03. Epilog Luka Semalam
Seiring usia, kematangan memberi sedar. Mengapa perlu ditatang kemanjaan hati yang kian tua? Mengapa perlu disiram benih cinta yang tidak bercambah lagi? Biarkan segalanya tinggal menjadi epilog semalam yang luka. Kita hanya perlu menjaga rasanya kerana rasa bisa kekal setara biarpun dibakar tidak bersisa.
Epilog itu hanya boleh dijadikan kenang-kenangan. Mengisi ruang masa yang amat singkat. Entah sedetik atau sehari dijemput Izrail lenyap semuanya.
Namun kesyukuran dan pengajaran dari epilog itu harus diangkat menjadi tauladan dan sempadan. Hanya itu yang akan kekal sebagai penyambung saat jasad tidak bernyawa.
Ya, hebatnya tidak terduga. Membaca hasrat hanya dari pandangan mata. Membongkar rahsia hanya dengan deraian air mata. Melembutkan hati hanya dengan detik dan masa. Tidak ada yang salah menduga, segalanya tepat belaka.
Keraguan ku… akan tiba masanya berada di persimpangan lagi dan saat itu menuntut pilihan. Adakah kesilapan akan berulang kali? Sedang hakikat telah diketahui bahawa pilihan akan menyakitkan. Kesakitan ini akan lebih dahsyat dari Epilog Luka Semalam. Justeru, sebelum waktu itu tiba…
Pasangkan layar cintamu, naikkan sauh, tetapkan nakhoda dan pastikan bahteramu tidak melalui persimpangan itu. Meskipun masih berlayar di lautan rindu yang sama, layar cinta dan bahteramu tidak akan terpisah dan nakhoda tidak perlu membuat pilihan. Biarlah hanya dilambung ombak rindu dari karam di lautanya. Dengarkanlah bisikan ini Temanku, Malaikat Chenta mu menuntut pengorbanan yang setara dengan Epilog Luka Semalam…
“Semoga hati kita teguh memintal tali persahabatan ini”.
Dna ~ September yang pergi
No comments:
Post a Comment