Monday, 21 September 2015

KEGILAAN CHENTA

dulu aku ada blog. Tajuk yg sama RSH jugak. Oleh kerana dah tak blh bukak. So aku create blog ni. semoga mencatat memori yg indah2 dlm ni. kpd yg terbaca or x sengaja baca blog nie...maaf aku pinta. Aku hanya mencatitkan apa yg suara hati aku kata dlm blog nie. Kebanyakan nya tentang aku. Takde kena mengena dengan org lain pun...

Tetiba aku buat kejer gila. Tetiba Aku terasa terlalu ingin memenuhi impian yg belum terlaksana. Sungguh aku dah tak mengharap. Tapi aku yakin ada cahaya di situ dan aku perlu rebut peluang itu jika ia datang.
Alhamdulillah, peluang itu datang walau bukan waktu yang sempurna tapi ia datang juga. dan aku x lepaskan peluang itu.
30 tahun bukan sekejap. bukan 3 hari, bukan 3 minggu, bukan 3 bulan bukan 3 tahun...tapi 30 tahun....pergh.
Aku kuat kan semangat, aku tabahkan hati. Aku himpun segala jampi serapah untuk menghadapi 30 tahun itu. Pertama kali aku temuinya, macam kan ada satu cahaya yg terpancar...sama spt yg aku fikirkan. sama spt kali pertama aku melihat wajah kaabah masa mengerjakan umrah dulu...
Aku x tau nk mulakan bagaimana dan apa caranya...
tapi aku luahkan juga sesuatu yg aku simpan sekian lama. Dulu aku pernah berazam klu aku temui lg insan istimewa ini patah pertama yg aku ingin ucapkan adalah..."Maafkan saya"!!!!
Maafkan saya kerana menjadi kan memori ini terlalu keramat. Maafkan saya kerana menjadikan ianya terlalu berharga. Maafkan saya kerana mengubati kelukaan ini dengan kebahagiaan yg tercipta. Maafkan saya kerana menunggu selama 30 tahun utk menemui cahaya yg hilang. Maafkan saya kerana berani menghadapi kegilaan ini....maafkan saya kerana tidak menjadi kuat utk menempuh semua ini.
Kami menyulam memori yg singkat ini.kisah 30 thn xkan habis walau 1000 malam pun katanya. aku akur. tapi itu bukan penyudahnya. Aku harapkan pertemuan ini menjadikan kami lbh bahgia. bukan kerana sebelum ini tidak bahagia. tetapi akan lebih bahagia sampai lah ke syurga...betapa indahnya hidup ini jika ianya semudah itu...tp kenapa selepas 30 thn baru dapat kita rasa. Maaf , Takdir itu bukan kita pinta.

No comments:

Post a Comment