Tinta bernyawa
18/09/2015 -
Aku perlu coretkan tinta bernyawa di tarikh keramat ini.
Mungkin org lain tak pernah rasa tetapi aku menghadapi dan menyelaminya. 30
tahun berlalu memang terlalu pantas. Banyak masa dan rasa terbuang begitu
sahaja. Aku tidak pernah menjadi pahlawan sebenar dalam mengharungi perang rasa
dan masa itu. Banyak kesempatan terlepas begitu sahaja. Tidak berusaha
bersungguh-sungguh hinggakan aku hanya menerima takdir yg datang menghimpit
benak sanubari. Kisah ini terlalu keramat buat aku dan dia. Dulu aku takut
untuk mengabadikan dalam tinta bernyawa
cuma sesekali ku ungkapkan pada rahsia suara hati. Kesan nya rahsia hanya
tinggal rahsia dalam diri.
Tarikh keramat ini membungkam jiwa. Pertemuan pertama
setelah tiga dekad berlalu. Ianya menjadi terlalu keramat. Tahu kenapa? sebab…bukan
matahari, bila tak menyinari, bukan kuntum bunga bila tak mewangi…dan bukanlah
cinta bila tak sepenuh hati …
Semenjak dua menjak
ini, beburung yang terbang seolah menggamit perasaan ku supaya mencari erti
siulan cinta, Tiga dekad terlalu pantas berlalu tak sama seperti kicauan burung
yang bersahut diwaktu pagi dan petang, berlabuh hanya melepas kepenatan
berkasih. Tetapi rasa itu tetap ada. Tidak pernah hilang dan tidak pernah pergi
walau sekejap pun dari dalam diri. puas ku cuba menghapus kan rasa. puas ku
harap ianya hanya seperti kanak2 kehilangan boneka atau seperti butir pasir
yang boleh di hilangkan dengan satu simbahan air. itu katanya...itu juga
pintanya. Aku menjadi lelaki berani yang terus mencuba. Katanya lagi. Usah
menjadi insan yang semangatnya berada di tangan org lain. namun semangat ku
hanya padanya. Di genggam erat, tidak di kembalikan. Sejak itu aku mencari
semangat yang hilang. Dan aku terus mencari.
Sejak itu juga kuanyam
anganan tinggi menggunung, melayan rasa dan percaya yang penuh berliku, agar suatu hari nanti,
ketemu jua jalan penamat antara kita. Biar apa situasinya pada saat itu aku
harap ada sinar dan ada kebahagiaan yang sejati…milik abadi. Melaluinya bukan
satu perkara yang mudah. Menghadapinya laksana titis hujan yang di simpan erat
menjadi airmata. Kekadang ku kembali ke pembaringan lena, mendoakan agar
diriku dipanjangkan usia, mengharapkan agar dia jelas tentang rasa ini,
setidak-tidaknya aku ingin lafaz kan kata maaf setulus hati, jika pun aku tak
mampu lagi menadah ihsan kasihnya jua…
Di pertemuan
sesingkat itu ku cuba ungkapkan kalimat keramat pada kasih dihujung rindu,
Meski tidak terbutir kata-kata, namun hati menyebutnya, ini lah madah sang
pujangga buat penawar diangin lalu, pada kasih aku bertamu, menjadi penagih
tiga dekad berlalu. Aku tak tega lagi menyanyi lagu mendayu, Tapi dengar lah duhai
insan yang terlalu istimewa... cinta tak semestinya memiliki. Airmata yg hadir
ini tidak tertumpah setitik pun untuk insan lain di dunia.
Aku yakin, Allah
merestuinya. Memang amat payah melupakan hari semalam. apatah lagi 3 dekad
berlalu. Rasa kasih yang hanyut kembali datang, meski dalam keadaan yang
berbeza. Ianya tetap sama Sama seperti hadirnya 30 tahun yang lalu, dalam
terharu dan rasa kasih yang tak berpenghujung, pada mu insan yang tabah lagi
pasrah, Menjadi sahabat baik juga ada nilai istimewanya. Kita yang merasa kita
juga yang perlu menghargainya.
Setelah melangkah
pergi pada pertemuan sesingkat itu tiba2 rinduku menyelinap dalam tidur,
membara dan menggelodak, payah menghindari, beriring mimpi2 indah hari semalam,
kenangan lama bermain di ingatan. Setiap detik yang di lalui bersama, seperti
baru kelmarin di lalui. aku ingati kembali senyumannya, kemesraannya,
kemanjaannya suaranya malah renungannya. Di anak mata itu ada rasa, ada jiwa
malah ada roh yang tidak pernah terlepas membisikan kebahagiaan mendengar
setiap impian. Bila terlena seketika, sesekali aku terjaga, seolah dari mimpi
yang panjang, aku menjadi betah sepanjang 3 dekad bermusafir diri dalam munajat
yang panjang memenjarakan diri dalam pelarian rindu, dikamar sepi ini aku masih
disini, Di sini aku tidak pernah jemu menunggu. Menanti kepulangannya buat
meyemai kasih. mengungkap perjalanan ku yg khilaf yg tak memungkin dia menjadi
milik ku. Aku terlalu pasrah.
Usah di persoalkan
rasa ini milik siapa? Rasa kasih yang dalam itu duniaku, lalu aku tegar menulis
tentangnya, tentang kemabukan rasa, tentang keindahan rupa, tentang keindahan
yang tiba, tentang dirinya duhai puteri pilihan. Seringkali tika bersendiri dan
tatkala diri terbelenggu dalam kesunyian, Telah kususul dan kutitip bintang2
yang jatuh, lalu kugilap cahaya suria, kerana aku tahu, sekeras-keras hatinya
pasti dia menghargai nilai kasih tulus yang terjelma sekian lama. Allah
memberi takdir yang amat istimewa dengan segala keajaibannya, Dialah keindahan
yang membuat aku tidak mampu lagi memejamkan mata.tapi saat lintasan bayangnya
menjelma, bagai halilintar menyembah bumi. bagai terapung di awanan.
Wahai insan teristimewa, engkaulah titisan dewa-dewi,
yang membuat anyaman permaidani diistana jiwa, merdu suaramu bagaikan alunan
kidung syurgawi, mengalir manja kedalam jiwa. Tatkala aku tak dapat
melupakanmu, aku menghirup nafas penyesalan sepanjang usia kita bersama,
menggariskan wajah2 kebahagiaan, pada salju putih, dihalaman kasih merindui
akan detik berlalu. Takdir gagal menyebelahi tabir tetapi takdir istimewa
menjadikan kita sahabat sejati...aku pasti menjadi insan yg lebih berbahagia.
Masih ku ingat tika menghadapi saat itu. sesekali bila terbangun dari mimpi, aku
menjadi pelarian rindu, dimanakah kasih, dikamar sepi ini atau dijalanan merah
berdebu, dan adakah kau masih disitu. Tanpa kehadiran semangat yg ada pada dirimu,
kumbang enggan keluar dari peraduannya, mentari enggan bersinar, bulan enggan
tersenyum, kerana engkaulah nafas keharuman, mata air kehidupan. Sebagai
manusia biasa aku sering mencari kesempurnaan hidup, sebenarnya tanpa sedar
ketidak sempurnaan itulah hidup…yang sempurna hanya lah milik dia yang maha
sempurna.
Tetapi aku sering nekad. Mendambakan sesuatu yang tak
pasti. Sering kecewa bila rasa yang ada terpaksa di simpan erat, tiada lagi
yang dapat kuhulurkan kerana daku hanyalah penumpang rindu yang menagih
simpatimu, mujurlah dikau memahami isi hatiku, kau hidang kan penawar meski
racun yang kau beri telah ku hirup. ku
hamburkan kata, jika ada salah ku hanya kerana aku terlalu setia dan bukan ini
yang ku pinta.
aku pernah mengharap,
terlalu mengharap barangkali...untukmu yang selalu mengerti, kubiarkan
sahaja sinar kasihmu, ingin ku belai jiwamu sekali lagi, meniti suratan
rasa, kuharap dapat kecapinya nanti, disuatu hari nan indah, jika tidak di
dunia biarlah di syurga abadi.
Selepas pertemuan bermakna ini, bila mentari esok akan
bersinar lagi. Ku ingin candamu warnai hariku..dan bila esok kau tidak hadir
menemaniku, tak terbayangkan setengah mati kerinduan kepadamu, tapi sering
mengerti dan memahami, di dunia ini kau bukan milik ku. Menebus dosa atas
kekhilafan lalu aku perlu memberi kefahaman yang jitu. Menjadi sahabat sejati kadang
kala lebih istimewa dari memiliki.
Meniti hari-hari berlalu, Sepanjang mendakap keramat
bernyawa, setiap waktu wajahmu yang ayu seringkali menerjah fikiranku,
menerawang kealam buana, duduk bersama mengota rasa dan impian yang tidak
pernah terlaksana, dipelamin anganan yang indah buat kita berdua. Tapi itu
hanya tinggal kata-kata. Merobos malam yang enggan berganjak, enggan bergerak,
tanpa ada dirimu, kerana itulah aku memerlukan dirimu untuk meneruskan
kehidupan ini…dikaulah pengubat segalanya. Seringkali aku terlupa meminta kau
mengembalikan semangat yang telah lama hilang.
Wahai insan
teristimewa, aku tahu bukannya mudah untuk engkau menerima diriku setelah 3
dekad berlalu dan aku tahu ianya adalah satu kesukaran yang sering menggangu hidupmu,
tetapi percayalah untuk sekali ini. Kata maaf telah di ungkap. Percayalah,
bukannya mudah untuk aku melupakan, selagi rasa dan keramat masih terlantar
diranjang hati, ketahuilah oleh mu. bahawa aku disini, setia disini, setia
menanti dengan jiwa yang murni. Tidak pernah seinci pun ku letak kan kekhilafan
pada diri mu. Kau bagai bunga dimusim bersemi, daku tersenyum menatap indahnya
dunia, sering menyambut jawapan untuk segala kerinduan yang berputik, setelah 3
dekad di genggam erat.
detik-detik manis pernah
terjelma dan kini terpahat lagi, Jika mungkin, usah biarkan ditelan waktu, kita
padukan kasih yang dibina biar seribu tahun lagi untuk menjadi sahabat sejati,
sehidup semati dialam rasa… Biarlah ada yang mewarisi kerana ianya kisah suka
duka maha agong. Tak mungkin ada sesiapa merasainya. Hanya kita yg rasa, hanya
kita yang tahu pahit getirnya. Biarlah kemana pun perginya bintang
seribu, dimalam itu menjadi saksi betapa
agungnya nilai harapan yang pernah pergi, tiada kerdipan memantul sinarnya,
buat pedoman kita berdua digurun syurgawi. Aku terlalu bahagia dikala melihat dirimu
tersenyum, terhapuslah duka…kerana engkaulah luka..kerna engkaulah cahaya,
kasihmu pernah membuat dunia ini menjadi terbalik, aturan menjadi tak bererti,
hukum dan hakikat menjadi satu. Aku keliru, mujur masih ada mentari memberi
cahayanya.
Maafkan aku insan
teristimewa, sebelum berlalu aku meninggalkan airmata disini, ia membawa rindu
untukmu dan biarlah ia masih kekal disini…ia takkan kering setelah kemarau
melanda semusim. Aku terlalu ingin kau tahu. Rasa ini tidak pernah berhenti.
Sayang ku pada mu tidak pernah berlabuh, cuma ianya bertukar menjadi kasih pada
sahabatnya. Sepanjang 30 tahun yang di lalui, hidup ini begitu memenatkan
bila kite merasa kecewa, malah lebih memenatkan bila terus putus asa untuk
terus hidup. Pernah satu ketika aku pernah menyatakan pada tinta impian yg aku
tahu kau tidak menyedarinya... `Maafkan aku kerana tidak mendakapmu
sekuat tuhan merampasmu dariku’
Alangkah indah andai kau
tiba saat kuperlukan dirimu. Aku tak perlukan lebih daripada kau mendengar
waktu itu., Dan tak dapat aku bayangkan, andai impian kasih menjadi
kenyataan…biarpun kita bersanding diatas kayangan
Terima kasih buat
pengorbanan yang kau tafsirkan. Maafkan aku insan teristimewa…kerana membiarkan
kau pergi dengan senyuman biar pun luluh di jiwa...kau pinta pada ku saat itu
agar jangan nestapa...dan aku tidak pernah gagal.. meski menanggung derita,
kerana pergi mu sering diiring doa agar kau bahagia. Maaf, aku terpaksa menipu
diri demi insan teristimewa.
Maaf ku pohon pada mu...dengar lah rayu ku...janganlah pergi
lagi.
seiring hati bergema
~Fard~
“And I never thought I'd feel this way
ReplyDeleteAnd as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you
And if I should ever go away
Well, then close your eyes and try to feel
The way we do today
And then if you can remember
Keep smilin', keep shinin'
Knowin' you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Well, you came and opened me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you
Whoa, and then for the times when we're apart
Well, then close your eyes and know
These words are comin' from my heart
And then if you can remember...”