Hari ini aku ingin bercakap tentang pengorbanan. Aku bukan pakar tentang chenta. Tetapi kegagalan membuat kan aku banyak belajar tentang manis dan makna chenta. Aku yakin chenta perlu di beri dengan rela dan terbuka. Sesekali chenta memerlukan permintaan yang tidak dapat kita berikan maka itu terjadilah pengorbanan. Bila pengorbanan berlaku pastinya ada hati yang terluka dan kecewa. Bagaimana untuk menghadapinya tidak ada siapa yang mengerti selain dari diri sendiri yang menanggung kesengsaraannya.
Sejarah kehidupan telah memperlihatkan semua hal tentang kerakusan, kesombongan, kekejaman, keikhlasan, pengorbanan, dan daya juang di mana semua itu aku terpaksa hadapi dengan penuh rasa. Seringkali aku terpaksa melihat wajah sendiri di cermin. Mencari kekurangan diri dan memperbaikkinya. Namun akhirnya aku mengerti sebagai manusia biasa aku lebih bernafsu membuat sejarah tetapi aku tidak pernah mahu belajar dari sejarah yang pernah tercipta untuk ku. Memang kadangkala situasi membuat kan chenta terasa amat menyakitkan, akan tetapi chenta keramat dan sejati tidak akan pernah berakhir lalu pengorbanan yang terpaksa di lalui akan menjadi teras pada kekuatan chenta itu. Chenta rupanya tidak mengenal batas, chenta mampu menjadikan kita sebaik manusia hingga sekeji umat, walaupun chenta hanya bertepuk sebelah tangan.
Semasa kita melaku kan pengorbanan kita akan merasa yakin betapa pengorbanan itu adalah jalan terbaik untuk melihatkan orang yang kita sayang akan merasa bahagia, tetapi kadangkala ia tidak jadi begitu. Setelah puas berkorban kita akan merasa lebih kecewa bila kita tahu bahawa pengorbanan kita sebenarnya telah di khianati.
Dalam banyak hal kita perlu mengerti dan bersujud untuk mengerti bahawa Chenta adalah chenta, bukan pengorbanan. Perasaan yang hadir perlu di jaga dan di belai. bukan di tolak atau di bunuh. Tidak juga boleh berteka teki dengan 3 persoalan yang tiada jawapan. Ada katikanya kita akan terpaksa melakukan pengorbanan Dia membuat pengorbanan. Aku membuat pengorbanan. Kita semua membuat pengorbanan. Aku sering merasa marah atas pengorbanan yang pernah aku berikan. aku selalu memikirkan apa yang telah aku korbankan. Mungkin waktu itu aku tidak pernah mengerti. Pengorbanan sebenarnya adalah sebahagian dari kehidupan. sewajarnya begitu. Bukan sesuatu untuk disesali. Tapi sesuatu untuk didambakan agar seandainya kita pergi satu hari nanti. Roh dan jasad yang berpisah, tetapi ingatan orang pada pengorbanan kita akan terus mekar selamanya. Maka itu relakan lah diri untuk terus berkorban demi kebahagiaan orang-orang yang kita sayang. Lebih besar pengorbanan yang kita lakukan maka akan lebih besar kejayaan yang akan kita dapat meski pun kita telah tiada.
Kita juga tidak boleh untuk menyalahkan chenta, kerana sesungguhnya chenta tidak pernah meminta untuk menunggu.
Chenta perlukan kebijaksanaan kita untuk mengambil kesempatan atau mempersilakan rasa untuk hadir tanpa rasa malu dan segan. Ia memerlukan hanya sedikit keberanian utuk kita mengubah takdir hidup sepanjang hayat. Itu juga adalah pengorbanan. Dan percayalah, mencintai tidak bererti kita harus memiliki. kerana keberadaan kita yang seketika juga kadangkala lbh manis dari kita memiliki sepenuhnya.
Kalau terlalu sukar untuk kita memahami tentang erti chenta sebaiknya kita lupakan saja. Jika ada kekuatan bakar lah semua kenangan. Campak kan lah sejauh mana memori indah yang pernah tercipta kerana itu memang satu cara untuk kita melupakan. Tetapi, jangan terkejut jika selepas kita melupakan, ia datang kembali kerana chenta sejati tidak akan pernah untuk mampu hilang atau terus pergi walau pun di paksa sekeras mana. Chenta sejati selalunya hanya sederhana. Pengorbanan yang sederhana kesetiaan yang tak menuntut apapun dan keindahan yang apa adanya pada kita bersama.
Kalau mahu melihat pengorbanan sejati, lihatlah wajah ibu kita. Kalau kita mengerti, ibu telah banyak berkorban tetapi pengorbanan yang ibu beri tidak pernah kita tahu kalau pun kita tahu itu hanya satu persepuluh dari keseluruhan chenta ibu dan pengorbanan ibu pada kita.
Jangan takut dan jangan gusar untuk terus berchenta. Rasailah nikmatnya. Agungkan lah keindahan yang terbina. lupa kan seketika jika kita perlu melakukan nya. Jangan bimbang chenta sejati akan datang semula dalam hidup kita selepas badai berlalu pergi.
Maaf, semakin banyak yang kita tahu rupanya semakin banyak yang kita perlu pelajari makna chenta.
No comments:
Post a Comment