Masa terus bergulir meninggal kan aku dan dia. Masa
menghadapi saat-saat sukar itu aku
banyak bercerita dengan teman2, dengan lecturer dengan orang-orang yang rapat
dengan aku. Banyak nasihat yang aku dapat, banyak pedoman yang aku terima. Ada
yang boleh pakai dan ada jugak yang layak di bakul sampah kan aje.Masa kejer di Melaka sekian lama melihat aku bermurung
durja. Bersendiri menghadapi kehidupan Bos aku selalu tanya aku.
"Bila nak kawin?"
aku senyum jer dgr soalan tuh. Bila tgk aku senyum bos aku tanya lagi "ko tak der gf ke?" aku jawab selamba. " Ada...", dan
masa tuh aku anggap menipu tidak berdosa.
"Dia kejer kat mana?" aku dah agak mesti meleret soalan ni akan timbul. Mcm mn nak ngelak pun aku tak tau..Tapi aku jawab jugak "Tak la. Dia tgh study kat Jepun"
"Baik ko lupakan ajer GF ko tuh, cari je gf lain. berlambak anak dara kat sini" haha... org Melaka bila cakap memang kahau sikit. Sambil mengerutkan dahi aku tanya balik bos aku "nape Bos?" "ko jangan cari pasal, Melambung bil talipon opis ni nanti. Lagi satu Jangan sesuka hati nak ambik cuti nak gi Jepun pulak...".

Aku senyum jer. Bos aku memang sempoi. Dont Worry la bos org
Jepun tuh ntah ingat kat saya ke ntah tidak. Nampak macam tak ingat terus dah.
....................
Macam tuh jugak, Masa aku di pilih mewakili Universiti dalam
pementasan teater di Sabah. Aku memang dalam kesedihan waktu tu. Masa senggang
aku menulis surat utk dia. Lepas tulis aku baca kuat2 biar si boy dgr...aku
tulis dlm surat tuh.
"...aku harap
kapal terbang yg akan ku naiki untuk pulang ke semenanjung esoknya akan
terhempas sbb aku tak sanggup menghadapi kesedihan ini. Aku tak sanggup segala
impian itu hilang begitu sahaja.... "
Boy yg mendengar isi surat aku terus bangkit dari katil. Dia
tepuk pipi aku dia cakap....
"kalau
ko nak mati gi mati sesorang, Tak payah nak berdoa macam tu" Tetiba aku sedar...apa yang aku tulis hanya
aku sorang yang rasa. Tak perlu di kongsikan bersama.
...........
...........
masa aku kejer sbg
stringer Berita Harian pulak, tengah leka menulis berita untuk hari tuh, Seorang kawan reporter tetiba tanya aku...
"Ko ada awek?"
"Takde"
"Tak try dapatkan seorang?"
"Pernah ada dulu tapi dah break. Aku tak nak break tapi aku terpaksa ikut kemahuan dia. Memang aku fail la bab tu, lagi pun aku pentingkan kerjaya. Buat masa sekarang malas la nak fikir pasal cintan-cintun ni sumer. alahai...tuh semua persenal la"
" huh...aku akan cakap kat bos. Tak payah ambik ko jadi permanent reporter. Dan tak payah ko berangan nak mintak naik gaji"

"Apasal plak?"
"Ko terlampau lemah kemahiran berkomunikasi dan takde keyakinan diri, itu ja"
"Ko terlampau lemah kemahiran berkomunikasi dan takde keyakinan diri, itu ja"
memang hampeh. Dan memang aku tak dapat pun jadi full time
reporter...Lemahnya aku.
......................
Masa berborak dengan Dr. Samad Lecturer aku kat USM dulu.
Dia pernah tanya aku
"Ada girlfriend?"
"Ada."
"Cantik tak?"
" Biasa je"
"Hmm…apasal la ko blh masuk School of arts ni. Org yang pilih ko pun sama bangang macam ko agaknya"
"Nape pulak, Dr?" ?
"Ada girlfriend?"
"Ada."
"Cantik tak?"
" Biasa je"
"Hmm…apasal la ko blh masuk School of arts ni. Org yang pilih ko pun sama bangang macam ko agaknya"
"Nape pulak, Dr?" ?
"kan
ni sekolah seni. Untuk orang-orang seni. Yang nak majukan diri dalam seni. Tapi
aku tgk ko langsung takde ciri-ciri orang seni. GF pun biasa je"
"Haa…Dr!!!!"
Lama dah aku tak jumpa Dr. Samad. Dengar khabar dia dah
kawin dua. Isteri baru dia sama baya dgn anak bongsu dia. hmmmm berseni sangat lah kan. Tapi Dr Samad adalah
salah seorang cikgu yang aku tak kan lupa sampai bebila.
........................
Masa menyertai pertandingan Deklamasi puisi kat Sarawak.
Masa lepak-lepak belakang pentas. Sani sudin (Kopratasa)Tanya aku.
"Ko tau tak naper
ko tak der gf?" aku heran dgn
soalan tuh. Mana dia tau aku takder GF dan saper plak bg tau dia aku dah break
dengan awek aku...
"alahai....nanti
ada la awek yg nak jadi GF aku, lagi pun lex la dulu"
Sani cpt pintas ckp aku "Tak
payah nak merepek bukan2. Senang jer sebab dia...sebab ko tak Hensem"
Makkkkk....selama ni rupanya aku tak hensem. tuh sbb
dia tak nak dah kat aku. Cibai punya Statement. Aku ingat kisah ni. Masa Sani
dtg baca puisi kat tempat aku bulan lepas. Org tanya aku mana hilang dan kenapa
dah lama tak baca puisi. Aku cakap sebab sani kata aku tak hensem...
......................
Waktu lama menyendiri. Aku selalu teringan kat dia. Mana
mungkin aku blh lupakan kisah sadis tu. Waktu aku tinggal berdua denan Rosli di
Taman Bertam. Satu malam aku bermimpi lagi tentang dia. Segalanya tentang dia.
Bangun ajer tidur untuk kesekian kalinya aku bercerita lagi pada Rosli tentang
dia. Rosli cakap
"Aku rasa jodoh ko memang dengan dia lah....pergi cari
dia. Carilah sampai dapat. Jangan lagi dia hanya datang dalam mimpi ko. Biar
lah dia datang betul2 dalam dunia Realiti. Pergi lah cari" Bersungguh benau Rosli memaksa aku. Mesti dia dah bosan dengan cerita luka aku. Mesti dia dah jemu dengan kisah 6 tahun aku yang tak menjadi.
Persoalannya "Mana aku nak cari?. Kalau aku dapat cari
sekali pun. Nak ke lagi dia pada aku?" aku tanya Rosli,
Tapi Rosli terus tinggal kan aku dengan persoalan. Rosli ke dapur
masak air, buat air dan hulur kan secawan pada aku....aku buntu.
No comments:
Post a Comment