Melalui hari-hari berlalu, kekadang kenangan pahit dan manis menjenguk pemikiran. Mana mungkin dapat di lupakan semua itu, apa tah lagi sepanjang tempoh 6 tahun itu segalanya di lalui dengan tulus dan ikhlas. Tanpa sedikit pun ada rasa curiga setiap saat di lalui dengan wajah jernih penih kerinduan. Setiap kali terpandang talipon, fikiran akan melayang dan tertanya mengapa dia tidak menalipon aku.
Rasa rindu itu sebenarnya menjadi kan kami semakin rapat, membiarkan kami sentiasa ingat. Tidak ada sedetik pun rasa curiga dan tidak langsung terfikir satu waktu ada di atara kami akan berubah hati. Biarlah datangnya putera atau puteri dari langit ke tujuh namun hati tetap satu. Tidak akan mudah berubah. Itu janji kami. Itu impian yang pernah kami lafazkan. Sewaktu melafazkannya pula langsung tidak terfikir betapa kami juga manusia biasa yang sentiasa boleh berubah. Mungkin juga sebelumnya kami tidak di duga dengan rasa cemburu atau gangguan insan lain yang cuba mematahkan rasa chenta kami. Kalau ada pun kami akan sentiasa menghormati antara satu sama lain. Kami menjadi terlalu kuat berpegang pada prinsip betapa kesetiaan perlu di julang hingga ke akhirnya. Aku yakin saat itu, aku menyintainya kerana apa adanya. Kerana kekuatan hatinya. Kerana dia sentiasa menjadi dirinya sendiri. Jarak yang memisahkan bukan lagi halangan untuk kami terus bersama.
Mungkin juga kami tidak pernah menyakiti hati antara satu lain. Tidak ada kata yang lebih sakit selain dari kata `sayang' dan `rindu' yang sering keluar dari hati kami. Dan tidak pernah terfikir juga rasa ini sebenarnya hanya debu halus yang dengan mudah dihembus dan disebar angin.
Aku pernah menyesali bila sesekali teringat tingkahnya yang tiba-tiba menjadi bukan dirinya. Tiba-tiba dia terlupa kami hanyalah satu. Dia terlupa bagaimana akibatnya jika kehilangan rasa kasih dan sayang.Tetesan air hujan yang mengalir sudah tidak bererti. Itu bukan tetesan rindu lagi. Kami pernah menangis kerana terpisah untuk mengejar impian, tapi bukan ketidakpastian rasa yang bakal kami harungi bersama.
Sesekali aku terlalu ingin saat itu berulang kembali, aku ingin mengulangi waktu dimana kami selalu bersama seperti yang dulu tetapi sesekali teringat pula saat kesakitan melanda. Tiba-tiba chenta yang dalam itu menjadi begitu rumi bagiku, dan hatiku semakin sakit semenjak dia mula berteka-teki tentang rasa, impian dan harapan.
Disaat dia tidak mahu mengalah dan tidak mahu berbicara lagi soal keindahan dan impian bersama, aku terkedu malu dan melemparkan diri menahan kesakitan. Mungkin itulah cara ku menunjukkan kasih sayang kepadanya, hanya menunggu, Setia, dan percaya.
Seringkali teringat akan hal-hal dulu bersamanya, Setelah sekian lama berlalu seakan semuanya bersemi kembali, dan akupun ingin hal-hal itu kembali lagi. Masih jelas dalam ingatan dulunya kesetiaan
yang pernah diucapkan padaku, tapi waktu dia berpaling dan
meninggalkan aku begitu saja hanya airmata saban malam merawat duka.Semuanya pernah terbiar menjadi sebuah kisah sejarah luka
dalam hidupku, Kesilapan dan keegoan ku menjadi kan aku tidak kuat untuk merampas kembali rasa yang indah itu dari orang lain.
Separuh jiwaku merelakan akan kepergian
dirinya dgn keterpaksaan, karena aku takut jika separuh jiwa itu bersamaku akan mati
bersama dengan kehilangan dirinya. Selalu aku tersenyum di depannya dan terkadang selalu menyimpan luka dibalik semua itu demidirinya.Tiada insan yang lebih baik dan terbaik melainkan dirinya dan dia amat ku perlukan dalam hidupku buat selamanya,
Aku pun tak mengerti kenapa hatinya boleh berubah. melupakan segalanya yang dia banggakan selama ini. Memilih sesuatu yang tak sepatutnya dia pilih Tidak langsung wujud rasa kasihan pada insan yang menyintainya setulus hati ku. Dia juga tidak lagi merasakan apa yang aku rasa. Namun aku tetap tidak memadam namanya di setiap lafaz doa ku
Maaf, setelah dia pergi dia lupa berkirim salam walaupun dia tahu aku sedang menunggu.
Saat diuji, sering kita lupa saat dan waktu yang berlalu akan terus berlalu tak kan berulang walau sedetik. Terkadang kita mendapat peluang seakan bisa kembali ke detik yang sama suatu tika dulu namun hati sudah tidak yakin apakah itu satu peluang atau hanya bayangan harapan. Sehingga saat kita mula sedar akan kebodohan dan segalanya bagai dejavu... berada di titik yang sama tetapi berbeza makna.
ReplyDeleteSegalanya sukar ditafsirkan jika maknanya sudah berbeza.