Waktu itu aku tidak tegar langsung. Aku merelakan saja apa yang akan berlaku. Puas ku pujuk hati sendiri tetapi tidak pernah berjaya. Ku terima tinta bernyawa dan aku menulis puisi rindu. Aku pahatkan setiap sudut kata-kata indah agar ada belas untuk ku. Aku khabarkan setiap kesan dan ingatan dengan harapan dia juga akan berfikir apa yang aku fikirkan. Aku mengajaknya untuk mengenang semula segala kenangan indah bersama. Aku bercerita tentang sahabat baik ku yang gagal bertahan kerana tidak betah menganggung rindu. Aku khabarkan juga betapa org yang tersayang perlu berada disisi. kerana itu mereka gagal.
Aku tahu, sedar dan penuh insaf betapa silap ku membiarkan rindu itu bersarang tidak di baja. Dia terlalu rindu sehingga jemu. Dia gagal bertahan kerana aku tidak hadir disisinya di saat dia perlu kan aku. Aku bercerita lagi betapa sahabat baik kami sering gagal dan tidak dapat bertahan kerana rindu tidak bertamu. Di masa mereka gagal, aku mengkaguminya kerana dia masih mampu tersenyum dan bertabah walaupun rindu sering menyapa dan datang seperti angin lalu. Dia memang terlalu kuat dan istimewa. Kerana itu, aku terlalu yakin betapa dia tidak akan berubah. Hatinya bukan mudah untuk di patahkan. Aku terlalu yakin tidak mudah untuk dia atau aku akan berubah. Kasih kami terlalu kuat untuk di sangkal. Di Masa yang sama aku terlupa, dia juga manusia biasa seperti aku dan orang lain. Aku juga terlupa...di saat aku menyedari kasih semakin menjauh, di ketika itu juga dia telah bernekad untuk mengakhirinya.
Semasa aku cuba bertahan dan mengharapkan agar dia datang kembali. Aku sering biarkan waktu terus berputar, aku cuba menyintainya dengan penuh rasa sabar. Aku tidak kuat untuk menghadapinya tapi apa pilihan yang aku ada selain dari merelakan. Apalah maknanya jika kita menyayangi seseorang sedang kan kita tidak boleh untuk berkorban demi kebahagiaannya. Memang tidak tertanggung kesakitannya tapi aku sentiasa memilih untuk terus bertahan.Aku ikhlas dan kepada Allah aku berserah agar menunjukkan jalan.
Rasa ini terlalu agung dan amat besar. Aku hayati semua itu dengan penuh rasa syukur. aku yakin dia juga merasakan apa yang aku rasa. Menghadapi saat-saat sukar itu begitu payah. Saban malam aku hanya berteman airmata. Aku sering tertanya apakah salah dan dosa ku sehingga hati yang bersatu ini boleh terpisah dan berubah. Kesanggupannya meninggalkan ku seolah tiada langsung rasa kasih dan kasihan. Aku akui aku tidak berusaha sekuatnya untuk menggenggam kasih itu sehingga ke penghujung dunia. Aku merelakan Tuhan menariknya sekuat aku mengenggamnya.
Kekecewaan ini menyebabkan aku menjadi manusia yang tidak seperti manusia lain. Aku lebih banyak menyendiri dan aku lalui hidup sehari-hari tanpa arah. Aku ingin terus bertahan walaupun dunia tahu aku tidak mampu untuk mempertahankan. Menyedari hakikat kehidupan, aku tahu tidak siapa ingin berubah, tidak dia dan tidak juga aku. Aku tahu, dia telah mencuba untuk tidak berubah, tetapi di masa yang sama dia merelakan setiap keindahan milik kami hilang begitu sahaja. Sedikit pun dia tidak sudi untuk memikirkannya lagi.
Setelah sekian lama kami dapat berbicara mengenainya secara terbuka.Pasti ada airmata yang tumpah. Tanpa niat untuk mencari salah kami berbicara tentang resah dan kesilapan kami bersama ketika itu, Setiap kali bercerita dia akan memohon maaf kerana tidak menghargai kasih suci itu. Sungguh, tidak senafas pun aku izinkan rasa bersalahnya menyelubungi jiwa. Tidak pernah aku anggap dia bersalah. Keramat yang wujud bukan kerana kami menafikan ianya telah berakhir hakikatnya memang ianya tidak pernah berakhir. Masakan ianya telah lenyap jika aku masih berada di sudut hatinya. Cuma selama ini kami menafikannya. Betapa takburnya kami kerana berani menipu diri sendiri.
Selama aku menghadapi ini semua, aku menghadapinya sendiri. Jika aku bercerita tidak ada sesiapa yang dapat merasakannya. Aku terlalu terhutang budi padanya kini kerana sudi menerima aku sebagai sahabat sejati dan di masa yang sama sudi mendengar setiap rintihan, Meski setiap kali aku merintih akan hadir airmata yang tumpah. aku tahu tidak adil padanya dan tidak bagus untuk di hadapi kini setelah sekian lama berlalu. Meski airmata darah yang tumpah ianya tidak akan membunuh realiti hidup kami.
Nikmat apa lagi yang perlu aku dustakan. Tatakala aku merintih dia memahaminya, dia mendengarkannya. Dia menyelami bagaimana aku terlalu lelah mencari sinar dalam kegelapan. Meskipun rintihan itu membuatkan dia terus rasa bersalah dan aku menafikannya dan jika ada pun sekelumit salahnya pada aku telah lama aku hapuskan. Dia tidak pernah berdosa. Malah kesanggupannya menyelami isi hati membuatkan aku lebih kagum dan lebih berbangga kerana pernah memiliki hatinya. Biar tidak bersatu itu tidak menghalang menjadikan kami lebih bahagia. Sungguh, Allah lebih tahu.
Maaf, Aku berbangga dengan chenta agung ini kerana di beri peluang untuk terus mengasihi meski tidak memiliki.