Entry kali ini mungkin membuatkan dia terasa. Tetapi percayalah, Itu bukan maksud ku, Kisah dan kesakitan ini sudah terlalu lama berlalu, Aku yakin dia juga tidak bermaksud untuk menjadikannya begitu. Tetapi kami tidak mampu untuk menempuh ujian yang sedikit menjadikan segalanya menjadi sukar. Terlupa tentang harapan org tua. Tiba-tiba tidak teringat harapan dan impian diri yang sebelum itu penuh dengan rindu dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Tanpa sebarang sengketa ianya Terjadi.
Aku faham sangat dia tidak pernah ingin itu terjadi. Aku tidak pernah percaya yang dia sanggup buat begitu. Aku mengerti dan yakin dia juga terseksa kerana rasa ini jadi begitu tetapi siapa lah kita yang berhak untuk mendustakan hak dan perasaan orang lain. Siapa yang tidak kecewa. Siapa yang tidak terasa. Tetapi, alangkah bertuahnya juga kita, bila insan yang mengecewakan. insan itu juga bekalkan kita dengan penawar. Kata-katanya sungguh menjadi penawar dan keramat dalam hidup aku. Perlu ku lafazkan rasa Terima kasih tidak terhingga kerana menghadiahkan rasa sakit itu, jika tidak pastinya aku tidak akan merasa penderitaan dan aku tidak akan berusaha untuk bangun semula setelah gagal. Kini, aku sering ucapkan selamat tinggal pada penderitaan. Tidak ada apa-apa yang perlu aku kesalkan. itu mungkin hanya kata. Tetapi Allah memberikan aku terlalu banyak untuk aku syukuri nikmatnya.
Maaf jika entry ini membuat dia terasa. Tetapi aku perlu mengabadikan kisah ini untuk tatapan dan kenangan. Jika mungkin jangan lah ada lagi yang terjadi seperti ini. Bukan mudah untuk bertahan semasa kejatuhan. Bukan sedikit pengorbanan yang di perlukan. Bukan satu hati yang terpaksa di kecewakan. Bukan senang juga untuk kita bertatih kembali untuk bangkit dari kejatuhan itu. Kalau lukanya di tangan mungkin nampak berdarah. Tapi, lukanya di hati...siapalah yang mampu mengubatnya?
Lagu ini sama seperti apa yang aku hadapi waktu itu, kisah bagaimana aku menghadapi saat bermula 3 persoalan yang tidak pernah berjawab sehingga saat ini. Semasa mendapat persoalan yang tak mampu di jawab itu aku berlari da terus berlari tanpa henti. Aku mengejar, bertahan dan mencari sehingga satu ketika Allah memberi kesempatan kepada aku dan dia untuk mencari satu makna kepastian, apakah sebenarnya yang terjadi. mengapa kesempatan yang ada tidak di rebut. Peluang yang datang terbiar begitu sahaja. Alangkah ruginya waktu terbuang, alangkah tidak berertinya ketulusan kerana hanya satu kebodohan bersama.
Di saat dia cuba dan berusaha untuk menghindari ku, ingin aku tegaskan betapa nestapanya diri ini tapi pengorbanan itu terlalu suci kerana apalah maknanya sedikit pengorbanan pada insan yang kita cintai jika dibandingkan kebahagiaan yang bakal menjadi miliknya. Itulah kemuliaan dan sedikit kebaikan yang mungkin dapat kita lakukan untuk insan yang teristimewa dalam hidup kita. Memang mungkin kita akan nestapa tapi itu kan lbh baik daripada insan tercinta tidak bahagia.
Hati, Usah lah lagi persoal kan sedikit kesilapannya dan usah juga perhitungkan milik siapa hatinya di syurga kerana jasanya bertahun menemani hati kita, membahagiakan hidup kita tidak mungkin dapat kita membalas hanya dengan kata-kata. Airmata yang tumpah juga sudah tentu jadi tidak bererti buat dirinya kerana dia juga berhak untuk memiliki kebahagiaan yang dia inginkan.
Aku tidak pernah lupa pesan arwah org tua ku. Menjadi lelaki perlu berani, menjadi lelaki perlu setia. Untuk menjadi lelaki sejati pula kita perlu tabah dalam menghadapi segalanya. Bukan hanya kerana cinta dusta tetapi lebih dari itu. Kita perlu menjadi insan yang tersendiri meski tidak memiliki. Tapi itu lebih baik dari kita tidak mendapat apa-apa.
Semasa dia terbang tinggi ke awan aku hanya mampu berdoa agar dia tidak akan pernah lupa rumput di bumi. Mungkin dia terlupa seketika di atas sana juga awan akan bergulung dan tidak ada tempat untuk berpijak. Sekuat mana pun kita terbang akan kembali ke tanah juga kita untuk berpijak. Aku hanya mampu melihat dia terbang tinggi sambil menanggung kesakitan yang amat dalam. Tetapi itu bukan tanda aku harus menunggu. Seharusnya aku juga perlu terbang lebih tinggi, namun mana datangnya kudrat ku untuk menjadi seperti itu.
Mungkin tidak semua insan sanggup dan mampu untuk terus terbang. Di masa yang sama juga akan terpaksa menyakiti hati insan yang dia sayang. Membiarkan insan yang dia pernah sayang merana sepuasnya. Tidak semua insan yang sanggup buat begitu. Namun, terpaksa juga di laku kan demi orang lain yang kononnya lebih istimewa. Kalau mampu kita pekik kan pada seluruh isi dunia, tak mungkin sesiapa pun mengerti ada kesanggupan untuk kita berbuat begitu tetapi ianya terjadi juga kerana kita punya hak untuk memilih yang terbaik di antara yang terbaik. Allah memberi kita akal untuk berfikir sebaiknya, tetapi di satu saat kita tidak mampu untuk berfikir dan berbuat sebaiknya kerana Allah. Kita terlalu mementingkan diri semata kerana sesuatu yang tidak pasti.
Terima kasih lah hati, tika senja rebah ke bumi. kau enggan mengumpul nestapa, kau biarkan aku termanggu di sudut dunia. pastinya kisah duka ini tidak dapat aku coretkan semuanya. Tetapi cukuplah sekadar ingatan untuk diri sendiri agar berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Jangan mudah berputus asa. Jangan dengan rela mudah berkorban sedangkan kita perlu terus berusaha. Alhamdulillah, aku merasa sakitnya dan aku juga merasa nikmatnya.
Maaf kan saya!! perkataan pertama yang aku tuturkan setelah sekian lama tidak pernah menemui lagi dirinya. Alhamdulillah.
Monyet: tolong! tolong!
ReplyDeleteKancil: Kenapa Sang Monyet?
Monyet: Saya termakan buah tu...
Kancil: Buah yang mana satu... yang oren ke yang merah tu?
Monyet: yang merah tu la.. yang kecil-kecil tu... adoiiii tolong!!!!
Kancil: ooo yang itu memang la pedassss... cili padi tuu.
Hahaha. ..sabar monet. Sabarrr
ReplyDelete