Aku pernah melalui saat kebodohan itu. Ia datang tanpa di undang, dan perginya tidak pernah terhalang. Aku pun tidak pernah mengerti kenapa aku melalui saat itu. Ianya tidak sepatutnya berlaku. Aku telah membuat satu keputusan yang salah. Maha besar salahnya pada ku. Keputusan yang bodoh dan keputusan yang meragut warna cahaya dalam hidup ku. Ianya amat bodoh.
Dengan hanya usia perkenalan selama 3 bulan aku membuat keputusan itu. Sebenarnya aku terlalu keliru saat itu. Aku tidak dapat lagi berfikir apa yang baik dan apa yang tidak dalam hidup ku. Waktu itu aku memerlukan seseorang. Aku perlukan kaunselor terbaik agar menunjuk kan arah yang lebih baik untuk aku melalui lorong gelap itu. Tapi aku tidak menemui sebarang cahaya untuk aku jadikan petunjuk. Lalu tercipta lah keputusan bodoh yang sama sekaligus meranapkan sebahagian dari kebahagiaan hidup yang ku lalui.
Aku pasti, sesuatu itu terjadi dengan alasan nya yang tersendiri. Walaupun sewaktu membuat kebodohan itu aku tidak pernah mengerti apakah alasannya aku berbuat begitu tetapi akhirnya aku tahu itu lah pelajaran yang paling sukar untuk ku hadapi. Hanya Dlm tempoh tiga bulan, aku membuat satu keputusan bodoh yang mengubah segala-galanya. Sebenarnaya abukan aku yang membuat keputusan. Aku percaya dalam keadaan biasa aku tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan seperti itu. kegagalan dan kehilangan seseorang yang paling istimewa dalam hidup ku pada ketika itu membuatkan aku hanya menerima apa yang datang tanpa banyak alasan. Aku tak perlu lagi berfikir baik dan buruk, bagus atau tidak. Aku hanya perlu mengikut haluan yang telah di tetapkan.
Segalanya bermula apabila ada seorang kakak yang ingin memperkenalkan aku pada seseorang. Apabila kenal, aku tidak melihat apa-apa keistimewaan selain dari mengikut apa saja haluan dan lorong yang disediakan. Aku tidak pernah bercakap pada abah tentang itu. Tapi sepupuku yang menyampaikannya. Abah bertanya pada ku. Abah menyuruh aku berfikir semasaknya. Abah menyuruh ku mengingati semula dia yang teristimewa. Bukan kah abah sudah bilang, menjadi lelaki perlu berani dan menjadi lelaki juga perlu setia.
Ampun kan putera mu nan satu ini abah, kerana menjadi lelaki yang teramat bodoh. Yang tidak pernah berfikir sebaiknya. Bagaimana mungkin anak mu memikirkan tentang dia yang terlalu sempurna dan teristimewa sedangkan dia telah lama menolak ku. Tidak ada secebis pun lagi harapan anak mu padanya. Tidak ada sedikit pun rasa itu lagi pada dirinya. Maafkan aku abah kerana menyembunyikan hal ini pada mu kerana anak mu, terlalu luka. Tidak ada langsung lorong indah terbentang waktu itu jika aku terus menunggu. Mungkin ini takdir ku. Mungkin ini penyembuh luka yang datang. Maafkan aku abah...
Maafkan aku atas kedunguan ku waktu itu. Kerana kau telah tiada. Aku berusaha keras waktu itu untuk mencari mu. Aku ingin bertanya soalan terakhir pada mu...apakah tega untuk aku terus menunggu mu. Atau aku harus pilih jalan hitam ini. Dan biarkan saja waktu yang jadi penentu. Aku jadi nanar apabila aku tidak pernah mendapat ruang dan peluang untuk mengutip sedikit cebis semangat ku agar aku tahu membuat keputusan bodoh akan menghasilkan jalan yang bodoh juga.
Sudah sekian waktu aku menunggu pelamin impian bersama mu, sudah semakin pudar mimpi indah yang ku tafsirkan bersamamu. Waktu itu, aku hanya ingin kan agar kesakitan itu segera pulih. Kau mungkin tidak merasainya. Tetapi separuh nyawa ku terluka dan aku tidak punya penawarnya. Aku hanya ada kata keramatmu. Lalu, aku ingin berhenti bermimpi, aku yakin sesak nafas ku akan berakhir saat aku berhenti bermimpi. Aku tidak pernah percaya apa yang telah terjadi. Sejuta kata yang kau ucapkan tidak sedikit pun membuat aku percaya betapa kau sudah tidak punya rasa. Harapan ku hilang disaat aku berhenti
percaya. Aku tidak pernah mendambakan kegagalan. Menjadi lelaki harus berani, menjadi lelaki harus setia itu kata abah. Maafkan aku buat kesekian kalinya abah. Alangkah baiknya kalau aku dapat berkata jujur pada mu betapa dia sudah tidak memperdulikan rasa itu lagi. Dan ketahuilah oleh mu, betapa aku semakin tidak berdaya untuk mempertahankan rasa ini kerana rasa ini akan gagal disaat dia berhenti peduli.
Sebelum membuat keputusan bodoh itu, aku kirimkan puisi di angin lalu. aku pohon pengertian dan rasa simpati nya pada ku. Aku keliru untuk membuat keputusan yang amat besar ini. Dengan lembut dia sampaikan salam rindu di angin lalu. Dia katakan pada ku. dia juga keliru antara kasih dan kasihan. Tapi apa pun waktu itu, setiap ungkapan ku tidak pernah berbeza. Ianya akan membawa jawapan yang sama. lalu aku berfikir bodoh lagi, adalah Lebih baik berbahagia sendiri, daripada terhina dalam kebersamaan dengan orang yang hatinya tak pernah bersamaku.
maaf, Kebodohanku meranapkan setiap inci impian yang diciptakan bersama.
No comments:
Post a Comment