Wednesday, 30 September 2015

Chenta Mak dan Abah

Al Fatihah buat Allayarham Othman Bin Omar dan 
Allahyarhamah Hajah Fatimah Bte Haji Mohd Noh

Entri kali ni aku nak tujukan khusus buat kedua org tua ku tercinta. Keduanya telah pergi meninggal kan aku menghadap penciptanya. Moga mak dan abah damai disana. 

Setiap hari aku akan mendoakan agar di ampun kan dosa keduanya. Ya Allah, Kau masuk kanlah kedua mak dan abah ku ke syurga mu tanpa hisab.
Aku pasti, tidak ada pemberian kepada mak dan abah yang paling berharga daripada selain doa-doa dari anaknya

Ya ALLAH.. 
Sampaikanlah pahala bacaanKu kepada roh ibu dan bapa ku
Fatimah Bte Haji Mohd Noh dan Othman Bin Omar
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang maha pengampun dan Maha Pengasih

Mak dan abah menjaga ku bagai menatang minyak yang penuh. Di belai, di manja. Apa saja kemahuan ku di turuti. Mereka lah syurga ku. 

Selepas hari itu, Kami bercerita tentang mak dan abah. Kehadiran nya kerumah bersama keluarganya disambut dengan rasa rendah diri. Tapi aku terlalu bangga dan paling bahagia saat itu. Satu penghormatan yg cukup besar di berikan pada ku apabila dia dan keluarganya sanggup bertandang kerumah kami. Malu pun ada juga.

Walau pun kehadiran itu amat sekejap tetapi amat besar maknanya. Di bening mata mereka aku tahu perhubungan ini direstui. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Tetapi di usia yang terlalu muda itu apakah yang boleh di pinta selain dari harapan. 

Selepas mereka pulang Aku, mak dan abah bercerita sesama sendiri. Abah bertanya pada ku impian dan cita-cita ku tentang hubungan yg di restu ini. Aku menjawab dengan penuh yakin. Aku ingin memiliki dan di miliki. Aku Terlalu menyayanginya. Jika boleh hari itu juga aku mahu menyuntingnya.

Sebagai org tua yang amat memahami gelora hati anak lelaki nya yang seorang ini. Emak merencana mengajak kami berbalas kunjung ke rumah mereka. Abah mengangguk setuju. Insyaallah...kita kesana nanti. Emak memasang anganannya. Menyuruh aku belajar serajin mungkin. Memulakan langkah dengan berjimat dan mengumpul duit. "Nak kan anak org kena ada duit"...kata emak. 
Abah tersenyum mendengarnya..."Takpe, capaikan cita2  dulu. abah akan siapkan duit untuk kenduri kendara nanti. Yang lainnya cari sendiri. Menjadi anak lelaki kena berani. Menjadi lelaki kena setia pada seorang perempuan yang kita cintai"
Aku senyum dibibir. Namun di hati berbunga syurgawi. Alangkah bertuahnya aku mendapat emak dan abah sebegini. Mereka lebih mengetahui isi hati ku dari diri aku sendiri.  

Aku lalui hari2 selepas itu dengan keazaman yang amat tinggi. Memasang cita-cita murni. Tatkala org lain menghabiskan masa remaja mereka dengan lepak kat kedai kopi. Aku pergi menyiang ikan untuk mengumpul duit secepat mungkin. Bila abah tahu...abah tak bagi lagi kerja di situ. Abah tak mahu melihat aku susah. tetapi dalam diam aku pergi juga. Bila abah tanya aku cakap berehat ke rumah teman. Masa itu aku sanggup berbuat apa saja. Kerana restu emak dan abah telah pun ku perolehi. Kalau ada pokok getah yang hendak ditebang atau di toreh pun aku sanggup buat. Apa lagi klu nak suruh mencuci kedai mamak, mencari hati nyamuk tujuh dulang, hati lintah seluas padang....memang aku bersungguh.

Semasa hati di sakiti. Dia terus pergi. Dia ingin terbang melepasi awan. Meninggalkan aku terkapai-kapai bersendiri. Aku tak pernah beritahu pada sesiapa. Semuanya aku hadapi sendiri. Kerana aku yakin pada kata abah, `menjadi lelaki kena berani'.

Sesekali emak bertanya pada ku khabar tentang dirinya. aku hanya menjawab dengan senyuman tapi hati meronta. mahu saja aku menjerit ke setiap pelusuk dunia...Takdir ini bukan milik ku. Aku tak kuat mendakapnya sewaktu Takdir merampas dia dari ku.Tapi sepatah kata pun tidak ku suarakan pada sesiapa. Aku tak mahu dia di persalahkan. Tiada cacat celanya dia di mata ku. Bukan hak ku untuk memaksa hatinya. Aku yakin hatinya berubah kerana dia perlu berubah...bukan pinta ku dan bukan salahnya.

Masa berlalu. Melihatkan perubahan anak lelakinya sebegitu mak mana yg tak sengsara. abah hanya menggelengkan kepala, Satu malam, sewaktu orang lain telah tidur. Mak dtg ke kamar ku. Menghulurkan air minuman di atas meja tulis. membelai rambut puteranya...dan mula bersuara dengan lembut. Emak meminta aku bercerita apa sebenarnya yang terjadi?

Aku tersenyum tawar. Hanya berkata aku terpaksa memutuskan perhubungan kerana aku telah tawar hati. Aku tak mahu lagi insan itu bertahta di hati. Bergenang air mata mak bila aku cakap begitu. Emak tak percaya aku jadi begitu kerana mak tahu aku terlalu menyayanginya. Mak terus bertanya dan terlalu ingin tahu kenapa anak lelakinya semudah itu melukakan hati seorang insan murni. Apakah aku terlupa pesan abah....jadi lah lelaki yg setia.  Sebenarnya, menurut kata emak...hujung minggu nanti nak mengajak aku ke rumah dia. Membalas kunjungan keluarganya dulu. Abah pun dah bersetuju. Mungkin itu juga cara untuk menghiburkan hati putera tunggalnya ini. Nasib baik emak bertanya dulu kalau tidak malu lah keluarga kita. Tapi kenapa boleh jadi begitu? emak menyoal ku bertalu-talu. Setiap kali soalan itu di ulang. Aku hanya membisu....Tak per lah mak. Ampun kan dosa anak mu kerana terpaksa memutuskan hubungan murni. Saya tahu mak dan abah sayang pada ku. Dan aku tahu emak dan abah suka dan sayang padanya....saya juga lebih dari itu. Tapi hati saya tiba-tiba berubah. Tiada insan lain yang bertahta di hati. Cuma rasanya elok bersendiri. Maafkan saya mak, kerana meragut anganan mu yg murni. Dia insan yg terlalu istimewa. Tidak layak untuk anak mu ini bertempat di hati nya yg tulus dan murni. Aku tahu tipu itu tidak akan berdosa kalau ianya demi kebahagiaan insan tercinta. bukan salahnya. Klu ini tanda derhaka ku pada mu mak dan abah. Bersujud ke kaki mu aku pohon ampun dan maaf. 

Insan teristimewa,
Terlalu lama kisah ini ku simpan. Memang tidak ada sedetik pun niat untuk bercerita pada sesiapa. Tidak pada mu jua. Tetapi kebahagiaan ini menjadi kan aku petualang untuk percaya bahawa lingkaran kisah ini amat memedihkan rasa. Pelbagai gelora Terpaksa di hadapi. Tanpa sengketa dan terlalu mahal harga setia yang aku rasa, Sepanjang 30 tahun berlalu. Tidak ada satu hari pun yang membahagiakan hidup ku bila mengenang kisah yang telah lama ku simpan ini. Aku berdosa pada emak dan abah kerana menipu mereka untuk tidak sanggup menjadikan kesucian perhubungan ini di cemuh. Aku berdosa pada mu kerana merelakan kau pergi tanpa berusaha sekuatnya untuk menyelamatkan rasa yang hampir karam itu. Aku tidak berdaya dan aku harap kau akan memengerti kannya. Biar lah selepas ini rahsia tetap menjadi rahsia jua.

Aku cuba mengubati kelukaan ini. Aku berusaha sesungguhnya. Kekadang kesungguhan lah yg menjadi kan aku insan bodoh dan tungu. Mengubati kelukaan itu tidak semudah yang di sangka. bangkit dari kejatuhan aku terpaksa bertatih semula. Semangat yang hilang tidak di kembalikan. mengabadikan diri pada kelukaan itu lah kebahagiaan aku ketika itu. hanya itu lah hiburan yang aku ada. Seringkali aku cuba mengingati saat manis bersama. Memandang dari jauh terlalu menusuk hati. hati terus meronta, dan bibir tak mampu berbicara walau sepatah ayat untuk mu lagi. Aku anggap kau sudah terlalu bahagia. Dan aku sememangnya telah di takdir kan bukan untuk mu. Tanpa rela aku redha. Seikhlasnya aku redha. Dan mungkin itulah keikhlasan kasih sayang buat kali terakhir dari ku. Setiap kali aku dendangkan agar penderitaan segera pergi dan jangan berulang tetap aku tak mampu.

Aku tahu betapa dayus nya aku sebagai lelaki berani yang tidak berusaha sekuatnya untuk menarik mu. Mana mungkin aku ikhlas merelakan rasa dayus itu terus bermaharajalela dalam diri. Tapi aku tak pernah sanggup melihat derita mu kerana memiliki sekeping hati yang tidak memahami perasaan mu. Kau tafsir sepanjang waktu itu, aku lah pemenangnya dan kali ini kau pinta untuk ku menjadi pendengar setia dan menerima takdir meski tidak pernah aku rela. Demi Tuhan, Apa lah ertinya sedikit pengorbanan yang perlu ku berikan jika dibandingkan dengan kebahagiaan yang kau inginkan. Pergi lah sayang...terbang lah di awanan setinggi mungkin. Ini bukan pinta ku. Tapi demi melihat kebahagiaan di hati mu...aku rela. Maaf kan aku, buat kesekian kalinya.

Teringat semasa di saat akhir pemergian abah...
Semasa abah nak pergi untuk selamanya, aku tengah sibuk bekerja. Tetapi aku korbankan masa untuk nya. Berulang setiap hari ke Hospital Seremban dari Melaka. Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 3 minggu selepas menghidapinya (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan  abah tersayang, satu-satunya insan yang menaungi hidup ku selama itu berakhir sebaik sahaja azan subuh kedengaran. Dari hari pertama di masuk kan ke hospital tiada satu hari pun abah berada disisi kami di rumah dia hanya di wad ICU Hospital Seremban.                                         
                                                                         
Abah tak sempat memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Di saat abah menarik nafas terakhir. Tangan ku di genggam erat. Abah tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.                                               
                                                                         
Dimalam terakhir hayatnya, abah langsung tidak menganggu aku yang mengambil tugas menjaga nya pada malam itu. Sepanjang malam itu, Abah tidur  dengan amannya. Cuma sesekali abah terjaga menarik tangannya yang di ikat di tepi katil. seolah mahu memanggil ku dan membisik kan sesuatu ke telinga ku. Pada pukul 6.00 pagi, abah mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami    selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada aku untuk bersendirian dengan abah. hanya aku dan abah, selepas itu aku terus pulang dan ketiduran. Kerana aku sangka abah msih ada. Sebelum pulang subuh itu aku sempat membisikkan kalimah tauhid di telinganya. Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.                                           
                                                                         
Impian ku untuk menjaga abah setelah tidak dapat berbuat begitu sepanjang minggu akhirnya terlaksana jua. Sebagai satu satunya anak lelaki dalam keluarga aku juga berkesempatan memandikan jenazah arwah abah. Sebaik sahaja jenazah abah dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya.  Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi abah buat kali terakhir dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu  sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus mendoakanya buat selama-selamanya selagi hayat ku masih ada.                                         
                                                                         
Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul  dan takut tidak termampu untuk  membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di saf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam  suasana mendung. Abah, insan istimewa itu pernah berpesan pada ku. Jika ada titisan hujan yang mengalir di pipi jangan lah di sapu kerana itu lah titisan rindu yang terpaksa di pendam. Tapi mana mungkin kau akan merasa lagi titisan hujan itu. Tika itu, seakan-akan  menangisi pemergian seorang penghuni syurga. Hujan tersebut betul-betul  terhenti sebaik sahaja jenazah  selamat dimakamkan dan doa arwah  selesai dibacakan!. Mungkin itu satu  petanda rahmat dari Allah untuk seorang insan yang banyak berkorban dan berjasa untuk ku.                                    

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah.  Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan muka abah yang tersenyum. Satu senyuman yang  maha indahnya. Muka  amat berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.                                           
                                                                           
Aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang anak lelaki untuk abah, Aku terlalu banyak berdosa padanya. Berdosa kerana tidak menurut katanya. Berdosa kerana tidak menjadi seorang lelaki yang setia kerana abah pernah berpesan padaku. Jadi lah seorang lelaki yang setia apabila menemui cinta idaman. 
Maaf kan aku abah. Kerana gagal memiliki dia yang amat istimewa. Tetapi kini jika kau dapat mendengar bisikan hati ku. Ketahui lah oleh mu, aku terlalu bahagia kerana dia menjadi Teman istimewa selamanya. Aku bahagia walaupun tidak memiliki. Moga Allah mendengar suara hati ku. Dan mengampun kan dosa-dosa mak dan abah.
Maaf, Airmata ini mengalir lagi.                                
     

No comments:

Post a Comment