Aku tau, tajuk ni tak berseni. Tak sesuai dengan aku yang berjiwa seni, suci dan murni,,,,hahaha.
Apa!!....nak muntah . Sila lah muntah, tapi jauh sikit. jangan muntah depan PC atau dpn blog ni. Nanti bau nya sampai ke sini.
Dia selalu cakap aku ni selalu propa. Banyak la dia punya propa. Dia tak tau ke aku ni seorang yang romantis. Jiwa halus. Sentimental. cool dsb. Cuma kekadang la bila gila aku datang aku akan propa sikit. Tak banyak pun sikit jer...Tak macam dia sekali propa nak terbalik dunia di buatnya.
Propa yang paling besar yang kami hadapi bila dia dgn tak semena-mena bagi aku 3 soalan yang tak boleh aku jawab. Kini dia sendiri menyedari sebenarnya 3 soalan tuh untuk diri dia sendiri. hah!!, jawabla...ala bukan susah sangat soalan tu...jawabbb la, boleh pilih `A', `B' atau `C'!!!.wakakaka padan muka kami berdua.
Aku kenal dia sejak sekolah lagi. Masa aku tau aku mcm dah ada jodoh. Aku jadi semangat gila. Belajar bersungguh-sungguh. Sebab nanti kan nak masuk 'U' sesama. Mana boleh gagal. Walaupun masa tuh aku tak reti langsung pasal maths. Bukan dia nak ajar aku pun. Dia belajar sendiri aje. Agaknya sebab aku kelas sastera dia kelas sains kot. Mana boleh budak sains ngajar budak sastera. Budak sains budak pandai, budak sastera pandai jugak tapi tak lah pandai macam budak sains. Budak Sastera pandai baca sajak. pandai tulis puisi tapi budak sains pandai jugak, budak sains pandai tulis surat keramat. Bila dah sedar ni, baru tau surat keramat tu memakan diri....hahaha!
Masa sebelum kenal dia tuh. Aku belajar ok jugak lah. Kalau dalam kelas takde la sampai duduk tempat tercorot. Tapi bila dah kenal dia SPM pun aku tak lulus. Kena repeat lagi.....hahaha
bukan lah sebab dia aku tak lulus tapi aku yang malas belajar. Aku hanya pandai buat surat cinta. Tuh pasal surat aku yang sampai kat rumah dia kalau ayah dia yang bukak sure lulus. Kalau org lain punya surat sure kena koyak tak pun kena bakar then abunya bagi makan todak.
Walaupun aku gagal SPM. Aku tak putus asa sebab semangat aku ada kat dia. Aku belajar kerana dia. Aku nak lulus pun kerana dia. Aku ambik lagi SPM dapat lah cukup-cukup makan. Tapi sebab aku ada bakat so aku boleh masuk U. Dia bangga dengan aku. Masa nak pegi tu aku cakap ah kat dia. Aku akan jadi mahasiswa nanti, mana boleh bercinta lagi. Kena belajar rajin-rajin. Kena belajar sungguh-sungguh. Aku akan tunggu dia di menara gading. Aku masuk U dulu, dia datang kemudian. I jump! U Jump! Then we can jump together-gether. Sure lepas tuh kita akan bergandingan. Dia salah faham, ingat aku nak putuskan ikatan. Tak pasal2 dia pegi mintak masuk maktab. Masa mintak dia tak cakap. Dah dapat baru nak mintak pendapat. ermmm.... tak per la. da dapat kan. Kalau itu yang jadi pilihan. Tak kan aku nak tahan pulak kan!!! Pergi lah dia belajar jadi cikgu kat JB tuh. Sorang kat utara sorang lagi kat selatan. Susahnya nak jumpa, Tuhan jer yang tahu. Terpaksa menunggu berbulan-bulan.
Tapi masa tuh kan aku budak U. Apa la sangat budak Maktab menjadi taruhan. Kat kampus banyak lagi jadi pilihan. Tuh kata dia bukan aku tau...aku punya lah setia. Makan tak kenyang, mandi tak basah. Tidur baring lena jer, dah ngantuk sangat tidur je la!...Tapi Bila makan teringat kat dia, nak tidur terdengar suara dia, nak mandi....klu blh dgn dia....Tak!....tak!... Yang ni mmg aku propa jer.... kakaka
Yang aku tak boleh nak terima dan rasa bersalah sangat bila aku gagal dalam dunia chenta ni. Aku teringat balik kisah dulu-dulu. Masa aku belanja dia makan atau bila dating dengan dia, banyak guna kan duit abah and emak. Beli motor duit emak, isi minyak motor duit emak, beli baju duit emak, belanja sekolah duit emak. Bila nak tiba harijadi dia pun aku mintak kat emak kalau tak cukup jer kekadang aku curi duit abah. Banyak abah dengan emak melabur kat aku dan dia. Yer la, nk dapat menantu pilihan la katakan. Tapi pelaburan tu hangus macam tuh jer. Kalau berniaga kira rugi lah. Tak per lah, Alhamdulillah aku dah ganti balik duit emak dan abah. Sebab kata emak. Tak apalah habis duit pun asal kan anak emak bahagia. Aku dah buktikan pada emak dan abah. Sekarang aku memang bahagia. Bukan saja bahagia punya keluarga. Tapi bahagia dengan dia yang Menjadi sahabat paling berharga. Dialah insan teristimewa.
Aku memang sayang dia. Sayang sangat-sangat. Ada sekali balik dari JB. Naik bas tengah malam. Bajet macam orang baru kawin lah kan. balik berdua. Honeymoon dalam bas. Tak pedulikan orang kiri dan kanan. Bercerita pasal impian. Bercerita dari bas bergerak sampai berhenti semula. Tak sekelip pun kami tidur atau mengantuk. Nak pegi toilet pun terpaksa di tahan-tahan. Sebab rugi masa, tak dapat pegang tangan. Sebelum naik bas tuh aku beli buah limau. Aku beli tiga biji. Tapi aku tak tunjuk kat dia. Sebelum perjalanan aku keluar kan sebiji. Aku cakap "Makan lah...."sebab sayang, aku tak makan pun tak pe. Biarlah dia saja yang makan. Aku perati jer dia makan limau tuh. Sikit pun dia tak pelawa aku. Malah suruh aku kopek kan, pastuh kulit limau tuh aku juga yang dia suruh buangkan. Nak bermanja lah konon. Takpe lah, sebab aku sayang dia.
Setengah perjalanan, aku keluarkan lagi 2 biji. 1 besar dan 1 kecik. Dia cubit aku. Dia kata aku tipu dia kata beli sebiji. Tak nak dia merajuk panjang aku bagi yang besar kat dia. Aku ambik yang kecik. Tuh pun merajuk lagi. hmmm...aku bagi dua-dua bijik kat dia. Macam tadi jugak aku jugak yang tukang bukak dan aku jugak yang di suruh buang kulit limau tu. Sekali lagi dia makan semua, sekali pun dia tak pelawa aku. Tak apa...sebab aku sayang dia.
Lepas keluarga dia datang kat umah aku raya hari tu, Aku dah berangan tak lama lagi kami akan bersatu. Sure kedua emak dan ayah dah setuju. Aku hanya menunggu waktu. Aku memang jeles kat dia. Kalau emak banding kan dia dengan aku. Sure emak tak kan menang kan aku. Dia lah yang terbaik. kadang-kadang aku terfikir saper lah aku. Bukan anak emak ke aku. Sayang nya emak pada bakal menantu. Kalau tak der jodoh makna nya Allah yang tak restu.
Emak dia pun sayang aku, Dia cakap, kalau duduk kat dapur pantang ada motor lalu, sure mak dia sangka yang datang tuh aku. kalau bunyi talipon pun macam tu. Di sangkanya aku. Benda ni aku tak tahu. Kalau aku tahu dari dulu, tiap petang depan umah dia aku lalu. Tiap petang aku akan hiburkan emak dia dengan bunyi motor aku. Kalau tak pun aku akan buat-buat jadi tukang sapu. Depan pagar dia aku tunggu. Bersalahnya aku pada emak dia, kalau aku tahu... Aku akan hadiahkan pada emak dia motor kapcai ku itu. Biar terubat rindu. Biarlah, walau pun tak dapat jadi menantu
Aku selalu mengintai dia dari jauh. Merenung atap umah dia memang hilang rindu. Tak pernah aku rasa jemu, tak pernah ada rasa penat aku menunggu. Masa tuh depan rumah dia ada pokok getah. Kat pokok getah tu lah selalunya aku buat salah. Mengintai anak dara orang. Nasib aku baik. Sebab lintah dan pacat selalu faham. Nyamuk pun tak nak hisap darah aku. Dia selalu tanya aku....buat apa kat situ?. Aku cakap cari cincin, untuk buat hantaran kawin. Dia kata cincin kena beli bukan kena cari. Kalau takde duit toreh lah pokok getah tuh, hasilnya boleh buat hantaran kawin, boleh beli cincin. Aku cakap kat dia...Weii, aku dah jumpa cincin, Tapi, aku tak boleh bagi, aku kena tunggu lagi. Sebab cincin tak muat dah kat jari dia. Tangan dan godang, jari dah bosar. Tak manis cincin di sarung atas pelamin. Dia marah aku. Dia kata aku keji, tak pandai nak jaga hati, tak berbahasa tak berbudi. Dia tak tau ke aku sanjung dia tujuh petala langit, tujuh petala bumi dan tujuh makrifat menanti.
Setiap hari lahir dia aku akan usaha belikan dia hadiah. Aku kejer sorok-sorok nak belikan dia hadiah. Ada sekali aku belikan dia music box mahal jugak harganya, taraf student, mahal lah...bila dia terima dia cakap..."cantik nya!!! berapa harga? " aku jawab "RM150 jer"...kat kedai bla...bla (panjangnya berleter makcik ni) harga dia murah jer RM10 jer. naper suka buang duit beli mahal2. Simpan lah duit. Kata nak kawin. Macam mana pun pemberian aku sentiasa dia hargai. Iya lah pemberian insan tersayang memang lah di hargai. Aku sure hadiah aku tuh akan sentiasa ada depan almari solek atau atas meja tulis dia....baru-baru ni bila tanya dia cakap dengan selamba...."ada dlm store"...erkkk. Sampainya hati.... Tapi aku faham, dah 3 dekad berlalu pergi. Kalau hadiah tuh masih ada pun dah cukup baik dah. Kalau jadi aku. Tah kemana hadiah tu pergi.
Tadi dia mesej aku, dia kata sesak nafas. Asap berkepul-kepul. Aku ingatkan jerebu. Rupanya dia tak tahan banyak sangat asap rokok. Aku marah lah orang yang hidap rokok tuh. Kan kerajaan dah pesan, jangan hisap rokok. Merokok tuh kan membahayakan. Jujurnya kerajaan pesan setiap kotak rokok ada amaran, merokok membahayakan. Memang tak senonoh perangai orang yang hisap rokok tuh. Rokok tuh boleh membunuh tau tak. Aku tanya kat dia. BF dia dulu tak hisap rokok depan dia kan? dia kata BF dia dulu memang hampeh!!. Cakap tak serupa bikin, konon sanggup berenang ke lautan api, ke gunung sanggup di daki. kononnya kalau isap rokok akan segera berhenti... tapi hisap rokok jugak. Tapi dia terpikat dengan BF dia dulu pun sebab tak hisap rokok bila berdepan. erkkkk tiba-tiba aku buang puntung rokok yang aku pegang masa tgh menaip ni. Teruk perangai bf awek aku ni dulu. Propa beraja di hati. boleh banyak menang anugerah lagi.
Tadi dia cakap lepak kedai mamak. Jumpa client kat kedai mamak jer. Apa punya kementerian lah kan. Lepak lah kat lounge ker, kat hotel 7 bintang ker. tuh kan taste awek aku. Masa dia cakap kat aku taste dia macam tuh, aku diam jer. Sebab dulu dia dating dengan aku kat kedai mamak jugak. Last aku jumpa dia pun kat kedai mamak. semalam dia makan rojak mamak...hmmm aku tau dia tak suka mamak. walaupun standard kami memang mamak jer pun. Dulu masa dia tanya aku, takder tempat lain ke nak minum asyik mamak...mamak jer la. Muka pun dah macam mamak. Aku cakap mamak ni macam pakistan. Kita boleh duduk berangan dan mengejar impian. Tapi dalam hati aku. Penuh azam aku tak akan masuk mamak lagi lepas ni. Biar dia nak kata apa pun. Mamak bukan lagi pilihan....
Ok lah tuh kan. Dah panjang sangat aku merepek sakan. Saper yang baca. maaf jer lah. aku propa jer lebih, citer ni banyak aku tokok tambah. macam tambah garam dalam masakan. Dah suruh sangat aku buat tajuk ni kan. Aku jadi kan lah kenyataan. Maaf kan lah aku hanya seorang insan. Yang tak elok tuh dari aku, yang baik tuh dari Tuhan.
Maaf, kalau senyum mu bermusim dan tangis mu 7 besen.