Dulu aku rajin tulis surat. ye la....masa tuh mana ada hand phone. mana ada fb. mana ada whatsapp. yg ada telegram. Aku pernah menghantar telegram semata2 nak ucap selamat hari lahir. Dan aku pernah nak menghantar telegram semata nak bagi tahu aku sedang rindu....tp x ingat aku ada buat ker tidak.
Entrie warkah chenta ni aku buat khas untuk dia. semata kerana aku teringin sangat nak nulis warkah chenta. Memang susah nak cari ayat pertama. puas aku menung....
Awak...
dalam kesuraman ultra
lembayung tika tiga dekad menumpahkan cahaya dibawah kaki langit
khirmizi, tiba-tiba saya terkenangkan eurika nostalgia cerita kita yang
terpalit dengan sejuta rongga warna pelangi. Kehadiran awak bersama molekul-molekul hidrogen menerjang
segala kekusutan yang membelit tali perut. Dan kehadiran awak dulu sebenarnya
mengajar saya erti rindu gelora dan shahdu.
Awak juga banyak mengajar saya
erti kedai mamak, bas express, motor kapchai, suzuki swift, Levina, kelisa, belut, pokok getah, roti bakar, swimming pool, cendol, kotak pensil, tali kasut, pasu bunga dan surat keramat. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kita umpama Najib dan Rosmah yang tidak dapat dipisahkan.Walaupun dah dapat kutip derma yang banyak. Malangnya perhubungan yang
membahagiakan dan mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu mengundang perpisahan. pastinya telah mengecewakan
seluruh penternak ikan sembilang di Hokaido. Awak pergi jua selama 30 tahun ketika Chong Wei tewas di set penentuan.
Bagi saya, Sesungguhnya perpisahan yang terjadi selama 30 tahun itu hanya berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Fajar harapan. Pemergian awak menyebabkan saya tidak lagi dapat merenung atap rumah dan bermenung di bawah pokok getah sampai saat ini. Saya menghidap penyakit murung berterusan secara mengejut.Cuma tak mati jer lagi walaupun Doktor kata dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Doktor tuh bohong sebenarnya.
Ketiadaan awak seperti memaksa saya memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Saya seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Saya bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti tiada lagi berfungsi setelah tersungkur dalam permainan kebahagiaan yang berlarutan hingga ke sepakan penalti. Seluruh perjalanan hidup ini menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium dan pulau bahagia yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah awak pergi dan langsung tidak memberi ruang. Peluang yang datang tak pernah disedari. Sehinggakan astro nak buat drama bersiri tapi ianya tidak lagi bererti. Ternyata sikap awak telah berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Awak suka cakap awak bizi bila saya menalipon ke rumah awak. Saya pulak jadi dungu dan tolol sebab langsung tak berani nak memujuk pokok getah itu lagi. Akhirnya saya menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak awak tiada, saya sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang saya mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari saya termenung di dalam peti sejuk mengenangkan awak yang entah kemana menghilang. Saya cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakan, tetapi saya tak mampu dan saya tak berdaya. Lalu saya membakar ubi kayu dan membelasah empat ekor itik serati makcik jah rumah sebelah sebagai tanda protes dan mencari kesalahan saya.

Mengapa itu semua terjadi? Mengapa setelah awak berikan
kebahagiaan itu, awak tembak, rompak kemesraan itu lantas awak simen segalanya
sehingga ayam di reban pun terbunuh dalam kemalangan cerita kita yang
ngeri. Saya terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang awak
timpakan di
atas belakang. Derita yang awak timpakan itu adalah bebanan yang
terlalu berat untuk saya tanggung bagaikan mendukung 196 ekor biawak dan
383 ekor anak monyet comel kat Chengkau. Dan kini segala harapan
hancur berkecai bagaikan terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan
dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah
landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga hancur
berkecai. Terlalu berat dugaan yang terpaksa ditempuhi ketika itu.
Kini segalanya telah pun berakhir. Saya sedar siapa diri ini. Saya hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Saya bukanlah McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. saya juga bukanlah Ultraman seperti yang di idam-idamkan. Saya menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang saya genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua keindahan yg sekejap itu termasuk enjin kapal selam telah pun saya cincang untuk dibuat makanan lembu. Saya akui, keramat itu masih bermaharajalela dalam diri dan mencintai bukan lah bermakna memiliki.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini saya mensyukuri takdir kerana setia menunggu awak akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah Jusco dan Mydin, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Putrajaya, selagi Dayang Nurfaizah tetap penyanyi lagu seandainya masih ada cinta, Selagi TV yg rosak boleh di baiki saya redha menunggu awak sehinggalah mentari terbelah lapan belas juta.

Dan akhirnya penantian itu tidak sia-sia. Akhirnya penantian ini berakhir juga. Walaupun saya sering mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumah
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, saya pos kan buahnya untuk awak sebagai pencuci mulut makan malam nanti.
Maaf kan saya awak...saya dah tak pandai menulis puisi.
Wa ka ka ka... poyo betul... kesian pokok getah jadi mangsa... kalau dia boleh cakap... tentu lama dah awak insaf dengan "Tazkirah Chenta"
ReplyDelete