Monday, 28 September 2015

Menyulam Chenta

02. Menyulam kasih sejati


Teman,


Tatkala  mata hati kembali melihat, tulislah sebanyak mungkin nukilan rasa kerana katamu, setiap rahsia bisa ditafsirkan hanya jika melihat dengan mata hati.  

Teman setiaku,


Teima kasih untuk kesekian kalinya kerana kembali tanpa jemu mengetuk pintu hati. Ketukan mu kedengaran amat sempurna kali ini. Tatkala membuka pintu tiupan keikhlasan menerpa wajahku. Lantas menguntum kembali bunga cinta. Biar pun cinta kali ini lain maksudnya. Seperti sedarmu ketidaksempurnaan itu adalah kehidupan yang sebenar.

Teman sejatiku,


Terima kasih jua kerana melembutkan hatiku setelah sekian lama  keras membatu. Fikiran alpa bahawa bahagia bukan hanya memiliki tetapi cukup sekadar menjadi sahabat sejati. Seperti madahmu, kita yang merasa kita juga yang perlu menghargainya.


Teman yang lama kurindu,


Terima kasih kerana masih sudi berkongsi rahsia. Sedang rahsia bertukar rasa. Rasa yang tinggi darjatnya. Kerana pesanmu menjadi sahabat sejati kadang kala lebih istimewa dari memiliki.

Teman yang amat kusanjungi,


Terima kasih untukmu atas kesantunan pekertimu meminjamkan semangatmu yang  kau sangkakan hilang.  Jika dulu pesanku usah menjadi insan yang semangatnya di tangan orang lain. Tetapi hari ini aku pasrah kerana sebenarnya semangatmu membakar semangatku untuk terus bertabah dalam ketidaksempurnaan rasa.
Saat ini kukembalikan semangatmu namun ia bukan kelihatan tetapi hanya dapat dirasai dengan mata hati mu.

Teman istimewaku,


Aku tak akan pergi biarpun tidak didakap sekuat tuhan merampasku dari mu dahulu.. Namun pintaku  sulaman kasih  sahabat sejati ini  harus disimpan biarpun saat nafasku terhenti.  

~dna~
28 Sept

No comments:

Post a Comment