Maaf. Pelangi datang lagi.membawa ceritanya yang tersendiri
HANYA TUHAN YANG TAHU!!! Tataplah mataku didalam matamu,kita tidak akan berpisah walau sering berjauhan,sentuhlah hatiku di sudut ruang hatimumu,usaplah batinku disudut batinmu,telahku serah segala rahsiaku.Jejaklah arahku disepanjang arahmu,kuncilah gundahmu disetiap kejujuranku,dimana2 pasti bersama hingga kesyurga...
Wednesday, 7 October 2015
CHENTA PELANGI
Maaf. Pelangi datang lagi.membawa ceritanya yang tersendiri
UJIAN CHENTA
Diana,
Ujian datang tidak ada siapa dapat menduga. Tuhan memberinya tatkala kita lupa. Namun beratnya ujian adalah berdasarkan keupayaan kita menempuhnya. Semuanya menuntut ketabahan. Kita akan merasakan nikmatnya apabila kita telah menyedari akan hikmah di sebaliknya. Ujian cinta ini amat berat ketika kita menanggungnya. Namun sebenarnya apa yang perlu kita lakukan hanyalah semudah membuka mata. Mata hati tidak pernah berdusta.
BIBIT CHENTA SEORANG DIVA
Diana,
Orang tua-tua selalu kata, jangan membenci orang nanti jadi suka. Jangan marah sangat pada orang nanti jadi sayang. Kata-kata ini sebenarnya kalau tak betul pun, ada rasionalnya. Orang tua yang makan garam dulu, banyak pengalaman. Setiap kata ada kiasan supaya nasihat mereka akan didengari. Kini tidak ada orang tua-tua yang menurunkan kata-kata berkias. Segala yang diperlukan hanya dihujung jari. Tak kira nasihat atau maklumat. kisah ini dicoretkan berdekad lamanya. Mulai zaman tinta pena hingga zaman clik dan cut and paste.
Tuesday, 6 October 2015
MAAFKAN CHENTA
05. Maafkanlah
Ampunkanlah untuk kesekian kalinya. Meskipun tidak selayaknya begitu.
Awak, entry awak yang itu sangat memberi kesan pada saya. Saya sangat sayang mereka berdua… setiap kali jumpa, saya dilayan istimewa. Saya ingat lagi masa awak bawa jumpa arwah abah awak buat pertama kali di pejabat dia. Senyuman dia meleret dan sangat mesra. Sejak itu saya yakin awak tidak main-main. Keyakinan itu bertambah bila saya mula mengenali hampir setiap ahli keluarga awak. Tiap kali singgah rumah awak pun arwah mak awak sangat mesra. Saya tidak merasa kekok pun walhal saya bukanlah jenis peramah. Saya juga dapat rasakan mereka sayang pada saya. Apa sahaja tingkah saya, semuanya cantik di matanya. Adik awak pun kian akrab dengan saya. Saya tidak lupa saat saya memberitahu keputusan SPM saya kepada mak awak. Riak kegembiraan di wajahnya sama seperti mak saya adalah hadiah buat saya. Awak pun tak kurang baiknya. Tidak pernah mengambil kesempatan atas saya. Kehormatan saya tetap terjaga.
Saya tahu awak tidak akan lupa saat aidil fitri suatu ketika dulu, kunjungan mak dan ayah saya ke rumah awak. Tika itu saya yakin dan pasti kita semua akan menjadi satu keluarga. Kunjungan ini pasti menjadi permulaan kepada kunjungan seterusnya. Selepas itu saya tidak pernah takut. Tidak pernah terfikir bagaimana laluan hidup saya. Tidak pernah kisah apa yang akan muncul di hadapan. Gadis belasan tahun ini hanya menurut langkah kaki sedang tangan dipimpin oleh orang yang sangat dipercayai. Saya seolah-olah berlindung disebalik bayang-bayang awak. Tanpa saya sedari bayang-bayang tidak muncul tanpa cahaya.
Seperti kata awak, langit tidak selalu cerah. Tiba saat mendung datang, bayang-bayang awak kelihatan amat samar dan sukar untuk saya berlindung. Saya yang ketika itu sedang kecewa kerana permohonan untuk ke universiti di tolak sedang awak melangkah ke menara gading. Sepatutnya saya tumpang gembira dan tanam semangat menghabiskan pengajian di sekolah. Tapi semua berlaku sebaliknya. 6 tahun bersama tak pernah rasa curiga atau cemburu. Tapi kali ini sangat mencabar. Saya mula berfikir tentang masa depan. Tentang bagaimana membalas jasa mak dan ayah. Kepayahan ayah menanggung keluarga membuat saya bertindak untuk segera bekerja.
Bila keputusan dibuat, saya nekad. Saya yakin semuanya akan baik-baik belaka. Terbukti tahun pertama kita makin mesra. Jarak tidak pernah menjadi pemisah. Berkirim khabar walaupun temponya sudah mulai berbeza. Saling berkunjungan walaupun ceritanya bersulam curiga. Adat orang bercinta, luka sedikit sakitnya tidak terkira. Apatah lagi cinta diusia muda. Semakin hari saya semakin resah. Saya pun sudah jarang mendengar cerita keluaraga awak. Kerana kita banyak cerita tentang kehidupan, suasana dan teman-teman baharu. Sedikit demi sedikit perkongsian cerita baharu itu menerbitkan cemburu. Saya mula berteka teki mencurigai hati dan rasa. Kebiasaan anak gadis yang mula menginjak dewasa, pasti ada mata yang mengekorinya. Ada tamu mengetuk pintu hatinya. Walau hati dan rasa diduga tapi masih terpelihara cuma bibir sering menafikannya. Saya mula berkira-kira dan mengiakan kebenaran kata-kata awak sebelum ke menara gading dahulu. Ada baiknya jika kita hanya teman biasa. Dalam ragu saya menduga. Bukan hanya ingin menduga hati awak tetapi lebih menduga hati sendiri sebenarnya. Tiga persoalan yang membuatkan awak berlari mengatur sejuta langkah. Tapi larian itu sia-sia. Saya sedikit pun tidak memperdulikan kisah semalam yang indah. Saya tidak ingat langsung wajah-wajah kesayangan yang menjadi pendorong cerita kita. Saya lupa raut kasih mak dan abah awak. Malah saya lupa semuanya. Yang pasti ketika itu bak kata awak… saya ingin terbang ke awan.
Kehidupan saya berubah sekelip mata selepas detik itu. Ibarat baharu pandai berenang sudah berimpian menyeberangi lautan. Tiba di tengah lautan dipukul gelombang, terkapai-kapai mencari pelampung sedang fikiran alpa pelampung telah ditinggalkan di pantai. Ingin kembali ke pantai sayang pantai pasir berubah. Hanya melihat dari kejauhan pelampungnya telah diambil orang. Jika dahulu menasihati awak, ratapan awak hanyalah seperti anak kecil kehilangan boneka. Jatuh awak bertongkatkan paruh. Kenangan kita itu ibarat debu-debu yang boleh hilang hanya dengan tiupan angin. Tahukah awak… setiap bait kata-kata saya itu datang menghiris-hiris hati saya sendiri.
Diringkaskan ceritanya, selepas membaca coretan awak… hati saya runtuh. Jiwa terasa kotor dan jijik. Air mata yang tumpah tidak bisa membasuhnya. Bagaimana mungkin dapat menyembah memohon ampun sedang mereka telah pergi. Hanya ayat-ayat suci Al Fatihah yang bisa dihadiahkan atas kasih sayang mereka. Rahsia itu melembutkan hati saya untuk memanggil awak setelah tiga dekad berlalu. Rasanya ucapan terima kasih tidak setimpal untuk awak yang banyak menutup aib saya. Penghormatan awak pada saya terlalu tinggi melebihi kesucian hati awak. Untuk kesekian kalinya saya benar-benar seikhlas jiwa memohon ampun atas segala perbuatan, tutur kata, sekelip pandangan mahu pun sehela nafas yang amat melukakan.
Seolah tersedar dari lena yang panjang. Benarlah suara hati selama ini yang pertama itu masih di situ. Rasa itu masih tebal. Selagi air mata boleh mengalir kerana mengingati kenangan itu, selagi itu lah dia kekal di situ. Justeru, Biarkanlah aku menangis…
Dna
1 Oktober
Chenta Kuih Pau
Dulu aku suka bermimpi, Sebab aku banyak impian barangkali. Walaupun impian itu banyak yang tak menjadi realiti tapi aku terus jugak bermimpi. Oleh kerana itu sehingga 30 tahun berlalu aku tetap mahu bermimpi lagi. Masa depan aku waktu itu tergantung pada impian yang aku bina, so untuk terus menjadi manusia yang mempunyai impian aku perlu tidur., cuma kekadang aku terlupa bangun pada lena yang panjang. Dia selalu cerita pasal salji. Menikmati kedamaian salji di bawah selimut sambil makan pau besar. Aku tak tergambar nikmatnya, walaupun aku tahu. Apa la sangat makan pau kecik atau besar. sama jer. Klu tak cukup makan la banyak2. Tapi kata-katanya membuatkan aku ingin pergi dan alami sendiri. Selalu aku rasa mcm tu. Tak apalah aku tahu, aku akan dapat merasainya hanya dengan bermimpi aku akan dapat pergi kemana-mana jer yang aku nak pergi. hanya dengan mimpi aku akan sampai ke Jepun, UK, Senawang, chengkau, JB, Penang, Port Dickson, Tampin waima bawah pokok getah sekali pun. Mudah sangat rupanya, apa la yg susah sgt nak kopek buah limau tuh?
keakraban hubungan kami tidak boleh di persoalkan oleh sesiapa waktu itu, aku ulang sekali lagi....waktu itu lah. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menidak kan hubungan suci murni itu. Aku bersyukur kerana itu, kebiasaannya untuk menafsirkan rasa syukur itu aku tidak akan ucap terima kasih tapi aku akan lafaz kan kata `Thank you'. Al maklum la, tetiba rasa ini jadi kebaratan pulak.Macam tuh la terjadi, Setelah 30 thn tak jumpa tetiba Allah merestuinya. Masuk kedai mamak jer pun. Yer la..tuh jer yang bukak. Pesan air hamboiii. cakap org putih. "ais lemon Tea, Pls" mamak tuh heran. x paham apa yg dia mintak. Tak tau lah kalau mamak tuh perli pulak kan...Aloooo ni dah kul 12 malam. Bukan waktu UK tau.
Walau pun rasa ini hakikatnaya gagal. Tapi dalam banyak hal aku dan dia sesama berjaya, Paling berjaya bila aku dapat lahirkan kata `maaf' yang paling ikhlas padanya selepas terlalu lama berlalu. Banyak kejayaan yang kami cipta sebenarnya. Benarlah Chenta agung itu mempunyai kekuatanya yang tersendiri. Benar juga apabila org berkata di belakang setiap lelaki yang berjaya akan berdiri seorang wanita hebat, di belakang kegagalan seorang lelaki pula kekadang akan berdiri lebih ramai wanita. mungkin dua, tiga atau lebih. Itu sebab ada keputusan bodoh yang terjadi.
Aku sering teringat kisah bas express tu. Kami melalui nya dengan penuh persefahaman. Bermula dari lepas buka puasa, beli tiket bas, naik bas. duduk dalam bas. Bercerita tentang impian. Suasana itu tidak pernah aku lalui lagi selepas tiu. Tidak pernah juga dengan sesiapa kecuali dia. Suasana malam menjadikan kami berdoa agar jangan lah wujud hari siang. Suasana mmg amat kelam. Sesekali adalah cahaya apabila bas melintasi lampu-lampu kat tepi jalan. Silau pulak mata. So, tutup lah dengan langsir jendela bas yg ada bau macam-macam tuh. Aku tak moh citer apa yang berlaku lepas tu. Tapi dari pengalaman berharga tu, kalau di takdirkan aku jadi pakar cinta. Aku akan kata betapa cinta itu mmg terlalu unik. Cinta juga photogenic. Ianya memang memerlukan tempat gelap untuk berkembang.
Kalau tanya aku, dia cantik tak? sure aku akan jawab tidak. mati hidup balik pun jawapan aku tetap sama. Aku tak pernah impikan seorang wanita cantik mengisi hati aku. Dia manis, lembut dan sempurna. Dia memang tak cantik. tuh sebab kawan aku cakap hidung kami hampir sama. Jap...dia pun tak buruk Kalau dah sama dengan hidung aku tak kan la buruk pulak kan..Di mata aku dia cukup sempurna dan cukup sifat yang istimewa.Aku tak pernah pilih yang cantik sebab aku tahu. yang cantik akan jadi rebutan dan yang cantik jugak bukan menjamin kehidupan yang menyenangkan. Tapi alhamdulillah la. Dia pun tak cantik.Tapi itu pun jadi rebutan. Kadang aku benci dengan lelaki ni. Cari lah yang lain. Banyak lagi menanti...naper nak carik yang hidung sama macam aku...Apa pun rasa yang datang pada waktu itu tidak pernah memandang pada rupa. Tak kisah lah cantik atau jelek. sesuai lah untuk aku. sebab org pernah kata. Cinta tak pernah memandang rupa, cantik atau jelek. kalau tak percaya , tanyalah pada aku. tanyalah pada orang jelek jugak.
kalau org tak tau dan tak faham sure org akan tertanta-tanya. Apa sebenarnya yang kami mahu setelah 30 tahun berlalu. Lupakan lah keramat bernyawa, lupakan lah kisah lalu yang menghiris jiwa, lupa kan lah segala yang telah jauh meninggalkan kita. kalau ada yang bertanya aku pun tak blh bercakap mengenainya. Tak ada kata-kata yang dapat keluar. `speechless'. Tapi percayalah, aku memang tidak akan dapat mengubah apa yang telah kami pelajari, apa yang telah kami mulai. tetapi aku yakin aku dapat mengubah apa yang patut aku ubah. Contohnya...menjadi sahabat sejati lebih bermakna dari memiliki *wink*. Awak setuju kan?. Dan awak kena setuju jugak kekadang saya ni bijak jugak kan. Walaupun dah tak pandai menulis puisi, walaupun awak tak pernah setuju bila org tanya awak "tahu ke org yg punya suara sedap tu?"
Dulu hari-hari berlalu terlalu indah rasanya, seindah matahari, secantik bulan di pagari bintang beribu. Kalau boleh tak siapa pun mahu sinar itu pergi, Tapi kita jugak tak boleh menolak hujan, apa lagi nak tolak jerubu. Sape lah yang dapat menghalang org indon yg nak membakar hutan, Pesan aku, kalau nak bersinar seperti matahari, pasti kan dulu kita tahu, insaf dan penuh sedar. matahari itu panas, terlalu panas. dari jauh pun dah rasa panas apalagi mendekati nya. Pastikan kita rela untuk terbakar kalau kita sanggup untuk mendekatinya. Macam tuh jugak kalau kita nak bakar surat-surat lama. Pastikan dulu kata-kata keramat tuh dah terpahat kukuh dalam hati kita...
Maaf, Aku selalu percaya senyuman nya lbh manis daripada melihat dia menangis.
Monday, 5 October 2015
TEMPOH CHENTA YANG PANJANG
Maaf, tempoh yang panjang rupanya terasa pendek bila menyulam dengan kata-kata.
EPILOG CHENTA
03. Epilog Luka Semalam
Seiring usia, kematangan memberi sedar. Mengapa perlu ditatang kemanjaan hati yang kian tua? Mengapa perlu disiram benih cinta yang tidak bercambah lagi? Biarkan segalanya tinggal menjadi epilog semalam yang luka. Kita hanya perlu menjaga rasanya kerana rasa bisa kekal setara biarpun dibakar tidak bersisa.
Epilog itu hanya boleh dijadikan kenang-kenangan. Mengisi ruang masa yang amat singkat. Entah sedetik atau sehari dijemput Izrail lenyap semuanya.
Namun kesyukuran dan pengajaran dari epilog itu harus diangkat menjadi tauladan dan sempadan. Hanya itu yang akan kekal sebagai penyambung saat jasad tidak bernyawa.
Ya, hebatnya tidak terduga. Membaca hasrat hanya dari pandangan mata. Membongkar rahsia hanya dengan deraian air mata. Melembutkan hati hanya dengan detik dan masa. Tidak ada yang salah menduga, segalanya tepat belaka.
Keraguan ku… akan tiba masanya berada di persimpangan lagi dan saat itu menuntut pilihan. Adakah kesilapan akan berulang kali? Sedang hakikat telah diketahui bahawa pilihan akan menyakitkan. Kesakitan ini akan lebih dahsyat dari Epilog Luka Semalam. Justeru, sebelum waktu itu tiba…
Pasangkan layar cintamu, naikkan sauh, tetapkan nakhoda dan pastikan bahteramu tidak melalui persimpangan itu. Meskipun masih berlayar di lautan rindu yang sama, layar cinta dan bahteramu tidak akan terpisah dan nakhoda tidak perlu membuat pilihan. Biarlah hanya dilambung ombak rindu dari karam di lautanya. Dengarkanlah bisikan ini Temanku, Malaikat Chenta mu menuntut pengorbanan yang setara dengan Epilog Luka Semalam…
“Semoga hati kita teguh memintal tali persahabatan ini”.
Dna ~ September yang pergi
UMPAMA MIMPI CHENTA
Maaf, Aku tidak berdaya menarik sekuatnya apabila nafas ku hampir terhenti.
CHENTA BODO
Aku pernah melalui saat kebodohan itu. Ia datang tanpa di undang, dan perginya tidak pernah terhalang. Aku pun tidak pernah mengerti kenapa aku melalui saat itu. Ianya tidak sepatutnya berlaku. Aku telah membuat satu keputusan yang salah. Maha besar salahnya pada ku. Keputusan yang bodoh dan keputusan yang meragut warna cahaya dalam hidup ku. Ianya amat bodoh.
Dengan hanya usia perkenalan selama 3 bulan aku membuat keputusan itu. Sebenarnya aku terlalu keliru saat itu. Aku tidak dapat lagi berfikir apa yang baik dan apa yang tidak dalam hidup ku. Waktu itu aku memerlukan seseorang. Aku perlukan kaunselor terbaik agar menunjuk kan arah yang lebih baik untuk aku melalui lorong gelap itu. Tapi aku tidak menemui sebarang cahaya untuk aku jadikan petunjuk. Lalu tercipta lah keputusan bodoh yang sama sekaligus meranapkan sebahagian dari kebahagiaan hidup yang ku lalui.
Aku pasti, sesuatu itu terjadi dengan alasan nya yang tersendiri. Walaupun sewaktu membuat kebodohan itu aku tidak pernah mengerti apakah alasannya aku berbuat begitu tetapi akhirnya aku tahu itu lah pelajaran yang paling sukar untuk ku hadapi. Hanya Dlm tempoh tiga bulan, aku membuat satu keputusan bodoh yang mengubah segala-galanya. Sebenarnaya abukan aku yang membuat keputusan. Aku percaya dalam keadaan biasa aku tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan seperti itu. kegagalan dan kehilangan seseorang yang paling istimewa dalam hidup ku pada ketika itu membuatkan aku hanya menerima apa yang datang tanpa banyak alasan. Aku tak perlu lagi berfikir baik dan buruk, bagus atau tidak. Aku hanya perlu mengikut haluan yang telah di tetapkan.
Segalanya bermula apabila ada seorang kakak yang ingin memperkenalkan aku pada seseorang. Apabila kenal, aku tidak melihat apa-apa keistimewaan selain dari mengikut apa saja haluan dan lorong yang disediakan. Aku tidak pernah bercakap pada abah tentang itu. Tapi sepupuku yang menyampaikannya. Abah bertanya pada ku. Abah menyuruh aku berfikir semasaknya. Abah menyuruh ku mengingati semula dia yang teristimewa. Bukan kah abah sudah bilang, menjadi lelaki perlu berani dan menjadi lelaki juga perlu setia.
Ampun kan putera mu nan satu ini abah, kerana menjadi lelaki yang teramat bodoh. Yang tidak pernah berfikir sebaiknya. Bagaimana mungkin anak mu memikirkan tentang dia yang terlalu sempurna dan teristimewa sedangkan dia telah lama menolak ku. Tidak ada secebis pun lagi harapan anak mu padanya. Tidak ada sedikit pun rasa itu lagi pada dirinya. Maafkan aku abah kerana menyembunyikan hal ini pada mu kerana anak mu, terlalu luka. Tidak ada langsung lorong indah terbentang waktu itu jika aku terus menunggu. Mungkin ini takdir ku. Mungkin ini penyembuh luka yang datang. Maafkan aku abah...
Maafkan aku atas kedunguan ku waktu itu. Kerana kau telah tiada. Aku berusaha keras waktu itu untuk mencari mu. Aku ingin bertanya soalan terakhir pada mu...apakah tega untuk aku terus menunggu mu. Atau aku harus pilih jalan hitam ini. Dan biarkan saja waktu yang jadi penentu. Aku jadi nanar apabila aku tidak pernah mendapat ruang dan peluang untuk mengutip sedikit cebis semangat ku agar aku tahu membuat keputusan bodoh akan menghasilkan jalan yang bodoh juga.
Sudah sekian waktu aku menunggu pelamin impian bersama mu, sudah semakin pudar mimpi indah yang ku tafsirkan bersamamu. Waktu itu, aku hanya ingin kan agar kesakitan itu segera pulih. Kau mungkin tidak merasainya. Tetapi separuh nyawa ku terluka dan aku tidak punya penawarnya. Aku hanya ada kata keramatmu. Lalu, aku ingin berhenti bermimpi, aku yakin sesak nafas ku akan berakhir saat aku berhenti bermimpi. Aku tidak pernah percaya apa yang telah terjadi. Sejuta kata yang kau ucapkan tidak sedikit pun membuat aku percaya betapa kau sudah tidak punya rasa. Harapan ku hilang disaat aku berhenti
percaya. Aku tidak pernah mendambakan kegagalan. Menjadi lelaki harus berani, menjadi lelaki harus setia itu kata abah. Maafkan aku buat kesekian kalinya abah. Alangkah baiknya kalau aku dapat berkata jujur pada mu betapa dia sudah tidak memperdulikan rasa itu lagi. Dan ketahuilah oleh mu, betapa aku semakin tidak berdaya untuk mempertahankan rasa ini kerana rasa ini akan gagal disaat dia berhenti peduli.
Sebelum membuat keputusan bodoh itu, aku kirimkan puisi di angin lalu. aku pohon pengertian dan rasa simpati nya pada ku. Aku keliru untuk membuat keputusan yang amat besar ini. Dengan lembut dia sampaikan salam rindu di angin lalu. Dia katakan pada ku. dia juga keliru antara kasih dan kasihan. Tapi apa pun waktu itu, setiap ungkapan ku tidak pernah berbeza. Ianya akan membawa jawapan yang sama. lalu aku berfikir bodoh lagi, adalah Lebih baik berbahagia sendiri, daripada terhina dalam kebersamaan dengan orang yang hatinya tak pernah bersamaku.
maaf, Kebodohanku meranapkan setiap inci impian yang diciptakan bersama.
Bukan Kerana Chenta
Maaf, Bukan kerana chenta yang memaksa kita melayari keramat ini. Tetapi Kebahagiaan yang tercipta mewarnai hidup yang semakin singkat.
CHENTA DIANA
Diva Propa
Orang tua-tua selalu kata, jangan membenci orang nanti jadi suka. Jangan marah sangat pada orang nanti jadi sayang. Kata-kata ini sebenarnya kalau tak betul pun, ada rasionalnya. Orang tua yang makan garam dulu, banyak pengalaman. Kalau tidak ada kiasan, nasihat mereka tidak akan didengari.
Episod menjadi diva ini bermula ketika usiaku semanis 15. Ketika itu ayah mula bersara dari seorang anggota tentera yang agak berpangkat juga menjadi seorang peniaga. Ayah membina bunglow di satu kawasan yang agak jauh dikelilingi hutan dan kebun getah. Kata ayah, kawasan hutan amat sesuai untuk seorang pesara tentera. Sekurang-kurangnya kemahiran menembak ayah sentiasa terjaga. Kami bertiga adik beradik puteri-puteri ayah yang jelita dan permaisuri di hati ayah a.k.a mak aku tidak pernah membantah apa juga kehendak ayah. Selama ini ayahlah hero kami. Jadi tinggal di hutan belantara tidak menjadi ancaman pun kepada kejelitaan kami kerana kami tahu ayah lebih garang dari harimau. Ayah lebih agresif dari tarzan di hutan. Kami sentiasa rasa selamat bila ayah ada. Suara ayah sahaja sudah boleh membuat sang helang berkicau merdu. Bungalow kami dikelilingi pokok getah yang tidak lagi diusahakan oleh sesiapa. Aku akan ceritakan lebih terperinci tentang pokok getah ni dalam episod yang lain nanti. Banyak kisah berlaku dalam kebun getah ni sebenarnya.
Walaupun keluarga telah berpindah ke bungalow kami yang comel di tengah hutan. Namun aku tetap tinggal di kota kerana ayah tidak mahu persekolahanku terganggu. Justeru, aku tinggal di asrama, dan pada setiap hujung minggu sama ada mak dan ayah datang melawatku atau aku yang akan pulang ke rumah. Begitulah rutin sehingga aku tamat Tingkatan 5.
Nah, hari pertama aku tinggal di asrama, aku mula dikenali dan mendapat ramai kawan baru. Oleh kerana sebelum masuk ke asrama pun ramai yang sudah mengenaliku maka tidak hairan pada minggu pertama menjadi penghuni Aspuri sudah ada lima orang kakak-kakak di asrama itu yang berebut untuk mengambil aku menjadi adik angkatnya. Ini sebenarnya melemaskan aku. Aku tahu mereka tahu potensiku untuk jadi popular. Menjadi kakak angkatku pasti sedikit sebanyak tempias popular itu dapat pada mereka. Kawan-kawan yang sebaya aku Noi, Esah, Izah, Ani, Semah dan Ita sekali-sekala menyuarakan rasa cemburu kerana tidak ada seorang kakak pun menawarkan khidmat menjadi penjaga a.k.a “kakak angkat” untuk mereka. Sebenarnya sifat ‘diva’ ini dah pun terserlah hanya dengan namaku sahaja. Menyebut nama Diana Natasha Aleeya, sahaja sudah menampakkan perbezaan dengan nama kawan-kawan apatah lagi kejelitaanku. Disebabkan punya susahnya nak menyebut namaku zaman itu, hanya DJ Diva ala-ala Azuan Ali sahaja yang boleh menyebut namaku dengan betul, , aku hanya di panggil Diana sahaja. Kalau secara bertulis pun, disebabkan susahnya nak dieja nama itu ramai yang hanya tulis DNA sahaja. Walaupun kedengarannya seperti agak saintifik, tapi itu juga menunjukkan kelainan dan perbezaan ketara dengan yang lain. Bayangkanlah betapa glamornya aku junior baharu di Aspuri.
Minggu kedua di asrama aku terpaksa mengikuti minggu orientasi. Minggu yang sangat menyiksakan bagiku tetapi amat meninggalkan kesan dalam hidupku. Minggu ini juga menjadi titik tolak kejayaan aku merebut gelaran DIVA ini. Sepanjang minggu orientasi ini kami ‘freshie’ atau ‘new bee’ ini terpaksa mendapatkan tandatangan kakak-kakak senior dan abang-abang senior. Senior-senior pula, masa orientasi ini lah akan menunjukkan kekentalan jiwa mereka menjadi kejam atau bajet baik. Yang bajet baik tu, tidaklah menjadi masalah kepada ku kerana selesai mendapatkan tandatangan mereka, nama mereka terus hilang dalam ingatan. Kakak-kakak senior yang garang macam singa betina pun tidak menjadi masalah kepadaku kerana kemanjaan aku yang memang puteri bongsu dalam keluarga melumpuhkan emosi mereka yang garang itu. Paling tidak pun mereka hanya akan meminta aku menari. Aku dilahirkan dengan banyak kelebihan yang mendorong aku menjadi diva. Aku memang pandai menari, apa juga rentak aku boleh tarikan. Tak perlu Koreografer pun aku boleh hasilkan satu persembahan yang akan kekal dalam ingatan siapa sahaja penontonnya.
Masalah besar aku ialah mendapatkan tandatangan senior-senior lelaki di Aspura. Setiap hari kami freshie perlu berbaris dan menyanyi lagu tema orientasi sekuat hati kami dan sepenuh jiwa kami. Perkara ini lah yang paling aku benci kerana menyanyi cara bergitu mengancam kejelitaanku. Ia juga menghilangkan kemanjaan suaraku. Selesai menyanyi kami macam askar wanita yang tak lulus ujian pertama masuk ke dewan makan dan mengadap senior jantan yang macho dan sado kononnya. Lepas seorang demi seorang aku terpaksa berhadapan dan merayu untuk mendapatkan tandatangan. Perkara ini memang mencabar aku. Walaupun aku diva sifat pemalu tetap ada dalam jiwaku.
Ada yang bajet alim ulama, akan minta aku baca beberapa surah dan kalau tepat baharulah tandatangan diturunkan. Yang betul-betul beriman itu aku memang hormat sebab mereka dapat mengesan kesalahan bacaanku yang sengaja aku buat sebab nak juga tahu mereka ni betul ke pandai. Sifat seorang diva memang perlu menguji orang sekelilingnya supaya tidak dipergunakan dan kekal menjadi diva. Hampir semua senior lelaki telah kudapatkan tandatangan. Rasa malu pun sudah mulai terkawal.
Tiba giliran aku berhadapan dengan Ketua Orientasi a.k.a OC. Sebelum ini aku memang pernah dengar kisah OC yang garang tahap gila babas ni. OC ni katanya cepat meroyan dan suka denda freshie dengan hukuman gila yang mandatori. Tak ada pilihan. Dengar namanya sahaja dah buat orang gigil lutut, apatah lagi kalau menatap matanya. Sebaik sahaja aku diminta duduk dihadapanya. Aku keluarkan sekeping kertas, Senarai Nama dan Tandatangan. Aku tak kata apa-apa, hanya matanya kutatap tanpa senyuman. Melihat ketajaman sinar matanya aku cepat mengubah pandangan. Aku cuba mencari suara yang semanja mungkin supaya aku boleh dapatkan tandatangan tanpa banyak soal. “Abang tolong sign bang…” sambil kertas itu kuhulurkan.
Dia menyambut kertas itu tanpa banyak soalan. Wah! Berjaya cobaan pertama ku. Hampir sahaja aku mengukir senyuman, tetapi senyuman itu terpaksa kutelan sebaik dia bersuara. “Tuliskan surat cinta dulu baru boleh sign”.
Hah! Hampeh punya OC. Muka ganas tapi dalam hati ada taman. Kebanyakkan senior hanya suruh aku tulis ‘surat komen’ tapi yang ini ‘surat cinta’. Walaupun dua-dua surat aku tak suka, tetapi mengikut kesesuaian seorang diva, tulis surat cinta sudah pasti dapat mencairkan hati pembaca. Apatah lagi pembacanya Singa jantan yang kelaparan tidak ada siapa yang suka. Maka menulis surat cinta satu cabaran yang sesuai untukku.
Aku pun tak tahu apakah magis disebalik mata penaku. Begitu lancar ayat-ayat cinta dapat ku ilhamkan dalam Surat Cinta Pertama itu. Tanpa editor, sepucuk surat biru kuhasilkan dengan kalimahku sendiri khas buat abang OC yang sangat brutal tapi dalam hati ada taman. Surat itu kuhulurkan sendiri secara mata bertentang mata di saat percubaan kedua mendapatkan tandatangan. Pun begitu hati turut berdebar dan ada keraguan. Harap-harap dapatlah sign kali ini. Harap-harap dia tak “terperasan” lah dengan ayat-ayat cintaku yang paling mahal harganya itu. Harap-harap senarai tandatangan dapat dilengkapkan hari ini.
Dia membaca surat itu sambil sekali sekala matanya mencuri pandang pada ku. Ibarat salju disiram mentari, aku tahu hatinya cair. Sebaik tandatangan diturunkan, sepantas itu aku mengucapkan terima kasih lalu beredar. Kakiku melangkah dan terus lupa segalanya yang kutulis. Surat itu kekal tidak bermakna.
Tamat orientasi kehidupan di Aspuri telah dapat dikuasai. Segala rutin menjadi lancar. Pelajaranku juga semakin meningkat. Jarak dari pantauan mak dan ayah tidak melemahkan perjuangan dalam menuntut ilmu. Namun ada sesuatu yang sebenarnya menjadi pendorong kepada kekuatan semangatku tika itu.
Entah bagaimana dan saat mana atas usikan kawan-kawan pintu hatiku diketuk oleh seseorang. Seseorang yang aku sendiri tidak pernah menduga. Pada mulanya aku hanya sangka mungkin abang ex-OC ini hanya mulai tergoda dengan ayat-ayat cinta yang kuutuskan. Atau dia hanya menguji aku untuk melihat keseriusan ayat-ayat yang “power gila” berbunga cinta itu. Namun sejak balasan pertama ke atas surat cita palsu minggu orientasi itu ku terima, aku mulai menyedari ada rasa yang terbit di setiap bait kata-katanya dalam suratnya.
Oh tidak, tidak mungkin aku semudah itu menggadaikan ‘diva’ ku hanya kerana sehelai surat cinta. Kawan-kawan rapat mulai terbau haruman cinta diva ini. Ramai yang tidak merestui dengan alasan kami tidak ada persamaan. Oleh kerana bibit cinta ini tidak direstui kawan-kawan, aku mengambil langkah merahsiakan kehadiran surat biru itu. Namun dalam diam aku mula membuka pintu hatiku. Sejak itu kami berbalas kata melalui ayat-ayat cinta. Dalam masa yang sama aku tetap menjadi diva. Kehidupan di Aspuri dengan tiga orang kakak angkat, seorang abang angkat dan seorang adik angkat cukup menjadikan aku diva yang sangat disayangi walaupun aku lemas sebenarnya kerana di rumah sendiri pun dimanjai, di asrama pun terasa diperhatikan sepanjang masa.
Setahun berlalu suatu detik yang sangat bermakna dalam hidupku di usia 16 tahun, aku harus membuat keputusan. Esok dia akan berpindah sekolah, sedang cinta ketika itu masih berputik. Aku sangka mungkin di sinilah penamat cinta monyet ini. Aku harus berbuat sesuatu supaya dia menjadi lebih baik dan patuh pada agama. Aku mahu dia ingat cinta monyet dengan diva ini suatu yang amat bermakna dan suci sehingga boleh menjadi keramat dalam hidup dia.
Sebelum dia berpindah, aku mohon dia melaungkan azan di subuh terakhir dia di asrama. Mungkin selepas ini nanti dia akan sentiasa bersemangat untuk melaungkan azan dari rumahnya supaya dapatku dengar hingga di asrama. Permintaan ini kedengaran agak ‘propa’ tetapi maksud tersirat disebaliknya amat berharga. Sejak saat dia menyatakan dia akan berpindah lagi aku sudah merasai rindunya. Laungan azan itu nanti akan mengingatkan dia supaya tidak alpa pada solat. Bersedia untuk memimpinku sebagai ketua keluarga suatu hari nanti. Harapan itu yang ingin kusampaikan melalui permintaan yang ‘propa’ lah sangat.
Sebaik sahaja dia tidak ada di Aspura lagi, kawan-kawan semua seakan lega. Lega kerana tidak melihat kami mencuri pandang tatkala waktu makan. Lega kerana tidak kedengaran “Diana, Man kirim salam!”. Atau “ Diana, nah Man bagi ni”. Tetapi segalanya belum berakhir. Aku mula dihujani panggilan telefon. Sehingga terciptalah lagu “Hello! Is it me you’re looking for?” nyanyian Lionel Richie khas untuk cinta seorang DIVA ini (Kau ado?). Tak cukup mendengar suara, kami berbalas-balas surat cinta. Dasar seorang diva, kehidupan orang glamor tidak bermakna jika tidak ada surat peminat. Surat-suratnya hadir tidak pernah putus. Hari ini kubalas esok kuterima lagi. Sehingga suatu hari aku tidak terima suratnya lagi. Kusangka cahaya DIVA ku sudah luntur. Sangkaan ku meleset kerana rupanya surat-surat itu sudah ditapis oleh guru disiplin sekolah. Ayat-ayat cintanya yang sangat PROPA itu tidak melepasi tapisan itu. Aku tidak pernah dipanggil oleh cikgu S kerana aku tahu cikgu memahami status DIVA yang kupenggang sejak Tingkatan Satu. So, ‘ada aku kesah’ semua itu?
Namun demi meneruskan hubungan dengan seorang diva ini, dia menghantar diarinya kepadaku. Sejak itu kami mulai sekali sekala bertukar diari. Entah semangat apa yang mendorong kami berbuat begitu. Walhal cerita dalam diari itu hanyalah rutin biasa seorang remaja sekolah. Yang membezakannya hanya aktiviti yang kami lakukan. Dalam diarinya sudah tentu mencatatkan rutin harian remaja lelaki, dan dalam diari ku sudah tentu cerita seorang diva yang masih sekolah dan kehidupan di asrama. Namun hanya kami yang tahu di mana tersimpan rasanya. Setiap baris cerita dalam diari tersebut ada rahsia suara hati yang setara rasanya.
Saban tahun kami menyulam cinta dengan cara yang amat sempurna. Tidak pernah ada sengketa. Marah-marah sayang itu perkara biasa. Cnta dia telah meletakkan tahap diva ku lebih terhormat. Tidak ada siapa yang berani untuk mencuba nasib merebut hatiku. Walaupun kawan-kawan tidak pernah tahu sedalam mana makna rasa yang kami tafsirkan tetapi mereka tahu ada haruman cinta yang sama antara kami.
Ketika usiaku mencapai tahap ‘sweet 17’, dia mula menemukan aku dengan ahli keluarganya. Orang pertama yang dia kenalkan ialah bapanya (dia panggil Abah so aku pun panggil Abah juga). Aku tak tahu sama ada aku memang DIVA atau dia guna ayat-ayat PROPA untuk melembutkan hati Abah. Abah senyum meleret menyambut aku di pejabatnya. Hari berganti hari sehingga semua ahli keluarganya sudah kukenali termasuklah semua pekerja Abah. Aku bukan sahaja dilayan sebagai seorang puteri malah seperti seorang DIVA oleh keluarganya. Pernah kami keluar ‘dating’ naik kereta ada ‘driver’ lagi. Kami berdua di belakang hanya bagi arahan di mana nak berhenti. Abah dan Mak dia tidak menghalang cinta kami kerana mereka tahu cinta itu tidak merosakkan pelajaranku. Aku berjaya cemerlang dalam SPM dan Mak dia menjadikan kejayaan aku sebagai bahan untuk dileterkan kepada dia yang tidak kuat semangat untuk fokus dalam pelajaran. Ibarat Surat cinta pandai tulis nak kira duit hantaran kena minta bantuan mesin kira (kantoiii).
Cinta yang diresuti itu terus menguntum dan semerbak baunya. Ringkasannya apa sahaja yang aku mahu dia turutkan. Bukan setakat kupaskan kulit limau sahaja malah korbankan cinta ini pun dia sanggup jika itu yang kupinta. Semuanya adalah kerana dia sayangkan aku. Dia memang ketara sangat sayangkan aku. Mujurlah tahap divaku terkawal lagi… kalau lah aku minta dia belikan emas berjongkong pun, sudah tentu dia berusaha dapatkan. Begitulah tiga tahun permulaan bibit cinta kami. Cinta yang tidak pernah padam.
~DNA~
Oktober - senja yang tidak nampak “Sun Set”
AMARAN:
Cerita ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa. Walaupun nampak macam cerita benar tapi ada banyak tokok tambah kerana ditulis dengan cara yang sangat PROPA demi memenuhi syarat untuk menumpang blog “Raja Propa”
Subscribe to:
Posts (Atom)