Wednesday, 30 September 2015

JEMAAH CHENTA.

Aku pun tak tahu kenapa blog ni macam berhantu kat diri aku. Sehari dua nie banyak idea aku untuk menulis. Aku hanya menulis ikut kata hati. Aku tak pandai dah untuk menulis. Tapi aku ingin mencatitkan sesuatu. Tanpa nilai dan gaya yang sempurna aku mahu terus menulis.

Pertemuan berharga setelah 30 tahun menanti menjadikan fikiran aku seperti menonton wayang gambar. Semuanya lalu di depan mata. Banyak persoalan yang bermain di kota fikiran. Banyak perumpamaan yang terjelma di mata fikir. Banyak `kalau' yang terselit di celah kebahagiaan. Dan aku perlu mencatit kannya disini. Tidak untuk sesiapa, malah sebenarnya bukan untuk dia juga. Aku ingin mencatatkannya untuk aku baca semula bila aku alpa dengan dunia.

Aku perlu menulis tentang keramat hidup ku. Aku ingin menulis tentang kegagalan masa lalu. Tentang kebahagiaan yang aku rasa kini dan akan datang. Aku harap Allah memberi kekuatan untuk ku terus menulis sebegini lagi. Hingga satu saat nanti aku akan berhenti.

Jika ada insan lain yang terbaca blog ini. Maaf blog ini hanya bercerita tentang aku. Tentang dia. Tentang kami berdua. Aku perlu mencatitkan tentang kebahagiaan dan kesilapan masa lalu.Terlalu banyak yang kami hadapi, Kerana takdirnya tak sepatut nya begitu. Ada kegagalan, kepayahan, keperitan dan ada juga keindahan, sinar cahaya, pelangi, matahari dan kebahagiaan.

Terlalu banyak kesilapan yang telah aku laku kan padanya, Aku melakukan kerana aku manusia biasa yang cuba mencari kesempurnaan dalam kehidupan ku. Dan aku sering terlupa bahawa ketidaksempurnaan itu juga adalah kehidupan. Sering kali dia memaafkan aku. Kerana dia juga manusia. Di masa yang sama dia dapat menerima ketidaksempurnaan itu. Apa lagi nikmat kehidupan yang perlu di dustakan. menemui semula insan teristimewa dalam hidup kita selepas 30 tahun berlalu. Aku juga dia terlalu beuntung memilikinya.

Kami sering berkisah antara suka dan duka. Seperti masa lalu, kami ketawa bersama, menangis bersama ke kedai mamak pun bersama. sejak dulu kami sering bersama. Sebenarnya masa lalu kami terisi dengan penuh keindahan dan kegembiraan. Siapa yang tidak gembira. Bila memiliki sekeping hati yg tulus ikhlas dan suci bersih. Jarang menangis malah mungkin tidak pernah. Kerana sepanjang 6 tahun perhubungan itu terlalu sempurna. Kami blh duduk berdua berbincang bersama. Segala nya akan selesai dengan penuh rela. Hingga sampai lah satu ketika Allah menguji kami. Cuma kami tidak sedar, hati berubah hanya kerana di uji. Dan kami tidak tega menghadapinya. Kerana kami manusia.

Selepas membaca entri aku semalam. Aku tahu dia akan menangis lagi. Telah ku selit kan pesanan. Kental kan jiwa. Jadilah manusia berhati waja yg tidak mungkin luntur jiwanya. Aku tahu dia tidak sekuat itu. Tapi aku terlalu ingin dia tahu satu rahsia yang aku simpan cukup lama. Terlalu lama. Aku tidak pernah menceritakan pada sesiapa. Sudah sampai masanya dia tahu. Kesilapan kami dulu bukan hanya meluluhkan jiwa sang nestapa. Bukan aku atau dia saja yang kecewa. Tetapi hati org tua ku tak dapat ku jaga. Restu mereka terus berlalu. Aku tahu...mereka lebih kecewa. Sesungguhnya, bukan itu yang aku pinta.

Menangislah....menangis lah sepuasnya. Moga, bila reda nanti kita mendapat hikmah yang sebesar-besarnya. Dia call aku selepas puas menangis. Pertama kali dia call aku selepas 3o tahun lamanya. Mendengar suaranya aku jadi terlalu hiba. Meski ketenangan yg ku tatang, Airmata terjelma jua. Kali ini ianya tidak menitis kedalam. Tetapi airmata lelaki itu runtuh ke bumi. Kami menangis bersama. Berjemaah mengeluarkan airmata chenta. Memang pahit rasanya. Alhamdulillah... Aku yakin itu lah airmata kebahagiaan bukan penderitaan. Kerana selepas itu aku rasa damai seketika. Rahsia yang terpendam sekian lama dapat ku luahkan. Mungkin itulah hakikat sebuah chenta. Hakikat kehidupan yang dapat kami rasa.

Sudah tentu aku tidak mahu menjadi selemah-lemah manusia. Kerana menyimpan rahsia terlalu lama dan menyembunyikan kebenaran sering di tafsirkan sebagai manusia yang tidak punya daya. Manusia yang selemah-lemah manusia. Pasti aku bangga kerana dia juga turut merasa. Selepas hari itu, terlalu banyak kami berkisah. Setiap detik masih ada cerita. Kekadang timbul rasa penyesalan. Ia datang selepas 30 tahun berlalu. Terlalu lama. Tanpa sengketa, cuma ada rasa yang terselit di celah pintu. Kerana keduanya tidak sedar betapa masing-masing sedang menunggu. Kadang-kadang aku jadi keliru. Kenapa impian ini datang selepas terlalu lama berlalu.Mungkin juga benar kata pendita, rasa itu lebih bermakna bila kita sering memberi sokongan dan menghormati selepas usia meningkat tua. Mungkin hayat ku semakin hampir. Allah ingin memberi secebis sinar bahagia sebelum nafas ku terhenti, sebelum mata ku tertutup rapat, sebelum nyawa ku di ambil kembali. Kalau itu ketentuannya, pasti aku rela dan bersyukur setinggi syukur atas nikmatnya. 

Sebaiknya juga begitu, aku dapat belajar sesuatu. Kira nya ia datang di awal waktu aku yakin tidak ada pengajarannya untuk ku. dan mungkin aku tidak akan berkembang menjelajah waktu. Mungkin juga kejayaanya akan terhenti di situ. Makanya, aku terlalu yakin Allah lebih tahu apa yang lebih baik dan istimewa untuk ku.

Sebelum aku membuat satu keputusan yang terlalu bodoh yang pernah ku buat dalam hidup ku. Kedua orang tua ku telah menasihati ku. Waktu itu, aku tidak yakin dan nasihat mereka belum tentu betul kerana parutnya masih ada. Tetapi kini aku tahu nasihat mereka bukan kerana mereka betul tapi kerana pengalaman nya begitu. Dan mereka mahu aku memiliki kebahagiaan yang jitu. Memang nasihat yang tidak ikut itu amat baik. Dan nasihat yang baik itu memang menyakitkan. Kini aku tahu mereka betul dan aku salah. Maaf kan aku. Terlalu banyak kesilapan ku, Dan memang aku orang yang kurang bijak.Aku menerima hukum sebelum waktu. Kerana kedegilan tidak mengiktu nasihat org tua aku perlu terima akibatnya.

Apabila mendapat peluang untuk kembali. Aku tidak merebut peluang yang hadir itu. Terlalu meratap kegagalan dan kekecewaan. Rasa rendah diri yang tinggi melihat kejayaannya membuat kan aku menjadi tidak sempurna. Aku terlalu berkecil hati dengan kepayahan. Sedangkan itu semua bukan milik ku . Sepatutnya aku berfikir....kelebihan dan kekurangan ku adalah milik Tuhan, Sebagai hambanya aku hanya perlu berusaha. Ibarat seperti senafas berlalu. Dunia dan pancaroba hidup ini aku lalui dengan penuh cabaran. Aku terlupa seketika. Sebenarnya dunia ini juga ibarat nafas. Sekuat atau setahan mana kita mampu bernafas, di satu ketika kita perlu melepaskannya juga. Betapa bodohnya aku kerana tidak merebut waktu sementara aku masih berkesempatan dulu.

Aku belajar juga, pengalaman ini terlalu istimewa. Dalam mengejar cita dan cinta. Jangan hanya memandang langit di atas. Sesekali renung lah rumput di bumi. Aku perlu memandang ke bawah juga. jangan terlalu menunggu kejayaan sedangkan di sebalik kegagalan ada sinar bahagia. Ada terselit kejayaan yang patut ku rebut. 

Surat keramatnya byk yg jd penentu. Menjadi hala tuju pada perjalanan hidup ku selepas itu. Magis nya ada rasa kasih dan kasihan disitu. Aku membungkam rasa kasihnya dan aku mengkafan kan naluri kasihannya di sana. sedangkan sepatutnya aku soroti kedua nalurinya aku sepatutnya meng azankan rasa itu agar ada yang membantu. Setidaknya aku mengaminkan doa kebahagiaan sepantas angin berlalu, pasti akan ada bahagia menjemput. aku membiarkannya terlalu lama hingga peluang dan kesempatan berlalu dan hingga 30 thn berlalu.

Maafkan aku, insan teristimewa. Meski kau tidak menjadi tulang rusuk ku seperti yang ku harapkan. Tetapi aku bahagia kerana kau sudi meminjamkan bahu mu untuk aku menangisi diri dan meratap hiba. Bila aku enggan menerimanya ku pulangkan bahu mu semula, tapi kau hadiahkan pada ku lantai untuk bersujud. Alhamdulillah.
     
 

No comments:

Post a Comment