Sebenarnya kehadiran dia dalam hidup aku, memberi kan kesan yang terlalu
besar, amat besar sekali, sukar hendak di gambarkan dengan kata-kata. Waktu itu
dia bagaikan cahaya yang menerangi duniaku yang gelap, dan hadirnya dia dalam
hidup aku telah memulihkan semangat ku, merubah sikap dan kenakalanku.
Kami jarang berpisah jauh. Tapi sekali terpisah rupanya terpisah terus.
menjadikan segalanya tidak bererti lagi. pada awalnya semua itu tidak menjadi
nanar dalam hidup kami, biarpun jauh tetap di ingatan, warkah rindu dengan call jadi hubungan, itulah pengikat
kasih perhubungan kami waktu itu, "kalau boleh saya nak pos semua rindu
nie dekat awak, tapi posman kata rindu ni besar sangat,sampai nak terbalik
motor dia" aku pernah menulis begitu pada dia. Ada sinikal dalam ungkapan
itu tapi itulah yang aku maksudkan. Terlalu berat beban rindu yang aku tanggung
waktu itu.
Semasa dia pergi terbang ke awan dan seolah tak mahu turun lagi aku selalu
meratap hiba. Aku selalu bertanya pada diri, dimana ku nak berikan hati ini, yang
sudah lama menyendiri,
adakah nasibku memang sebegini, hidup dalam sepi, tiada yang mahu menemani tatkala sepi, meratapi sesuatu yang telah pergi menjadikan aku tidak boleh berfikir jauh. Sehinggakan terpaksa aku membuat satu keputusan bodoh yang mencalarkan perjalanan hidupku selamanya.
Maaf, perjalanan ini menjadi terlalu sukar untuk di hadapi.

No comments:
Post a Comment