Wednesday, 30 September 2015

Lorong Chenta

Terlalu gelap. Memang lorong itu terlalu gelap. Ada sedikit cahaya tapi terlalu samar. Kiri penuh onak, kanan penuh ranjau berduri. Aku sebenarnya tak tau kemana harus ku tuju.Aku terlalu cepat putus asa. Tidak berusaha sekuatnya. Aku rebah, cuba bangkit tapi tak berdaya.

Bila dah termasuk ke lorong hiba. Aku cuba keluar. Memaksa dan terpaksa keluar. Tapi mana mungkin untuk aku berani gagal kerana dalam kegelapan itu aku teraba-raba. Dan aku memasuki lorong yang salah. Ada sedikit cahaya tapi aku tak percaya pada cahaya itu. Sedngkan itulah petunjuknya. Aku dah ikut cahaya tuh pada mulanya. Tapi bila kerikil membelah kaki aku berundur semula sebab takut rebah lagi. 

Kebodohan itulah yang menyebabkan aku gagal di lorong itu. Sepatutnya aku menjadi Insan yang berani untuk gagal. tapi aku tak berani. Penakut!!. Bodoh sangat dan sangat2 bodoh. Di masa yang sama aku tidak pernah percaya rasa itu telah mati. Kalau benar ia mati pasti ada nesannya. Tetapi aku tidak pernah temui nesan itu. Maka aku tahu ianya tidak pernah mati malah akan terus hidup walau seribu tahun lagi.

Petunjuk pertama muncul bila dalam diam aku terbaca surat nya pada adik aku, dan bila dapat add emailnya. Aku cuba bertanya khabar. Tapi di jawab dengan sinis dan penuh kekerasan. Yang membuatkan aku terus berhenti untuk menghantar email lg. Itu yang pertama dan itu yang terakhir. Dia lebih mengenali diri ku. Pernah dulu aku sengaja tidak memberitahu dia yg aku akan menunggu di terminal bus. Bila nampak dia melangkah kaki naik bas. Aku terus mengejar dan terus duduk disebelah nya. Aku bahagia berbuat begitu. Ada kepuasan yang besar maknanya bila dapat buat begitu. Bukan sekali dua aku buat begitu. hampir setiap minggu. Hinggakan bila aku tak menunggu lagi dia akan kerisauan dan keresahan. Tapi kebiasaannya klu aku tak dapat menunggu aku akan beritahu padanya dulu.

Itulah hakikatnya. Sepatutnya aku terus menghantar email. Peduli kan dengan kata nistanya. Pedulikan dengan egonya, pedulikan dengan kekerasannya. Pedulikan dengan herdiknya. Kenapa tiba-tiba aku tak mengenali diri aku sendiri? Kenapa aku tidak buat benda yang terlalu mudah? apply cuti, beli tiket dan pergi muncul depan pintu rumahnya. 
Cukup mudah menulis mengapa. Tapi tak terbuat dan tak pernah buat perkara semudah itu. hahaha. Memang dasar peniup kegagalan. Terlampau percaya ....tidak akan muncul di hadapan nya selagi belum berjaya. nak berjaya setara mana lagi tak tau lah.

Petunjuk kedua muncul bila dia sedang bercuti. Dan aku dapat tahu dia sedang bercuti. aku call rumah dia. Walaupun aku terima jawapan yang cukup sinikal dan aku tak sanggup mendengarnya. Sepatutnya aku tak mendambakan diri pada kerendahan naluri. Kalau aku tak mahu rasa itu terus pergi. Aku tak sepatutnya mengalah. Sepatutnya aku call semula atau kalau aku nak menjadi aku seperti yang di kenalinya. Terus muncul di hadapan rumahnya. Temui ayahnya secara baik. Temui dia seperti ketabahan yang dikenalinya yg ada dlm diri ku. Takut kena halau....biarlah kena halau pun.

Mungkin waktu itu, aku merasa terlalu jauh hati. Tidak layak berganding bahu. Duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi. Di masa yang sama. Kehancuran menghimpit ku. Tidak ada langsung kekuatan untuk aku merangkak sekali pun. Aku perlu kan dia. Tapi aku tak bersungguh mencari dia. Betapa bodoh dan bangangnya aku pada waktu itu. Mungkin juga luka yg berdarah masih belum sembuh takut luka lama berulang kembali. kesan parut yang tinggal pun masih jelas kelihatan. Tak pasal-pasal nanti dapat parut baru.

Kerana itu aku tak pernah salahkan takdir. Allah telah memberi lorong chenta untuk ku, Tapi aku yang tak ambil kesempatan itu. Aku tak menarik sekuat mungkin. Kejatuhan membuat aku terfikir yang aku kan terus lumpuh.. Huh...Stupid me!!!

Dan kerana itu juga aku tak pernah salahkan dia, Maaf kan aku. kiranya kebodohan dan kegagalan itu menyebabkan kita semakin jauh. Maafkan aku kerana itu juga ianya terus menjadi keramat berharga. Maaf juga, kerana membiar kan nanah bermaharajalela. 

Dan kini, Rasa bahagia ini adalah anugerah dari kegagalan itu. Kebodohan dan kegagalan yang ku titip dalam diri tidak pernah menjadikan aku alpa untuk mendoakan diri mu bahagia hingga ke syurga. Tidak ada ruginya menjadi sahabat sejati. Kerana kebodohan yang tinggi darjatnya terpaksa menunggu 30 tahun baru berjaya menikmatinya. 

Ini lah antara kisah yang terjadi antara kami. Hanya kami berdua yang merasa kannya. Kami menyelaminya dengan cara sendiri, dia dgn egonya dan aku dengan kejatuhan serta kegagalan ku. Tiada insan lain yang mengerti. Tetapi alangkah ruginya kami. Kalau lah masa itu ada seorang insan yg memahami apa yang kami rasa pasti kami boleh bercerita. Pasti dapat meredakan gelora di jiwa. Pasti dapat menghuraikan kekusutan yang kami alami. Alangkah baiknya kalau begitu. Aku Pasrah dengan takdir ku.
Maaf, lorong chenta kini terang benderang dengan cahaya. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment