkin agar kekal untuk selama-lamanya....
Dulu jugak aku selalu cakap pada diri sendiri. aku katakan padanya  jangan cintai aku jika menyusahkan dirinya. jangan rindui aku jika menyeksakan dirinya, jangan jugak sayangi aku jika memusnahkn hidupnya tapi bencilah aku jika itu yang dia mahu. Aku sering berdoa agar hubungan itu kekal abadi selamanya. Walau takut menghadapi masa depan tapi aku yakin Allah akan membantu ku. Semoga Allah jadikan subuhku suatu cahaya iman, zuhurku suatu kegembiraan, asar ku suatu kebahagiaan, maghrib ku suatu keampunan dan ishak ku suatu keberkatan,
Masa sekolah dulu aku tak suka subjek maths. Tapi kalau bab cinta ni aku memang pandai mengira. aku selalu menulis dalam nota hati....  
1+1 = 2 mata merenungnya
12+12 = 24 jam fikirkan tentang dia
3+4 = 7 hari menrinduinya
1+11 = 12 bulan tersebut namanya dan
1+0 = 1 hati kecil berdoa agar dia tidak lupa kan aku..
Walau apa pun yang terjadi antara aku dan dia. Sejujurnya aku perlu mengakui. Aku tidak pernah berhenti menyayanginya.
Maaf, aku terlalu tulus, ikhlas dan jangan ada sesiapa pun mempertikaikan.

Di saat Chenta




Sebenarnya kehadiran dia dalam hidup aku, memberi kan kesan yang terlalu besar, amat besar sekali, sukar hendak di gambarkan dengan kata-kata. Waktu itu dia bagaikan cahaya yang menerangi duniaku yang gelap, dan hadirnya dia dalam hidup aku telah memulihkan semangat ku, merubah sikap dan kenakalanku.
Kami jarang berpisah jauh. Tapi sekali terpisah rupanya terpisah terus. menjadikan segalanya tidak bererti lagi. pada awalnya semua itu tidak menjadi nanar dalam hidup kami, biarpun jauh tetap di ingatan, warkah rindu  dengan call jadi hubungan, itulah pengikat kasih perhubungan kami waktu itu, "kalau boleh saya nak pos semua rindu nie dekat awak, tapi posman kata rindu ni besar sangat,sampai nak terbalik motor dia" aku pernah menulis begitu pada dia. Ada sinikal dalam ungkapan itu tapi itulah yang aku maksudkan. Terlalu berat beban rindu yang aku tanggung waktu itu.
Semasa dia pergi terbang ke awan dan seolah tak mahu turun lagi aku selalu meratap hiba. Aku selalu bertanya pada diri, dimana ku nak berikan hati ini, yang sudah lama menyendiri,
adakah nasibku memang sebegini, hidup dalam sepi, tiada yang mahu menemani tatkala sepi, meratapi sesuatu yang telah pergi menjadikan aku tidak boleh berfikir jauh. Sehinggakan terpaksa aku membuat satu keputusan bodoh yang mencalarkan perjalanan hidupku selamanya.
Maaf, perjalanan ini menjadi terlalu sukar untuk di hadapi.