Wednesday, 23 September 2015

Takdir Chenta

Allah telah aturkan perjalanan yg terlalu indah untuk kita. Tidak semua yg kita hendak akan kita dapat. Tetapi Allah memberi yg terbaik. Bersyukurlah dengan takdir kita.
Kami berpisah tanpa ada rasa marah atau dendam. Org yg memberi racun org itu juga yg memberi penawarnya.
Takdirnya, selepas peristiwa 6 thn itu. aku mengambil jalan yg salah. memang salah sangat. Aku pun x tau kenapa aku blh buat keputusan yg salah tuh. Mungkin masa tu aku terlalu lemah dan tak mampu memikir dgn baik. Apa yg dtg dlm hidup itulah yg aku terima tanpa memikirkan kesannya.
Selepas itu peluang kali kedua dtg lagi. Sepatutnya aku merebut peluang itu dengan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tapi aku langsung tak kuat. Sedeynya...
Aku ingat lagi. Sebaik tau yg dia sedang bercuti. Aku call rumah dia. memang nombor talipon rumah dia sentiasa dalam ingatan. Serba salah di buatnya. nak call ke tdk. Aku berpegang pada nasib. Klu layanan nya baik aku masih ada peluang kedua. Klu layanan sebaliknya. Aku perlu lupakan terus...tapi mampu ke aku untuk terus melupakan...klu mampu sure dah lama aku lupakan.
Aku call...hati berdebar masa call. Dia jwb dgn lembut tapi tegas. mendengar suaranya aje aku dah lemah apa tah lagi mendengar ketegasannya..."tgh bz. nak apa? tlg cepat skt"...."Tak apa lah" aku terus letak...
Aku dah terlalu lama x dengar suara tu. aku dah naik gila menunggu nak mendengar suara itu. Klu aku jd dia....aku tak kan jawab mcm tuh. Seorang kawan lama. seorang orang yg pernah bertahta di hati kita call nak bercakap dengan kita. Sanggup kita jawab macam tuh.
Tapi aku berprasangka baik. Memang dia tgh bz. Dan dia tak der masa nak dengar suara aku. Dia bukan dia yg dulu nak mendengar dan melayan masalah aku. Tuhan, Tolong lah. Kalau dia tak nak mendengar ketika ini. Kau bagi lah peluang pada aku di masa yang lain untuk membuka hatinya biar dia mendengar keresahan aku. biar dia dengar kegagalan aku. Biar dia dengar kebodohan aku.
aku jadi nanar. Aku belum di beri peluang dan mungkin tidak akan diberi peluang lagi. Tapi itu hak dia. nko saper dalam hidup dia utk di layan mcm dulu lagi?
Tabah lah hati....dia mmg benar2 sedang sibuk. Tidak ada apa kepentingan dalam hidupnya untuk mendengar masalah aku di ketika itu. Mungkin juga aku dah takde dlm kamus hidupnya. mungkin juga dia tau...kau masih belum berjaya...so, dulu dia pernah cakap kan. dia hanya nk mendengar kisah kejayaan kau....mungkin juga dia dah jadi isteri orang or tunangan org atau setidak-tidaknya telah ada satu hati yg bertahta di hatinya....Salah aku tak bersedia dengan semua kemungkinan ini.
Kenapa aku nak takut sangat...kenapa aku perlu letak talipon. Kenapa nak emosi tak bertempat, kan aku kenal dia juga seorang yg keras hati. Bila dah call ckp jer la. Ckp jer la nak jumpa kejap...blh tak? sure dia akan kata tak boleh...tp terima je la. Ko tak cakap lagi mana ko tau. Atau pergi je la rumah dia. dulu bukan main lagi sampai duk bawah pokok getah nk ngk atap umah dia....pergi jer lah umah dia. ko mampu mengubah takdir tuh....Maaf , aku tak mampu. dan aku tak kuat.

Monday, 21 September 2015

Jendela Chenta


Tetkala merenung ke jendela tika hujan turun. Ada titisan nakal yg membasahi di pipi. Aku tak pernah menyapunya kerana itulah titisan rindu yg terpaksa di tanggung yg kini ku simpan erat menjadi airmata yg tersimpan buat kesekian lama. maaf, aku semakin tidak berdaya.

Kek Chenta

Alhamdulillah...beresujud syukur kerana nyawa masih dipinjamkan. Terima kasih kepada yg menghargai

Teman Chenta

Tatkala hdiup di landa kecewa dan airmata...hanya teman2 tempat bermanja. Bukan ku minta menjadi si Jebat derhaka. Maaf, aku terlalu lelah

Cahaya Chenta

Alhamdulillah...aku melihat sendiri cahayanya yg amat mempersonakan.

Malaikat Chenta

Aku tidak pernah menidakkan kebahagiaan bersama Malaikat di hati. Mereka yg terbaik dan teristimewa dalam hidup ku. kebahagiaan ku ada disini. Tetapi lebih manis lagi adanya sahabat baik bersama lagenda 30 thn nya. Alhamdulillah.
Maafkan aku para malaikat di hati kerana memilih kerjaya yg sering mengambil masa kalian dan secara diam masih tidak pernah melupai keramat chentanya. Moga kebahagiaan ini milik bersama.

Kiblat Chenta




Ketika menunaikan Umrah yg lalu aku pernah berdoa di hadapan kaabah. Seandainya rasa yg hadir itu adalah kemanisan. biarlah ianya terus bersemadi dalam hidup ku. Seandainya ianya hanya mainan ingata...padam lah terus dari mata fikirku. Tetapi Allah memberi yang terbaik. Ampun kan dosa ku ya Allah kiranya terkhilaf menafsir takdirmu. maaf ...doa daan harapan ini terlalu tinggi dan Allah memberi yg terbaik untuk ku.

Puteri Chenta

Untuk anak-anak tersayang. Ketahuilah kisah chenta agong bukan hanya boleh kita miliki pada buku-buku cerita atau novel chenta. Tetapi aku telah merasai dan mengalaminya. Cinta x perlu untuk setia tetapi berpada-pada. x perlu untuk memiliki tetapi saling menghargai. Moga kalian juga akan menghayatinya satu hari nanti.dan pelihara lah cinta pertama kerana ianya akan menjadi keramat jika kita menafikannya telah berakhir.Maaf...aku terlalu lelah dan tidak kuat untuk menghadapinya. Namun di celahnya ada sebutir cahaya yang terlalu membahagiakan. 

MATA CHENTA


35 tahun dulu tak siapa hiraukan apa yg aku rasa dan aku hanya hadapinya sendiri...x pernah rasa tersinggung. Tetapi hanya berdoa. Alhamdulillah, Allah memberi sedikit cahaya untuk aku rasani nikmatnya.

UNTUNGNYA CHENTA

Sabarlah hati...aku rasa beruntung sangat. Allah memberi peluang dan kesempatan untuk aku merasai saat manis dan aku terlalu menghargainya walaupun dah 30 thn berlalu...dulu aku menghadapi itu semua sendirian. kesakitannya pun hanya Allah saja yang tahu. Tapi aku tak pernah mengeluh. Aku hanya berdoa semoga Allah pertemukan kami semula dalam suasana yg lebih damai dan membahagiakan....selepas 30 tahun berlalu aku dapat rasakan kemanisan itu. Bijaknya Allah mengatur semua itu. Sejarah tercipta setelah 30 tahun.
Mungkin ada hikmahnya kenapa Allah membuka pintu hatinya waktu itu, dan allah mendorong aku melakukan kegilaan itu. Aku yakin ada sesuatu yang Allah nk aku pelajari. Walau apa pun yg terjadi aku harap ianya akan lebih membahagiakan dia. begitu juga aku.
Dulu mungkin penuh dengan sengketa. Babak dan episodnya meleret dan langsung tak jelas. Tetapi ianya menjadi sempurna. Tiada lagi rasa benci. Aku bukan manusia sempurna...kekadang terasa rugi kerana dia tidak aku miliki, Ada nikmat yg tersembunyi. Ada sinar cahaya yg baru aku rasai. Aku dapat rasakan suasana sebelum 30 thn dulu. Alhamdulillah...Allah berikan kebahagiaan utk kami berdua.
Buat kesekian kalinya airmata itu tumpah juga. Bukan itu niat ku...bukan itu yg aku pinta. Tapi apa yg aku rasa jauh lbh nikmat dari kekayaan dunia.
Lama dulu...aku ditinggal kan dengan sepucuk warkah yg tak pernah jemu aku baca. Di situ ada penawar meski telah di beri racun berbisa. dia minta aku menganggap semua yg berlaku hnya bagai debu dapat di sapu walau hanya dengan hembusan angin. Dia minta aku menjadi hanya spt kanak-kanak yg hanya menangis spt kehilangan boneka. Tapi aku baru saja rasa betapa boneka itu ku temui semula. Meski tak dapat di sentuh tapi cukup la dengan pandangan mata hati yg penuh sayu...aku tahu dia mengerti apa maknanya.
seketika dulu dia pinta...seandainya hujan turun dan ada titisan nakal yg membasahi di pipi ...aku tak perlu menyapunya kerana itu lah titisan rindu yg terpaksa di pendam. Tapi kini titisan jernih itu datang lagi. Titisan demi titisan itu telah menjadi airmata kerana lama tersimpan di lubuk hati yg paling dalam...maafkan aku insan yg pernah bertahta di hati kerana tak mampu melupakan semua ini dan akan terus mengingati.
Aku ingat semua ini. kerana mungkin hanya mati yg blh menyebabkan aku lupa. aku ingat katanya...menyintai bukan bermakna memiliki. Klu tersimpan erat di tempat yg betul. Di bakar hangus menjadi debu sekalipun rtasa itu tetap ada. Dan aku bersyukur kerana mampu dan dipilih untuk melaluinya....kini dia hanyalah sahabat sejati. ku anggap spt keluarga sendiri. Sahabat yang tak mungkin aku lupakan. Sahabat baik yg tetap di ingatan meski susah atau pun senang.
maaf...aku akui kesilapan ku. Terima kasih kerana masih punya rasa utk ku ubati kekhilafan ini.

SEANDAINYA MASIH ADA CHENTA

ini bukan kisah dusta....cuma aku terlalu sedar kesilapan ku. Maafkan aku!!

KERAMATNYA CHENTA

aku tau, faham dan penuh sedar....dia tidak pernah pun melupakan sama macam aku jugak. Tapi mana mungkin dia dapat mengingatinya..
aku tahu, dia sebenarnya tidak kuat untuk menghadapi tp terpaksa tunjuk kan diri terlalu kuat agar tidak ada lg yg lebih kecewa
aku tahu,dia tidak pernah gagal sedikitpun bila org yg dia sayang terus berjaya biar pun bukan di hadapan matanya. Cuma dia tidak peduli pun bagai mana aku menghadapi kejatuhan itu. Bagaimana sukarnya untuk bangun dan bertatih semula setela tersembam ke tanah.
Aku hendak dia tahum tidak ada se inci pun silapnya dia di mata aku. Dia ada sebab tersendiri kenapa tiu terjadi. Aku juga salah kerana tidak menarik dengan lebih kuat dan cermat. aku tidak berusaha bersungguh-sungguh agar ianya tidak menjadi keramat.
Aku sanjung budi baiknya kerana memberi peluang pada ku. meski dah terlalu lama berlalu. Kiranya dia tahu peluang itu patut di beri lbh awal. Pasti keramat x mungkin terjadi.
Moga hidup kami akan lebih cemerlang apabila aku dapat lafazkan dengan penuh ikhlas setelah 30 thn berlalu....'maafkan saya...' (airmata aku turun juga...aku harap ianya airmata kemenangan)

BILA TAKDIR MENGATASI TABIR

Bila Takdir mengatasi tabir kita hanya lah sahabat...hmm. best ayat tuh. itulah kehidupan aku.Setelah 30 thn berlalu di pertemu kan semula dalam situasa yg amat membahagiakan. masing2 sudah punya kehidupan dan dunianya sendiri. Tetapi nilai nya semakin tinggi. Meski tidak kuat untuk menghadapinya tapi kena juga mengakui keramat itu masih belum berakhir.
Jika naskah ini di pertandingkan sure dpt award terbaik kerana chenta agong itu buka semua org mampu memilikinya. Pasrah dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan. #0 thn sebenarnya tak terasa...Maaf, bila Takdir tak dapat mengatasi tabir. kita gagal memiliki tapi kita ianya mempunyai nikmat tersendiri dan teristimewa.

CHENTA KEDAI MAMAK.

Sejak dulu pun itulah standard kita. hahaha kedai mamak.
Memang kat kedai mamak lah selalunya tempat bertemu. Setelah 30 thn pun masih kat kedai mamak. Nasib baik mamak tuh bukak kedai lagi. kalau tidak x tau nak minnum kat mana di waktu begitu...Terima kasih mamak. Maaf, kerana kedai mamak dah berusia lbh 30 thn dan masih bertahan

Oyasuminasai chenta

Tiap malam aku terima ucapan ni...aku belajar sesuatu yang baru. perkataan baru. ucapan baru. Alhamdulillah. Maaf, Tidur ini tidak pernah lena.

PERSIS MEMBERI DOA

Menunggu itu persis memberi doa pada harapan....hmmm. 30 thn berdoa akhirnya termakbul jugak. sebenarnya x mengharap pun. tapi berdoa jer. moga Allah makbulkan. Alhamdulillah. Allah maha mengetahui.
Sentiasa memberi apa yg kita nak. Kadangkala di bgnya kita apa yg kita xnak. kerana utk mengajar kita spy ske pd apa yg kita ada. Maaf, pohon lah keredhaannya. Takdirnya adalah terlalu baik untuk kita untuk semua.

CHENTA POKOK GETAH

Dulu menghargai seseorang banyak caranya. sekadar menemani nyamuk dan pacat bwh pokok getah sudah terlalu indah. sekadar melihat bumbung rumah dah mendapat kepuasan. Memang itu bukan cara yg bagus. Tak baik menjenguk anak org dlm keadaan gitu. Tapi, itu lah aku, sanggup berbuat apa saja demi kepuasan dan kebahagiaan hati sendiri. Puas ditegah tapi buat jugak.. maaf, pokok getah menjadi saksi.

KEGILAAN CHENTA

dulu aku ada blog. Tajuk yg sama RSH jugak. Oleh kerana dah tak blh bukak. So aku create blog ni. semoga mencatat memori yg indah2 dlm ni. kpd yg terbaca or x sengaja baca blog nie...maaf aku pinta. Aku hanya mencatitkan apa yg suara hati aku kata dlm blog nie. Kebanyakan nya tentang aku. Takde kena mengena dengan org lain pun...

Tetiba aku buat kejer gila. Tetiba Aku terasa terlalu ingin memenuhi impian yg belum terlaksana. Sungguh aku dah tak mengharap. Tapi aku yakin ada cahaya di situ dan aku perlu rebut peluang itu jika ia datang.
Alhamdulillah, peluang itu datang walau bukan waktu yang sempurna tapi ia datang juga. dan aku x lepaskan peluang itu.
30 tahun bukan sekejap. bukan 3 hari, bukan 3 minggu, bukan 3 bulan bukan 3 tahun...tapi 30 tahun....pergh.
Aku kuat kan semangat, aku tabahkan hati. Aku himpun segala jampi serapah untuk menghadapi 30 tahun itu. Pertama kali aku temuinya, macam kan ada satu cahaya yg terpancar...sama spt yg aku fikirkan. sama spt kali pertama aku melihat wajah kaabah masa mengerjakan umrah dulu...
Aku x tau nk mulakan bagaimana dan apa caranya...
tapi aku luahkan juga sesuatu yg aku simpan sekian lama. Dulu aku pernah berazam klu aku temui lg insan istimewa ini patah pertama yg aku ingin ucapkan adalah..."Maafkan saya"!!!!
Maafkan saya kerana menjadi kan memori ini terlalu keramat. Maafkan saya kerana menjadikan ianya terlalu berharga. Maafkan saya kerana mengubati kelukaan ini dengan kebahagiaan yg tercipta. Maafkan saya kerana menunggu selama 30 tahun utk menemui cahaya yg hilang. Maafkan saya kerana berani menghadapi kegilaan ini....maafkan saya kerana tidak menjadi kuat utk menempuh semua ini.
Kami menyulam memori yg singkat ini.kisah 30 thn xkan habis walau 1000 malam pun katanya. aku akur. tapi itu bukan penyudahnya. Aku harapkan pertemuan ini menjadikan kami lbh bahgia. bukan kerana sebelum ini tidak bahagia. tetapi akan lebih bahagia sampai lah ke syurga...betapa indahnya hidup ini jika ianya semudah itu...tp kenapa selepas 30 thn baru dapat kita rasa. Maaf , Takdir itu bukan kita pinta.

CHENTA MOKE






hmmm...ni minat aku sekarang. Cari...beli...restore n jual blk. Tetiba syg sgt kat toys ni. best sgt. aku rasa satu keindahan dan kebahagiaan bila drive mender ni. moga terus membahagiakan.