Wednesday, 23 September 2015

Takdir Chenta

Allah telah aturkan perjalanan yg terlalu indah untuk kita. Tidak semua yg kita hendak akan kita dapat. Tetapi Allah memberi yg terbaik. Bersyukurlah dengan takdir kita.
Kami berpisah tanpa ada rasa marah atau dendam. Org yg memberi racun org itu juga yg memberi penawarnya.
Takdirnya, selepas peristiwa 6 thn itu. aku mengambil jalan yg salah. memang salah sangat. Aku pun x tau kenapa aku blh buat keputusan yg salah tuh. Mungkin masa tu aku terlalu lemah dan tak mampu memikir dgn baik. Apa yg dtg dlm hidup itulah yg aku terima tanpa memikirkan kesannya.
Selepas itu peluang kali kedua dtg lagi. Sepatutnya aku merebut peluang itu dengan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tapi aku langsung tak kuat. Sedeynya...
Aku ingat lagi. Sebaik tau yg dia sedang bercuti. Aku call rumah dia. memang nombor talipon rumah dia sentiasa dalam ingatan. Serba salah di buatnya. nak call ke tdk. Aku berpegang pada nasib. Klu layanan nya baik aku masih ada peluang kedua. Klu layanan sebaliknya. Aku perlu lupakan terus...tapi mampu ke aku untuk terus melupakan...klu mampu sure dah lama aku lupakan.
Aku call...hati berdebar masa call. Dia jwb dgn lembut tapi tegas. mendengar suaranya aje aku dah lemah apa tah lagi mendengar ketegasannya..."tgh bz. nak apa? tlg cepat skt"...."Tak apa lah" aku terus letak...
Aku dah terlalu lama x dengar suara tu. aku dah naik gila menunggu nak mendengar suara itu. Klu aku jd dia....aku tak kan jawab mcm tuh. Seorang kawan lama. seorang orang yg pernah bertahta di hati kita call nak bercakap dengan kita. Sanggup kita jawab macam tuh.
Tapi aku berprasangka baik. Memang dia tgh bz. Dan dia tak der masa nak dengar suara aku. Dia bukan dia yg dulu nak mendengar dan melayan masalah aku. Tuhan, Tolong lah. Kalau dia tak nak mendengar ketika ini. Kau bagi lah peluang pada aku di masa yang lain untuk membuka hatinya biar dia mendengar keresahan aku. biar dia dengar kegagalan aku. Biar dia dengar kebodohan aku.
aku jadi nanar. Aku belum di beri peluang dan mungkin tidak akan diberi peluang lagi. Tapi itu hak dia. nko saper dalam hidup dia utk di layan mcm dulu lagi?
Tabah lah hati....dia mmg benar2 sedang sibuk. Tidak ada apa kepentingan dalam hidupnya untuk mendengar masalah aku di ketika itu. Mungkin juga aku dah takde dlm kamus hidupnya. mungkin juga dia tau...kau masih belum berjaya...so, dulu dia pernah cakap kan. dia hanya nk mendengar kisah kejayaan kau....mungkin juga dia dah jadi isteri orang or tunangan org atau setidak-tidaknya telah ada satu hati yg bertahta di hatinya....Salah aku tak bersedia dengan semua kemungkinan ini.
Kenapa aku nak takut sangat...kenapa aku perlu letak talipon. Kenapa nak emosi tak bertempat, kan aku kenal dia juga seorang yg keras hati. Bila dah call ckp jer la. Ckp jer la nak jumpa kejap...blh tak? sure dia akan kata tak boleh...tp terima je la. Ko tak cakap lagi mana ko tau. Atau pergi je la rumah dia. dulu bukan main lagi sampai duk bawah pokok getah nk ngk atap umah dia....pergi jer lah umah dia. ko mampu mengubah takdir tuh....Maaf , aku tak mampu. dan aku tak kuat.

No comments:

Post a Comment