Sunday, 27 September 2015

ORENTASI CHENTA

Masa tuh aku dah jd senior...koya, poyo, mcm bagus...semua sifat tuh ada. perlu ada untuk menjadi senior yg bagus...hahaha
Aku memang nakal. Tak kira apa org nak kata tapi kenakalan aku tak sampai menyusah kan sesiapa. Cuma nakal mengusik org dgn idea kreatif.(kononnnya la). 
Ada sekali kawan aku Mat ganja(aku tak tau mcm mana dia blh dpt nama ni. myb badan dia kurus melengkung mcm org hisap ganja). Dia tgh tidur...aku letak kan ikan masin kat hidung dia...tetiba dia bangun ikut ikan masin yg di ikat dengan benang tu. pastu dia tidur balik..dlm tidur tuh dia blh sebut nama aku dan yg lain...dia blh berdoa dlm tidur agar Allah akan membalas apa yg aku buat kat dia.
aku pernah angkat katil seorang kawan aku letak kat luar dorm. Samnpai subuh kami gelak sebab dia tak sedar dia tidur kat luar berbumbung langit terbuka, berselimut embun pagi....aku pernah letak lipas dlm tin air kwn aku....nasib baik dia tak sempat minum. klu tidak sampai skrg dia tak tau dia minum air lipas....Aku pernah lari dari polis trafik sampai masuk kebun sayur cina. mcm bajak sawah aku buat kebun tuh sebab aku lari dari polis. Yg magisnya...bukan aku takde lesen. bukan aku ada buat salah....tp sengaja aku lari dari polis...

Byk lagi kalau aku nak berkisah kenakalan aku. Tuh sbb masa kecik2 keluarga panggil aku dengan nama manja `atan;. Mungkin nama atan tu menjurus pada perangai mcm setan...Sbb aku nakal maka aku di lantik mengetuai Orentasi tahun tu. Hahaha...Aku jadi ketua OC. Aku yg badan kecik ni dilantik sebulat suara...puas aku kata tidak. Tapi kwn2 nak aku jugak. tak de akal org yg lantik dan sokong tuh.

lalu, aku mula merencana. mula merangka...apa yg perlu aku buat.? kwn2 ramai yg setuju. idea nakal rupanya akan jadi kreatif kalau di rangka dengan baik dan di hargai, Masa tu aku tak tau apa itu chenta. yg aku tahu...ada sorang awek. biar nampak macho. biar yg lain nampak jaki bila diri kita di sayangi dan di hargai. Boleh berkongsi cerita dan harga diri. boleh juga jadi motivasi....biar hilang sikit kenakalan diri.

Pertama kali aku melihat dirinya. Bukan aku saja yg lihat. Ramai lagi mata yg memerhati...puteri rebutan bukan sebarangan. Nak dibandingkan dengan kenakalan aku. antara langit dan bumi. Memiliki hatinya...arghhh itu hanya kata mimpi.
Masa tuh...idea yg lahir, setiap freshie perlu mengenali senior nya dengan dekat biar selamat kononya. biar oleh jadi adik angkat katanya. Terutama jawatankuasa orentasi...hahaha memang poyo
Macam mana nak kenal.? Setiap Freshie mesti dapatkan 20 tanda tangan senior...Sebagai ketua OC. Tanda tangan aku adalah mandatory...

Dia dtg mengucap salam pertama. aku terkedu. Dengan org lain aku banyak berbasa basi. Tapi dengan dia aku jadi kelu. Aku tak mampu berkata apa2 mungkin sebab ada bisikan dalam hati...mungkin dia telah terpilih untuk bertahta di hati. Aku tak pasti tapi ramai yg menduga dan mengenali isi hati aku masa itu. Mungkin sebab itu aku tak mampu berbicara. yg terluah...aku pinta dia tuliskan surat cinta untuk aku baru aku setuju turunkan tanda tangan.

Nak di jadikan cerita...sampai lah surat cinta ke tangan aku,  Depan dia aku baca. Sekali imbas aku baca. Menarik sangat. Memang dia penuh kata berbunga. Memang ada rasa dan roh setiap bait tulisanya, Tapi aku yakin maksudnya bukan sepenuhnya untuk aku. Gadis cantik puteri rebutan ini menulis surat cinta yg amat istimewa untuk ku, Klu saper saja baca pasti akan kata....terlalu bertuah aku.

Aku tak pernah bg org lain baca. Sbb aku tak nak org kata aku perasan gila. Aku simpan dan pegang teguh di dalam hati. Kenakalan aku roboh dengan surat itu. Bermula lah keinginan aku tanam dalam diam untuk memburu cinta di hati, Isi surat cinta perlu menjadi realiti. Perlu di genggam erat agar penuh bunga2 rasa...agar hidup ini bercahaya dan penuh warna.

Selepas dari itu...aku tak peduli dengan keikhlasan surat cinta paksa itu, Aku belajar untuk di sayangi dan menyayangi. Kami tidak pernah berterus terang tentang soal hati. kami lalui hari-hari berlalu tidak berpenjuru. Jarang sekali kami perlihatkan pada teman2 yg hati kami berpadu. Tak pernah keluar berdua di depan mereka. Tetapi ada erti rindu di situ. Tanpa pengetahuan teman2 kami menyulam hari2 berlalu. Tanpa sesiapa tahu aku akan menunggu. mencari peluang yg ada. menghantar dia pulang, menunggu peluang menyelami kasih terbentang. Aku tahu, aku tidak tega sbb mana mungkin si budak nakal seiring dengan puteri pilihan. Mana mungkin si anak nakal sudah kenal erti rindu...Dan aku tak tega bila kwn2 tahu. Tapi Alhamdulillah...org tahu juga. Cuma org tak tahu betapa hebatnya kasih setia yg kami rasa. Pada teman2 teman rapat aku terlalu berbangga memiliki hatinya.

Freshie yg mulanya hanya di paksa menulis surat cinta kini bukan lagi melihat aku dengan mata benci nya. Surat cinta terus datang setiap minggu bezanya ia bukan paksaan. Ada takdir indah di situ. Aku pasrah menyulam masa berlalu dengan keindahan yg hanya dia dan aku saja yg tahu. Bukan aku saja. Teman rapat aku pun begitu.

Cinta bukan untuk memiliki. Tetapi lebih hebat bila kita dapat merasi dan jujurnya kita menyelami. Teman rapat gagal kerana cinta mereka hanya datang dan tidak perlu berjuang. Tetapi aku pastikan kami terus menghormati dan menghargai...makanya cinta kami tidak bertepi.

Tidak ada yg menduga, tidak sesiapa juga meminta. Benteeng teguh itu runtuh juga. Akhirnya aku tewas juga. Aku tak mampu bertahan dan berbangga. Allah tidak izinkan aku terus menjadi raja di hati dengan cintanya. Aku tewas denan pesanan kata2. Aku di tinggalkan sepi dengan pujukan dan air mata. Aku perlu berdiri di kaki sendiri tanpa insan teristimewa di dalam hati. Sejak itu dia pergi dan terus pergi, Tidak pernah sekali pun dia menoleh  melihat resah ku. Tidak sekali pun aku di beri kesempatan untuk menjelaskan aku terlau sakit menghadapi saat ini. Tetapi bukan dia bersalah atau perlu di persalahkan. Aku yg tidak menghomati dan gagal menjadi sang setia. Aku gagal menjadi bulan dan matahari yg setia dan tidak jemu untuk muncul saban hari. aku gagal menjadi diri sendiri yang aku banggakan selama ini. 

Sejak itu dia pergi...setelah 3 dekad dia dtg kembali. Aku rasai warna yg lebih indah. cuma aku pohon dengan setulus hati ...jangan lah pergi lagi. Aku tak mampu menghadapi saat itu lagi. Tolong lah aku hanya sekali ini...jangan sekali-kali pergi lagi. Hidup ku hanya menunggu mati. Impian terlaksana. Kebahagiaan ada disisi... 
Maaf....aku pohon sgt2. jangan pergi lagi.

No comments:

Post a Comment