HANYA TUHAN YANG TAHU!!! Tataplah mataku didalam matamu,kita tidak akan berpisah walau sering berjauhan,sentuhlah hatiku di sudut ruang hatimumu,usaplah batinku disudut batinmu,telahku serah segala rahsiaku.Jejaklah arahku disepanjang arahmu,kuncilah gundahmu disetiap kejujuranku,dimana2 pasti bersama hingga kesyurga...
Dari Kiri: Jefri Jefri Mat Isa \@Mat Ganja, Zulkifli Hashim@Mamud, Khairul Anwar, Seipudin, Zulkarnain Ismail@zul Botak@Zul lipan, Sulaiman@Leman kentut, Norizam Aziz, Farman, Dayang dan suami
Lebih 30 tahun terpisah. Kami di pertemukan semula dalam suasana yang cukup membahagiakan. Semoha ada lagi pertemuan selepas ini.
Maaf, pertemuan ini penuh makna.
(Lagu ini aku pernah tujukan padanya pada setiap hari ulang tahun kelahirannya meski waktu itu dia tidak pernah tahu betapa aku terlalu merinduinya...)
Langit chenta terus berlalu. Berulang kembali tarikh keramat yang tak pernah aku lupa. Selamat Hari Lahir ku ucapkan pada nya. Semoga kehidupan terus di lindungi Allah. Dan semoga Chenta itu bertemu di syurga. Dia berpesan jika bertemu di Syurga nanti agar jangan sombong2. Insyaallah, dan itu lah yang aku harapkan.
Masa terlalu mencemburui kehidpan ku di awal tahun ini. Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Aku perlu berlumba dan berlari di kaki langit.
Terlalu banyak perkara yang lepas menjadi iauan dan menjadi bahan untuk kami bergurau dan menangis.Semua akan menjadi guru kepada kita. Meski tanpa sengketa terlalu banyak airmata yang tumpah. Terima kasih Allah kerana menjadi kan aku perindu setia dan selamanya. Terima kasih juga kerana tidak membuka pintu hati ku kepada rasa benci padanya meski semua org membenci ku dulu.
Sesekali bertemu kami sudah tidak mampu untuk bertentang mata. Memang kita mampu untuk tersenyum bersama. Tapi kita juga tam mampu sorok apa yang kita rasa dulu, kini dan selamanya. Kit juga merasakan kita mampu....tapi semakin di sorok semakin jelas pula kelihatan.
Dulu tak pernah terfikir bahawa mempertahankan chenta yang bersemi rupanya tidak semudah menyemainya hingga lah tiba pada satu titik kami terpaksa pergi membawa diri masing-masing. Tapi Allah mempertemukan semula dalam keadaan dan situasi yang berbeza. Nasib lah ada yang menghalang dan kita yakin bahawa realitinya kasih sayang orang yang sanggup bersama kita tatkala kita kehilangan arah juga perlu dijaga...lalu kita pasrah meski kekadang kita terus persoalkan kenapa ianya berlaku.
Seringkali aku menangis, lalu katanya....Tak usah lah menangis lagi. Segalanya simpanlah di sudut hati yang paling dalam. Tapi dalam diam aku terus menangis. Aku menangis kerana mengecapi nikmat kebahagiaan ini. Aku tahu, faham dan penuh sedar terlalu ramai yang tak pernah jemu menyayangi diri ini malah aku rasa lebih dari itu bila ada insan yang tak pernah berhenti untuk menyanyangi diri ini. Kebahagiaan apa lagi yang ini ku cari. Aku terlalu bahagia meski tidak memiliki.
Satu ketika dulu aku mendapat racun dan penawar dari jiwa yang sama. Apa yang unik setelah puluhan tahun dia datang kembali membawa kenangan yang tak pernah luput dari ingatan. Menjadikan dia insan teristimewa bila setiap katanya dan ingatan nya di sambut air jernih yang amat bermakna....Selama Ulang Tahun untuk mu..
Maaf. Langit Chenta kerana di celah jendela masih ada titisan hujan yang tak pernah kering dari makna nya yang tulus.