Aku menolak dikenang, sebab denganmu aku ingin bergenggaman tangan... hingga Allah memanggil hati ku untuk segera pulang. Begitu juga sebelum doa menghampirimu kau harus bersiap sedia sebelum keajaibansegera datang padamu.
HANYA TUHAN YANG TAHU!!! Tataplah mataku didalam matamu,kita tidak akan berpisah walau sering berjauhan,sentuhlah hatiku di sudut ruang hatimumu,usaplah batinku disudut batinmu,telahku serah segala rahsiaku.Jejaklah arahku disepanjang arahmu,kuncilah gundahmu disetiap kejujuranku,dimana2 pasti bersama hingga kesyurga...
Wednesday, 18 May 2016
Friday, 22 April 2016
Satay Chenta
- Aku pernah jadi seorang penjual satay. Sure ramai yg tak caya. yer lah...menjadi si penjual satay di tepi jalan x semua orang berani mengakuinya. Sebagai seorang anak muda yang hidupnya sentiasa bergelumang dgn kata-kata keji orang aku bangga kerana menjadi si penjual satay.
- Waktu tuh aku x buat apa2. Aku just tunggu result peperiksaan. Waktu itu juga aku telalu minat bidang kesusasteraan. Hidup aku hanya dengan buku2 dan penulisan. Tapi membaca dan menulis x memberi erti apa-apa pada aku dari segi ekonomi. Oleh itu, untuk mendapatkan duit rokok dan duit belanja aku harus bekerja. Kalau mintak kat arwah abah...sure dapat tapi malu lah sikit...dari kecik sampai dewasa hidup sentiasa meminta-minta.
- Waktu terluang yang ada aku selalu lah tolong kakak aku. Daripada memotong ayam dan daging. memerap memotong sampai mencucuk aku belajar. Buat kuah satay pun aku belajar...rahsia nak kuah sedap kena....erkkk. klu nak buat satay call aku.
satay ni sebenarnya adalah salah satu makanan yang terkenal di Malaysia. Satay ni adalah makanan yang dicucuk pada batang lidi. Biasanya satay
ni dibuat dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada batang lidi
kelapa atau buluh dan kemudiannya akan dibakar menggunakan arang.
Ada macam-macam jenis satay iaitu ayam, lembu, kambing, arnab, perut, pedal, kerang dan ikan.
Biasanya satay akan dihidangkan bersama dengan nasi himpit, tetapi kalau ikutkan pada zaman dulu akan menggunakan ketupat.
Kuah satay
pula dibuat daripada kacang yang ditumbuk sehingga lumat dan dimasak
bersama lada kering dan beberapa jenis rempah dan herba lain. Selain dihidang bersama kuah kacang, satay juga dimakan bersama bawang dan timun.
Bukan mudah sebenarnya menjadi si penjual satay. Aku mengalaminya dan aku sentiasa bersyukur kerana menempuh pengalaman itu. Tatkala anak muda lain sibuk dengan awek dan motor aku sentiasa bersama buku dan gerai satay.
Memula jual satay memang susah. lama-kelamaan aku dapat menguasai mcm mana nak buat satay dan mcm mana nak jual satay, mcm mana jugak nak dapat kan haruman satay biar org akan terbau gerai satay aku.
Tak ramai kwn atau kenalan yg tahu aku jual satay. Tidak jugak dia. Aku tak pernah malu dan tak pernah sorok kan kerjaya murni aku dulu tapi kenapa dia x tau. sbb dia tak ambil tahu kotttt....hahaha
Katanya, klu dia tau aku pernah jual satay dia akan datang bantu aku. dia akan tolong kipas kan satay untuk aku. yer lah...dah lepas blh lah cakap. Klu masa tuh aku bagi tau yg aku jual satay sure dia x nak kat aku. Kerana si penjual satay bukan anak org kaya. si penjual satay hidupnya di selubungi asap dan arang. Xder saper nak pada si penjual satay. Mungkin sebab tuh aku x bg tau dia. Tak kisah lah....yg penting aku pernah berbuat kerja yang cukup murni. Dan kalau diterus kan aku yakin hari ni aku dah berjaya dan dah menjadi tokey satay. Dah tentu aku dah ada kilang membuat satay sendiri. Apa pun aku tetap mensyukuri nikmat yang Allah berikan.
Maaf, satay chenta memang sedap bkn utk di makan tapi di hayati.
Thursday, 7 April 2016
KERAPUHAN CHENTA
Hidup ini memang jauh dari kesempurnaan. betapa ketidaksempurnaan itu lah sebenarnya kehidupan. Apa lagi hati dan Chenta.
Mengingati kembali detik waktu berlalu. Aku pernah menyintai dan kecintaan itu tidak pernah mati-mati. Jauh dari kesempurnaan, kami di uji dan berjuang untuk menjadi yang terbaik. Dalam melalui kehiupan yang belum pasti kami melalui dengan keazaman dan kerinduan. Tetapi alangkah tidak sempurna nya hati bila ujian itu tidak dapat kami lalui dengan sebaiknya. Kerana membiarkan rindu bersarang dan kerana tidak sanggup menghadapi rindu kami gagal melalui hari-hari berlalu seperti selalu.
Tika itu juga kami terlupa saat-saat manis bersama. kami terlupa langit yang terang benderang dan pabila malam bulan indah menyinari hidup kami. Terus menerus terlupa, kami pernah melukis kan lukisan kegembiraan dan kesedihan bersama...betapa rapuh dan tidak sempurnanya kami.
Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Jarak yang memisakan bukan penghalang untuk memelihara kesetiaan chenta. Berjuta mimpi dan beribu sepi hadir menemani. Saat berlalu terasa begitu lambat dilalui hanya menanti waktu untuk bertemu. Tapi apa daya...tuntutan kehidupan dan masa depan lebih perlu di utamakan. Resah dan lelah menghantui hidup kami, ujian kesetiaan itu lah yang perlu di lalui dengan sekuat dan setabahnya. Kesetiaan saja lah hadiah terindah untuk dirinya yang dapat aku berikan.
Aku akui cabaran itu tidak semudah untuk di hadapi. Aku faham Chenta ini tidak pernah sempurna. Dalam waktu berlalu meski kesetiaannya di uji dalam jiwanya masih tersebut nama ku. Meski tangisan yang dia lalui kerana tidak sanggup menanggung rindu chenta dalam jiwanya hanyalah untuk ku.
Maaf kan diri ini kerana tidak sempurna menchentai mu. Membiarkan rindu berlalu. Tidak menarik sekuat takdir merampas mu dari hidup ku. Biar jauh cerita chenta ini berlalu chenta ini akan tetap untuk mu.
Hari demi hari berlalu, tahun berganti meninggalkan kami. Meninggalkan detik permulaan sebuah kegagalan namun kepada Allah aku berserah....akhirnya ku temui jua sebuah kepastian. Kerapuhan chenta hanya sebuah kehidupan dan kehidupan sebenar memang tidak pernah sempurna. Aku syukuri nikmat keana nama ku masih bertahta di hatinya walaupun di sudut yang paling dalam.
Maaf, kami tidak sempurna.
Monday, 4 April 2016
CHENTA KUALA
Aku masih ingat dulu. 30 tahun dulu...tatkala org lain kehilangan chenta aku berbangga kerana mempunyai seorang insan yang terchenta. Tapi akhirnya nasib aku sama seperti rakan yang lain.
Dulu aku pernah ke rumah izam. mandi-manda di tepi kali...berjalan menyusur lembah dan pekan. Semata mencari kenangan.
Minggu lalu aku dgn Zul mengulangi kembali memori yang sama. Tapi kali ini tidak lagi tidur di masjid macam dulu. Kali ini lebih terancang dan lebih membahagiakan kerana sudah 30thn berlalu.
Aku dpt bertemu ayah dan ibu izam...
biar la potret bercerita segalanya apa yang kami lalui dulu dan kini...
Maaf...30 thn tdk terasa
Wednesday, 17 February 2016
SAHABAT TERCHENTA
Khas buat sahabat tersayang aku ingin coretkan sedikit rasa pada kalian. Agar apabila aku sudah tiada nanti kalian dapat merasakan apa yang pernah aku rasa. Pertemuan kembali selepas 30 tahun hampir lebih bersama membuatkan aku rasa amat bahagia. Kadangkala sahabat sejati sebenarnya bukanlah di depan mata tetapi di dalam hati.
Sahabat semasa tinggal di asrama dulu amat bererti dalam hidup aku dan dia, kerana merekalah yang banyak menjadi saksi pertemuan kami. Dari usikan mereka jugalah rasa hati kami terjalin. Meski tidak sempurna tetapi ianya amat bererti. Memang kami bermula dari lembah. Kami menjadi sahabat yang menjadi buah mulut teman2. Ada yang setuju ada yang tidak. Ada yang gembira ada yang tak merestui. Ada yang bangga ada juga yang bertanya naper kau mesti pilih budak setan tu?...hahaha
Tapi itu cerita lama. Keberadaan dia dalam hidup aku banyak mengubah seluruh kehidupan ku. Biar sahabat tak restu pun aku tetap meneruskan langkah. Yang lbh utama keluarga merestui hubungan kami.
Kata orang, lebih mudah mengubah persahabatan menjadi chenta, daripada mengubah chenta menjadi persahabatan. Tetapi kami mampu melalui keduanya.Dan..Alhamdulillah Allah permudahkan kami. Mengubah chenta menjadi sahabat memang terlalu banyak dugaannya. Aku akui...meski dia menjadi sahabat sejati di masa yang sama dia juga menjadi sahabat terchenta. Indahnya Aturan Allah.Aku bersujud dan bersyukur kepada mu
Kisah yang berlaku dalam hidup kami bukan aku dan dia saja yang rasa ramai lagi sahabat kami yang lain melalui perkara serupa. Persahabatan yang terjalin sering berakhir dengan chenta, tetapi Chenta kadang berakhir bukan dengan Persahabatan. Disitu mungkin lebihnya kami. Di situ mungkin kebanggaan kami. Sebelum menemui semula sahabat yang lain kami telah berjanji menjadi sahabat terchenta lalu apabila menemui yang lainnya tidak ada apa yang perlu di pertikaikan. Meski kami gagal jodoh tidak pernah dipersalahkan kerana menjadi sahabat kadangkala lebih baik dari memiliki.
Aku masih ingat saat senyuman berubah jadi kagum, saat gelak tawa berubah menjadi sayang, saat persahabatan berubah jadi chenta dan saat chenta berakhir semula menjadi sahabat terchenta terlalu banyak airmata kami yang tumpah. Terlalu banyak kenangan lama datang semula. Terlalu banyak mimpi ngeri tidak kami hadapi dengan sempurna. Terlalu banyak kekesalan kerana ego kami jauh lebih tinggi dari mengasihani.
Aku sedar, Chenta dan persahabatan bukanlah sebuah pilihan. peluang yang datang pada kami cukup besar untuk memiliki atau bahkan kehilangan keduanya secara bersamaan. Tetapi Allah mempertemukan kami semula. Hakikatnya aku pernah menjadi nanar kerana hampir putus asa bersabar menanti untuk menjadi sahabat terchenta setelah dia pergi. Banyak aku belajar tentang hidup dalam hal ini. Mungkin sahabat yang lain tidak merasai tetapi kami akur betapa dalam hidup ini jangan sesekali pernah meninggalkan persahabatan hanya karena chenta dusta.
Mungkin ramai yang tertanya selepas memiliki sahabat terchenta kenapa aku mengajaknya untuk mencari sahabat yang lain. Ada nilai yang cukup besar untuk kami lalui bersama di situ. Satu hal yg harus kita ingat dalam persahabatan, jangan pernah lupakan mereka ketika kita telah menemukan chenta atau sahabat terchenta. Aku tidak mahu langsung menjadi sebahagian dari kata dan kesedihan tentang centa yg berawal dari persahabatan dan bila ianya berakhir, dia akan menghancurkan persahabatan yg ada. Biarlah ketika pulang untuk selamanya nanti seluruh sahabat akan mengingati ku, akan mengenang persahabatan aku dan akan menatang prinsip sahabat terchenta yang pernah aku miliki
Untuk seluruh sahabat kami, nilai persahabatan tidak mampu untuk kita tukar dengan wang ringgit. Malah kita juga tidak pernah punya masa untuk menghargainya. Tetapi kerana persahabatan juga akan membawa kita bermimpi bersama meski pun lenanya kita beralainan bantal.
Maaf, jika ada airmata yang tumpah untuk sahabat, tetapi itu bukan airmata penyesalan.
Wednesday, 20 January 2016
KEHILANGAN CHENTA
Tiba-tiba pagi ini dengan tidak semena air mata menitis lagi. Aku teringat saat aku kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidup ku. Aku kehilangan maruah, aku kehilangan kepercayaan. Aku kehilangan kesetiaan. Aku kehilangan rasa. aku kehilangan segalanya yang aku puja selama ini.
Dari mula sampa ke akhirnya aku cuba menjaga rasa ini. Aku tidak pernah berharap ada dugaan besar yang melanda. Dan jika ada pun aku yakin ianya denan mudah dapat kami hadapi. Kami hanya perlu duduk bertentang mata dengan fikiran dan rasa yang sama tanpa gangguan. Tiba disaat sukar aku dan dia juga menghadapinya dengan tabah. Di saat itu aku berlari dan terus berlari di kaki langit. Tetapi perlarian ku terhenti kerana di sana rupanya telah di penuhi pelangi lalu langkah ku tidak di perlukan lagi.
Aku akui semangat ku memang sering di tangan orang kerana arwah emak mengajar ku, agar selalu ikut resmi padi. makin tunduk makin berisi. Katanya aku tidak pernah yakin dengan suara hati sendiri. Terlalu banyak firasat yang mempengaruhi dan terlalu banyak juga hakikat yang perlu ku tempuhi. Banyak kelemahannya yang ku simpan. Tidak pernah ku pergunakan walau saat itu aku memerlukan. Aku tidak ambil kesempatan walau disaat aku di minta pergi. Begitu lah diri nya sejak dulu. Sering percaya pada hati sendiri di saat matanya tak mampu memandang lagi.
Bila dipertemukan semula, kami lebih mesra. Bergurau tanpa had dan waktu. Tak pernah terfikir ada hati untuk di jaga. Sejak dulu, dia tidak akan pernah memujuk secara terus terang. Tetapi dia sering memujuk dalam hatinya.... aku memang terlalu mengenalinya.
Tetapi di saat aku takut kehilangannnya dia meminta aku pergi. Aku cuba memujuknya, aku cuba melawan takdir tetapi aku gagal kerana aku terlalu mengenalinya.
Sepanjang hayat mengenali dirinya. Hanya sekali aku mendahului dirinya. Tika itu aku terpilih ke menara gading. Dan aku terpaksa meninggalkan nya disitu. Dengan harapan dia akan mengikuti jejak ku. Selain itu...walau apa saja situasi dia lah pemenangnya. Bila dia minta aku pergi...aku takut kehilangannnya tapi aku terpaksa pergi juga, Aku hanya tahu menangis dan merintih atas kehilangannya. Bila aku luahkan segala rasa ...aku luahkan bicara aku takut kehilangannnya...aku di tempelak kembali...katanya. Semua bicara itu hanya untuk kebaikan aku dan bukan untuk `kita'. Sedangkan di masa yang sama dia terlupa aku dan dia pernah bermimpi untuk bersama.
Alhamdulillah, saat -saat sukar itu dapat aku lalui. Meski tidak seindah mimpi. Walau tidak sebahagia org lain teetapi aku tabah melaluinya. Dan kini kami masih boleh bermimpi...lalu kami terus bermimpi agar di syurga indah nanti saat itu dapat kami lalui semula.
Maaf, tika itu aku terlalu takut kehilangan mu.
Thursday, 14 January 2016
Pertemuan Chenta
![]() |
| Dari Kiri: Jefri Jefri Mat Isa \@Mat Ganja, Zulkifli Hashim@Mamud, Khairul Anwar, Seipudin, Zulkarnain Ismail@zul Botak@Zul lipan, Sulaiman@Leman kentut, Norizam Aziz, Farman, Dayang dan suami |
Lebih 30 tahun terpisah. Kami di pertemukan semula dalam suasana yang cukup membahagiakan. Semoha ada lagi pertemuan selepas ini.
Maaf, pertemuan ini penuh makna.
Subscribe to:
Posts (Atom)













































