Thursday, 7 April 2016

KERAPUHAN CHENTA

Hidup ini memang jauh dari kesempurnaan. betapa ketidaksempurnaan itu lah sebenarnya kehidupan. Apa lagi hati dan Chenta.

Mengingati kembali detik waktu berlalu. Aku pernah menyintai dan kecintaan itu tidak pernah mati-mati. Jauh dari kesempurnaan, kami di uji dan berjuang untuk menjadi yang terbaik. Dalam melalui kehiupan yang belum pasti kami melalui dengan keazaman dan kerinduan. Tetapi alangkah tidak sempurna nya hati bila ujian itu tidak dapat kami lalui dengan sebaiknya. Kerana membiarkan rindu bersarang dan kerana tidak sanggup menghadapi rindu kami gagal melalui hari-hari berlalu seperti selalu.

Tika itu juga kami terlupa saat-saat manis bersama. kami terlupa langit yang terang benderang dan pabila malam bulan indah menyinari hidup kami. Terus menerus terlupa, kami pernah melukis kan lukisan kegembiraan dan kesedihan bersama...betapa rapuh dan tidak sempurnanya kami.

Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Jarak yang memisakan bukan penghalang untuk memelihara kesetiaan chenta.  Berjuta mimpi dan beribu sepi hadir menemani. Saat berlalu terasa begitu lambat dilalui hanya menanti waktu untuk bertemu. Tapi apa daya...tuntutan kehidupan dan masa depan lebih perlu di utamakan. Resah dan lelah menghantui hidup kami, ujian kesetiaan itu lah yang perlu di lalui dengan sekuat dan setabahnya. Kesetiaan saja lah hadiah terindah untuk dirinya yang dapat aku berikan.

Aku akui cabaran itu tidak semudah untuk di hadapi. Aku faham Chenta ini tidak pernah sempurna. Dalam waktu berlalu meski kesetiaannya di uji dalam jiwanya masih tersebut nama ku. Meski tangisan yang dia lalui kerana tidak sanggup menanggung rindu chenta dalam jiwanya hanyalah untuk ku.

Maaf kan diri ini kerana tidak sempurna menchentai mu. Membiarkan rindu berlalu. Tidak menarik sekuat takdir merampas mu dari hidup ku. Biar jauh cerita chenta ini berlalu chenta ini akan tetap untuk mu.

Hari demi hari berlalu, tahun berganti meninggalkan kami. Meninggalkan detik permulaan sebuah kegagalan namun kepada Allah aku berserah....akhirnya ku temui jua sebuah kepastian. Kerapuhan chenta hanya sebuah kehidupan dan kehidupan sebenar memang tidak pernah sempurna. Aku syukuri nikmat keana nama ku masih bertahta di hatinya walaupun di sudut yang paling dalam.
Maaf, kami tidak sempurna.
 

Monday, 4 April 2016

CHENTA KUALA





































Aku masih ingat dulu. 30 tahun dulu...tatkala org lain kehilangan chenta aku berbangga kerana mempunyai seorang insan yang terchenta. Tapi akhirnya nasib aku sama seperti rakan yang lain.
Dulu aku pernah ke rumah izam. mandi-manda di tepi kali...berjalan menyusur lembah dan pekan. Semata mencari kenangan.
Minggu lalu aku dgn Zul mengulangi kembali memori yang sama. Tapi kali ini tidak lagi tidur di masjid macam dulu. Kali ini lebih terancang dan lebih membahagiakan kerana sudah 30thn berlalu.
Aku dpt bertemu ayah dan ibu izam...
biar la potret bercerita segalanya apa yang kami lalui dulu dan kini...
Maaf...30 thn tdk terasa